Khamis, 30 Mei 2013

Fadhilat Rejab


20 REJAB 1434H, 30 MEI 2013

        Hari ini cikgu hendak berkongsi ilmu tentang kelebihan dan amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam bulan Rejab.  Semoga kita semua merebut peluang yang diberikan oleh Allah. Berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita sentiasa diberkati sepanjang bulan Rejab. Syaaban dan bertemu dengan Ramadhan. Gunakan peluang sebaik-baiknya selagi ada umur kerana tahun depan dalam kententuanNYA. 

       20 Rejab 1434 H,  Bermakna hanya lagi 10 hari sahaja Rejab akan meninggalkan kita.  Kemudian datanglah Syaaban dan Ramadhan Al Mubarak yang kita rindui.  Bagi yang ada hutang puasa tu boleh lah menggantikan puasa pada bulan yang mulia ini.  Tahniah bagi yang telah berpuasa sunat dalam bulan Rejab kerana banyak fadhilatnya kalau kita berpuasa dalam bulan ini.  Sekadar untuk perkongsian yang amat bermanfaat ada banyak amalan yang boleh kita buat dalam bulan ini.  
       Walaupun tinggal 10 hari tetapi ruang acukup luas telah disediakan untuk kita memperbanyakkan taubat dan berpuasa di bulan ini.  

Kelebihan Berpuasa di Bulan Rejab
Riwayat Al-Thbrani dr Said b Rsyid
“Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab, ia seperti melaksana puasa setahun,bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam, apabila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga, apabila berpuasa 10 hari, Allah akan mengabulkan semua permintaannya.”
Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah. Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok. Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai buahnya."


Bacalah zikir ini sebanyak-banyaknya pada waktu pagi dan petang khususnya selepas solat.
Amalan Rejab yang lain.




    Baraqallahufiqum...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.