Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat tunggal dalam BM terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contohnya adalah seperti yang berikut:
1. Ali menendang bola. (Ayat Aktif Transitif - Kata Kerja Transitif)
2. Anjing itu mengejar kucing. (Ayat Aktif Transitif)
3. Murid-murid sekolah itu sedang belajar.
(Ayat Aktif Tak Transitif - Kata Kerja Tak Transitif)
4. Adik menangis. (Ayat Aktif Tak Transitif)
Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya adalah seperti yang berikut:
5. Bola ditendang oleh Ali.
6. Kucing itu dikejar oleh anjing.
Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-
Contoh:
7. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.
8. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.
Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-...-an. Dalam ayat berbentuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diperlukan.
Contoh:
9. Mereka kehujanan sepanjang hari.
10. Petani tua itu kepanasan setiap hari.
11. Surat anaknya belum berjawab.
12. Baju kurung untuk adik berjahit dengan benang emas.
Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua
Untuk ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas, yakni"aku" - "ku-", "engkau" - "kau" dsb.
Contoh:
13. Makanan itu belum aku rasai lagi.
14. Makanan itu belum kurasai lagi.
15. Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
16. Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.
Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga
Contoh:
17. Sajak itu ditulis oleh Cikgu Ali.
18. Tikus dikejar oleh kucing di tepi longkang.
19. Khemah itu telah didirikan oleh mereka.
20. Buku Sejarah Melaka akan dibeli oleh ayah apabila bertandang ke pesta buku esok.
Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh yang berikut:
Contoh:
21. Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).
22. Budak-budak itu kena kejar (oleh anjing).
23. Pemuda itu kena pukul (oleh rakannya).
Latihan:
Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut gramatis atau sebaliknya.
1. Cerpen itu telah ditulis oleh saya. ( )
2. Projek tersebut telah mereka siapkan. ( )
3. Karangan itu saya telah hasilkan. ( )
4. Ladang kelapa sawit itu diusahakan oleh Pak Ali. ( )
5. Surat itu perlu kamu balas segera. ( )
6. Kaki Mei Leng tertusuk oleh duri sewaktu bermain
bola jaring di padang. ( )
7. Adik Mei Leng kena marah oleh ibu. ( )
8. Sayur-mayur itu telah Nyonya Tan beli. ( )
9. Orang tua itu sedang bersenam. ( )
10. Warkah daripada Mutu kamu perlu balas segera. ( )
11. Remaja itu kemalangan semalam. ( )
12. Hasrat tuan hamba telah hamba tunaikan kelmarin. ( )
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP, Kuala Lumpur, 2008.
Assalamualaikum,
BalasPadamCg Chom (panggilan yang cukup manja), bahan-bahan dalam sudut CC ni cukup baik untuk dimanfaatkan untuk pelajar2 kita di SMKDSE. Jadi saya terpanggil untuk menggunakannya di kelas saya. Mohon dizin dan dihalalkan.
Wassalam.
cfu ANDA (Anuar bin Daud)
Assalamualaikum. Tq cikgu Anuar kerana sudi berkunjung ke blog saya..hehe
BalasPadamsila la share apa2 bahan. semoga bermanfaat.
Assalamualaikum..mhn izin ya cikgu, saya share bhn ni dengan anak2 pljr saya.Trm ksh
BalasPadamMacam mana nak bina ayat bm ?
BalasPadammohon share bahan ye cgu chom... tq
BalasPadamsalam. mohon share dgn murid saya. semoga cg chom dikurniakan keberkatan rezeki dunia dan akhirat
BalasPadamSalam Cg Chom. Mohon share dgn murid saya ya. Terima kasih, cg. ☺
BalasPadam