Syair Pemberontakan Patani
Laksamana dititahkan Betara,
Ke negeri Patani berjalan segera,
Mendapat cogan Raja Senggora,
Akan menerima hukum dan dera.
Barang yang hendak dihukumkan,
Sekalian tidak boleh disalahkan,
Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.
Setelah demikian titah Betara,
Laksamana tiada berani dura,
Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru-hara.
Bonda duli mahkota indera,
Pada Laksamana emak saudara,
Sakit terlantar hampir bermara,
Meninggalkan dia tiada terkira.
Daripada kerja terlalu berat,
Ke atas negeri hendak mudarat,
Jadilah dititahkan duli hadirat,
Bimbang dan masghul di suruh kerat.
Tiadalah lagi terkata-kata,
Sudah dengan titah sang nata,
Diputuslah hati yang bercinta,
Kepada Allah diserah semata.
Niat Laksamana yang pegari,
Daulat baginda barang berdiri,
Jika selamat sentosa negeri,
Biarlah susah di atas diri.
Berjalan ia berhati hampa,
Bonda yang sakit tiada dilupa,
Kerana sakit berat menimpah,
Yakin hatinya tiada berjumpa.
Daripada sudah dimikian peri,
Keberatan tertanggung di atas negeri,
Yang sakit itu seorang diri,
Bala yang datang meliput negeri.
Jadilah dititahkan Seri Betara,
Tiadalah lagi terkira-kira,
Berjalanlah pergi bersegera-segera,
Mendapat cogan Raja Senggora.
MAKSUD
Rangkap 1: Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.
Rangkap 2: Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.
Rangkap 3: Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.
Rangkap 4: Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.
Rangkap 5: Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.
Rangkap 6: Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.
Rangkap 7: Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.
Rangkap 8: Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.
Rangkap 9: Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.
Rangkap 10: Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SYAIR PEMBERONTAKAN PATANI
ASPEK
KOMSAS
|
PERNYATAAN
|
HURAIAN
|
Bentuk
|
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata
Rima akhir
|
Mempunyai sepuluh rangkap
Mempunyai 4 baris serangkap
Antara 3 hingga 5 patah perkataan sebaris
Antara 9 hingga 13 suku kata sebaris
Rima akhir aaaa
|
Tema
|
Tanggungjawab seorang Laksamana melaksanakan perintah Raja
|
Laksamana melaksanakan perintah Raja Betara supaya pergi ke negeri Patani untuk mendapatkan panji-panji Raja Senggora walaupun pada masa itu ibu beliau sakit tenat
|
Persoalan
|
Persoalan kesetiaan/kepatuhan kepada pemimpin
|
Laksamana sangat setia kepada Betara sehingga sanggup meninggalkan ibu beliau yang tenat semata-mata melaksanakan perintah raja
|
Persoalan cinta kepada tanah air
|
Laksamana menunaikan perintah Betara kerana tidak mahu negeri berada dalam keadaan huru-hara
| |
Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan
|
Laksamana menyerahkan kepada Allah demi menunaikan memelihara negara daripada menjadi huru-hara
| |
Persoalan keamanan negara tanggungjawab rakyat
|
Laksamana meletakkan tanggungjawab terhadap negara sebagai keutamaan beliau
| |
Persoalan kasih sayang kepada keluarga
|
Laksamana mengambil berat terhadap ibu saudaranya yang sedang sakit tenat
| |
Nilai
|
Kesetiaan/kepatuhan
|
Sebagai rakyat jelata, Laksaman sangat setia kepada ketua
|
Cinta kepada tanah air
|
Laksamana sanggup meninggalkan keluarga demi melihat tanah air tidak dalam keadaan huru-hara
| |
Tanggungjawab
|
Tanggungjawab menjaga negara terletak kepada semua orang
| |
Kasih sayang
|
Kasih sayang kepada ahli keluarga perlu diutamakan
| |
Kesabaran/ketabahan
|
Laksamana sabar menjalani kehidupan demi tugasnya menjaga keamanan negara
| |
Pengajaran
|
Kita hendaklah sayang kepada tanah air
|
Rakyat perlu mencintai tanah air supaya kehidupan menjadi sejahtera
|
Kita hendaklah patuh kepada pemimpin
|
Laksamana patuh pada arahan Betara supaya pergi ke negeri Patani walaupun bonda saudaranya sakit
| |
Kita hendaklah bertanggungjawab menjaga keamanan negara
|
Keamanan negara menjadi tanggungjawab semua orang supaya negara tidak huru-hara
| |
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
|
Laksamana mengambil berat terhadap ibu saudaranya dengan berdoa dan menyerahkan kepada Allah
| |
Kita hendaklah tabah mengharungi kehidupan
|
Laksamana tabah menghadapi cabaran hidup walaupun pelbagai masalah timbul
| |
Gaya Bahasa
|
Diksi menggunakan Bahasa Klasik
|
Contoh : masyghul, dura, pegari, peri
|
Kata ganda
|
Contoh : huru-hara, terkata-kata, terkira-kira
| |
Inversi
|
Contoh : yakin hatinya tiada berjumpa – hatinya yakin tidak akan berjumpa
| |
Aliterasi
|
Contoh : barang yang hendak dihukumkan – konsonan n
| |
Asonansi
|
Contoh : Laksamana dititahkan Betara – vokal a
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.