NAMA:
TINGKATAN: 5 ST
TARIKH : 24/8/2021
LATIHAN RUMUSAN
Baca petikan dan bahan grafid di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan
grafik.
Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau
alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali
sebagai alam kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan
kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber
makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi.
Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan tiram raja adalah antara
spesies yang popular dalam kalangan penggemar cendawan.
Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati
pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan
masalah pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi
digalakkan supaya mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai
mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak
semua cendawan selamat demikian oleh manusia. Hai ini demikian disebabkan
terdapat juga cendawan yang beracun dan dapat memudaratkan kesihatan kerana
mengandungi kadar toksik yang tinggi.
Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik
untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan
juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan
penting tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit
kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang
dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser.
Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan
cendawan sebagai makanan harian kerana mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam
tubuh badan.
Perusahaan cendawan yang berkembang pesat, seperti cendawan tumbuh
selepas hujan sebaik-baiknya hendaklah seiring dengan kesedaran tentang manfaat
pemakanan cendawan. Kemen-kempen dan promosi tentang kebaikan cendawan perlu
diperluaskan oleh pelbagai pihak.
Pelbagai insentif kepada pengusaha penanaman cendawan juga penting untuk
meningkatkan daya saing mereka. Malah
pasaran produk cendawan perlu diperluas sehingga ke peringkat antarabangsa agar
perusahaan ini mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
perusahaan dan produk tanaman yang lain.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cendawan Kaya dengan Antibiotik’ oleh Wardah Abdul Rahman, Dewan Kosmik,
April 2011.
BAHAN 2 - GRAFIK
RANGKA ISI
PENDAHULUAN :
____________________________________________________________________________
ISI-ISI PENTING
Nyatakan Fokus dan senaraikan
isi-isi penting dalam jadual.
BAHAN 1 – PETIKAN
FOKUS 1 : |
FOKUS 2 |
1. 2. |
|
BAHAN 2 – GRAFIK
Mana-mana satu fokus yang berkaitan
bahan grafik
senaraikan isi-isi penting dalam
jadual.
FOKUS 1 : |
FOKUS 2 |
|
|
KESIMPULAN:
_______________________________________________________________________
RUMUSAN LENGKAP:
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.