KATA TUGAS (KATA SERU, KATA TANYA, KATA PERINTAH, KATA PEMBENAR, DAN KATA PANGKAL AYAT)
TUGAS KATA PRAKLAUSA DALAM AYAT
Kata praklausa terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.
AYAT PENYATA/BERITA
AYAT TANYA
AYAT SERU
AYAT PERINTAH
AYAT PENYATA
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
CONTOH AYAT PENYATA/BERITA
1. Perdana Menteri Malaysia ialah Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.
2 Pencuri itu telah ditangkapa pada pukul 7 pagi tadi.
3. Semua murid SMK Mutiara akan menghadapi peperiksaan pada 7 Mei 2013.
KATA TANYA
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas –kah dan hadir di bahagian hadapan ayat.
CONTOH AYAT TANYA.
A. AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA
1. Siapa nama awak?
2. Di mana kamu tinggal?
3. Berapa harga buku rujukan ini?
4. Bagaimana cara membuat kek ini?
5. Kenapa muka awak bengkak?
6. Mengapa kamu tidak datang ke rumah saya semalam?
B. AYAT TANYA TANPA KATA TANYA
1. Kamu sudah makan?
2. Kerja rumah awak belum siap?
3. Nasi ini basi?
4. Meja itu rosak?
5. Pagi tadi hujan?
6. Awak menangis?
KATA SERU
Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan.
CONTOH AYAT SERU
1. Amboi, cantiknya baju awak!
2. Aduh, sakitnya kaki saya!
3. Eh, terkejut saya!
4. Cis, langkah mayat saya dahulu!
5. Wah, bergaya sungguh ibu awak!
KATA PERINTAH
Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat tiga jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, dan ayat silaan/permintaan.
CONTOH AYAT PERINTAH
A. AYAT SURUHAN
1. Semua murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan.
B. AYAT LARANGAN
1. Semua murid dilarang memijak rumput di kawasan ini.
2. Jangan berbual semasa guru sedang mengajar.
3. Dilarang membuang sampah di kawasan sekolah.
4. Usah kamu bersandiwara lagi dengan saya.
C. AYAT PERMINTAAN/SILAAN
1. Tolong sampaikan pesanan saya kepada ibu kamu.
2. Sila masuk ke dalam dewan dengan segera.
3. Jemput duduk di tempat yang disediakan.
KATA PEMBENAR
Kata pembenar ialah perkataan yang mengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.
Contoh kata: ya, betul, benar, dan sungguh
Contoh kata: ya, betul, benar, dan sungguh
CONTOH AYAT PEMBENAR
1. Ya, saya yang melakukan tugasan itu.
2. Sungguh, dia yang melakukan aksi itu.
3. Benar kata awak. Saya yang bersalah.
4. Semua yang disampaikan oleh Abu betul.
KATA PANGKAL AYAT
Kata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lama
Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta
Contoh kata: maka, syahadan, alkisah dan hatta
CONTOH AYAT
Tersebutlah alkisah di zaman dahulu kala, seorang putera mengembara ke seluruh rimba raya untuk mencari bonda baginda yang hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.