Mohd Yusoff Md Nor dan Abd Rahman Kaeh ( Penyelenggara)
Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.
Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.
Supaya disangkaianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itusangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.
Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.
Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya di sangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.
Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.
Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.
Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.
Maksud Syair :
Rangkap 1:
Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik.
Rangkap 2:
Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.
Rangkap 3:
Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.
Rangkap 4:
Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk.
Rangkap 5:
Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu.
Rangkap 6:
Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih.
Rangkap 7:
Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.
Rangkap 8:
Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak
ANALISIS ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SYAIR MAKNA RIAK
ASPEK
KOMSAS
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Bentuk
|
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
|
Mempunyai lapan rangkap
Setiap rangkap mempunyai 4 baris
Jumlah patah perkataan antara 4 hingga 5 sebaris
Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata sebaris
Rima akhir aaaa
|
Tema
|
Sifat-sifat manusia yang riak
|
Sifat-sifat riak ialah melakukan amalan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, berpuasa, bercakap lemah lembut, melakukan sesuatu tanpa menghiraukan kepentingan diri, melakukan perkara supaya orang menganggapnya wali, meninggi-ninggikan kelebihan ilmu, sentiasa membaca al-Quran dan berceramah, berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berzikir secara keterlaluan
|
Persoalan
|
Persoalan riak merupakan sifat yang dibenci oleh Tuhan
|
Allah benci kepada orang yang riak kerana perbuatan itu boleh mendatangkan syirik
|
Persoalan terdapat manusia yang suka menunjuk-nunjuk kelebihan diri
|
Golongan ini bersikap sedemikian kerana ingin orang lain menganggapnya sebagai wali
| |
Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
|
Mereka suka membaca al-Quran dan berceramah kerana ingin menunjukkan ketinggian ilmu yang ada sehingga isi kandungan bercampur aduk
| |
Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak akan mendapat keberkatan
|
Riak akan mendatangkan bala kepada seseorang dan amalan yang dilakukannya tidak akan diterima oleh Allah
| |
Persoalan penampilan diri belum tentu mencerminkan keperibadian yang baik
|
Cara berpakaian yang berlebih-lebihan belum tentu menjamin seseorang itu mempunyai perwatakan yang sempurna
| |
Nilai
|
Kesyukuran
|
Bersyukur dengan ilmu yang dimiliki
|
Kesederhanaan
|
Kesederhanaan mampu mengelakkan seseorang bersifat sombong
| |
Bertanggungjawab
|
Bertanggungjawab untuk mengelakkan diri daripada menerima musibah daripada sifat yang tidak baik
| |
Ketaqwaan
|
Seseorang perlu takut kepada Allah untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah maksiat
| |
Rasional
|
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum menerima ajaran daripada orang lain
| |
Pengajaran
|
Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang ada
|
Walaupun keinginan manusia tidak terbatas tetapi mereka perlu bersyukur supaya tidak mudah lupa diri
|
Kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga diri daripada dosa
|
Manusia perlu menjaga diri daripada melakukan dosa kerana balasan Allah amat pedih
| |
Kita hendaklah bersifat sederhana dalam segala hal supaya tidak dibebani dengan hutang
|
Kesederhanaan mampu mengelakkan manusia terjerumus ke dalam masalah hutang
| |
Jangan kita bersifat riak kerana Allah akan menolak amalan kita
|
Orang yang bersifat riak akan menerima bala daripada Allah
| |
Jangan kita menunjuk-nunjukkan amalan baik kepada orang lain
|
Perbuatan riak akan dibenci oleh Allah dan boleh menimbulkan syirik
| |
Gaya Bahasa
|
Diksi menggunakan Bahasa Arab
|
Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir
|
Simile
|
Contoh : terkadang jazbah seperti gila
| |
Inversi
|
Contoh : akan dunia tidak peduli – dunia tidak akan peduli
| |
Aliterasi
|
Contoh : tetapi hatinya ke dunia bertali – konsonan t
| |
Asonansi
|
Contoh : supaya disangkanya ianya wali – vokal a
|
Tahniah
BalasPadamTerima kasih saudara Said Ahmad kerana sudi berkunjung ke blog saya.
BalasPadamWow..terima kasih banyak2
BalasPadamIanya sangat berguna
BalasPadamSangat mudah difahami
BalasPadam