21 REJAB - 31 MEI 2013
SALAM JUMAAT - Hari ini hari Jumaat penghulu segala hari. Cikgu nak refresh semula tentang amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari Jumaat. Yang dah tahu tu teruskan amalan, TAHNIAH anda insan cemerlang. Bagi yang ingat-ingat lupa tu baca entri cikgu ni ye...rebutlah peluang untuk melipatgandakan pahala dan perbanyakkan la doa ye kerana pada hari jumat ialah antara waktu doa di makbulkan dan doa-doalah selalu agar hati ditenangkan dan dipermudahkan segala urusan terutama urusan menuntut ilmu. Jom baca apa amalan dan perkara yang boleh di amalkan pada hari jumaat dan kalau boleh tiap-tiap hari lagi CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.!!!!!
CHECK IT OUT.
Sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam:
من صلى علي صلاة واحدة
صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: Sesiapa yang
berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali
selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya
sepuluh darjat.
(Hadits riwayat
an-Nasa’i)
2. Membaca surah Al-Kahfi
Daripada Umar berkata:
Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca
surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya
hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua
Jumaat”
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai
wangian.
Daripada Ibn Abbas,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat)
ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi
solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka
hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian bersiwak(Riwayat Ibn Majah
dengan sanad hasan)
4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.
Waktu masukke masjid,
seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor
kambing kibas
waktu keempat- seekor
ayam
waktu terakhir-sebiji
telur
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.
Samurah meriwayatkan
daripada Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan
mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan
diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu Daud dan
al-Hakim)
RENUNG-RENUNGKAN LAH DAN SELAMAT BERAMAL YE!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.