Isnin, 19 Ogos 2013

ANALISIS NOVEL MELUNAS RINDU : NOTA TEMA & PERSOALAN



 


NOVEL: MELUNAS RINDU
TEMA

KASIH SAYANG
1. Kasih sayang Fuad terhadap ibu kandungnya. Fuad berusaha mencari ibunya yang tidak pernah ditemui sejak 25 tahun lalu kerana terlalu menyayanginya.


2. Kasih sayang terhadap keluarga angkat. Fuad amat menyayangi Pak Ismail dan Mak Salmah, ibu bapa angkatnya di Kampung danau seberang. Fuad membawa mereka mengerjakan umrah di Mekah.


3. Kasih sayang terhadap sahabat. Fuad amat mengambil berat tentang kesihatan ibu Farhana kerana persahabatannya dengan Farhana.


4. Kasih sayang terhadap profesion. Cikgu Abas amat mengagumi kesungguhan Fuad mengajar anak-anak muridnya walaupun dia seorang guru sandaran. Fuad bersungguh-sungguh mengajar pelajar selepas waktu persekolahan di kantin sekolah.


5. Kasih sayang terhadap anak-anak murid. Cikgu Abas amat menyayangi para pelajarnya yang lemah penguasaan subjek bahasa Inggeris lalu memujuk Fuad menjadi guru di Sekolah Menengah Seri Setia bagi mengatasi masalah tersebut.


6. Kasih sayang terhadap saudara. Fuad menyayangi bapa saudara dan ibu saudaranya serta adik-adik sepupunya. Fuad membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan membuka akaun GIRO untuk Mei Lin. Fuad menyuap makanan kepada Peter Lim yang sedang sakit.


7. Kasih sayang terhadap anak angkat; Pak Ismail sayang akan Fuad . dia berasa bimbang apabila Fuad tidak pulang ke rumah lagi sejak masuk ke hutan sedangkan waktu sudah senja.


Kasih sayang terhadap saudara seagama. Pak Ismail bersungguh-sungguh mengajar Fuad yang baru menganut agama Islam mengaji Al Quran


Persoalan

1. ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama
- Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah. 
- Walaupun dia terlewat untuk menunaikan solat maghrib secara berjemaah di tetap ke surau untuk menunaikan solat isyak secara berjemaah
- Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail sementara menunggu waktu Isyak ( belum tiada pengetahuan asas kerana baru memeluk Islam )

2. sikap mengenang budi
- Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya , Mei Lan dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya , Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini
- Fuad mencuba membalas segala kebaikan Pak Ismail dan Salmah terhadapnya. Fuad membeli sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail
- Fuad turut membawa Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah
- Fuad membalas budi ibu bapa angkatnya Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini dengan membayar yuran peperiksaan STPM Ah Soh

3. kasih sayang terhadap keluarga
- Mariana sangat menyayangi anaknya , Abdul Halim / Fuad yang dilarikan oleh bekas suaminya Roslan. Meskipun gagal menjejaki Abdul Halim/ Fuad , Mariana sentiasa merindui anak sulungnya
- Pak Ismail dan Mak Slamah mengambil berat akan Fuad walaupun Fuad hanya anak angkat mereka
- Mak Salmah sangat sayang akan Sofia sehingga kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital
- Farhana pulang ke Kuantan dengan segera apabila mengetahui ibunya dirawat di hsopital
- Robert Lim / Roslan( seorang usahawan ) mengirimkan wang untuk kegunaan adiknya Peter Lim sekeluarga pada setiap bulan ( Peter Lim hidup dalam kesusahan )


4. sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
- Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dengan penuh tanggungjawab dengan mengadakan program yang sesuai / mesyuarat dan sebagainya sesuai sebagai ketua . Farhana berkelulusan ijazah pendidikan dari London
- Pernah menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas sehingga menyusahka pelajar
- Walaupun Fuda hanya guru sandaran , Fuad tetap melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas

5. keikhlasan dalam memberikan pertolongan 
- Fuad membantu Borhan membawa anaknya yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam
- Fuad telah menghantar Farhana pulang ke kampungnya setelah megetahyui bahawa Farhana tidak mempunyai tiket perjalanan ke sana
- Pak Said menawarkan diri menemani Fuad mencari pusara ibunya di Lembah Klau

6. redha menerima ketentuan takdir
- Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya iaitu Farhana sebenarnya adalah adik kandungnya dengan reda
- Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya , Sofia telah pergi meninggalkannya untuk selama- lamanya.

7. sikap tidak amanah
- Cikgu Zamani sering ponteng kelas

- Tindakannya menyusahkan pelajar untuk menerima pelajaran

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.