BAHASA MELAYU
KLASIK |
BAHASA MELAYU
STANDARD |
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai, Temenggung, suruh orang berkawal dan segala
saudagar berkawal pada kampungnya!”
Maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkisah orang
kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kmpungnya.
Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh
orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar
pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
|
Lalu Baginda bertitah kepada Temenggung. “Wahai,Temenggung,perintahkan semua rakyat dan
semua saudagar supaya berkawal di kampung masing-masing.”
Kemudian, Temenggung menyuruh orangnya untuk menyampaikan titah baginda kepada orang kaya-kaya dan saudagar supaya berkawal di kampung masing-masing. Setelah hari malam, Temenggung telah mengarahkan
orang-orangnya berkawal dengan pelbagai senjata seperti lembing dan
perisai. Kemudian semua saudagar telah
berkawal di kampung masing-masing.
|
Isnin, 10 Oktober 2022
LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis
semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya