Jumaat, 10 Januari 2014

Analisis Novel Di Sebalik Wajah - ASPEK TEMA DAN PERSOALAN



NOTA RUJUKAN 1

 TEMA


Novel ini bertemakan ketabahan seorang remaja menghadapi dugaan dan kekurangan diri dalam kehidupan seharian.



Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa berhadapan dengan ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Dia juga dibuli dan dianiaya oleh Narius, Jais dan Jamadi. Kawan-kawan baiknya juga telah memulaukannya sewaktu dia difitnah mencuri buku-buku di perpustakaan dan dompet pelajar lain. Hanya Josy sahaja yang terus setia untuk berkawan dengan Doktor Farid sewaktu dia dalam kesusahan.




Persoalan  

  
1.    Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
  
2.    Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri.  Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
  
3    Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.
  
4.    Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
  
5.    Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
  
6.    Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya.  Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.  
  
7.    Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
  
8.    Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.




Nota Rujukan 11
         
Tema


Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah,  temanya ialah kegigihan dan kecekalan seorang remaja balar untuk mengharungi cabaran-cabaran dalam  hidupnya.
Contohnya, Doktor Fikri dilahirkan sebagai budak balar, iaitu cacat dari segi kulit sehingga dia kelihatan berbeza daripada  budak-budak lain. Sehubungan dengan itu, dia sering dipandang hina dan diejek oleh pelajar lain. Bagaimanapun, Doktor Fikri tidak pernah berputus asa dan sentiasa tabah untuk menghadapi cabaran-cabaran di sekolah

Persoalan

a.       Kasih sayang ibu bapa terhadap anak . 
Contohnya Cikgu Saiful dan Puan Halipah sentiasa mencurahkan kasih sayang terhadap anak tunggal mereka. Walaupun Doktor Fikri merupakan anak balar, mereka sentiasa membimbing anak mereka supaya tidak bersikap pesimis dan sabar menghadapi pandangan negatif orang lain.  Cikgu Saiful turut membantu anaknya Doktor Fikri mengutip tahi lembu untuk menanam sayur-sayuran.


b.      Keprihatinan ibu bapa terhadap pelajaran anak mereka.
Contoh setiap petang  Puan Halipah akan memeriksa latihan Doktor Fikri dan menanyakan keadaannya di sekolah. Puan Halipah dan Cikgu Saiful sentiasa menemani anak membaca dan memupuk anak mereka supaya mempunyai tabiat membaca.

c.       Ketabahan dalam menerima takdir Tuhan. 
Contohnya Cikgu Saiful dan Puan Halipah tabah menerima takdir Tuhan apabila anak mereka mempunyai kecacatan dari segi kulit, iaitu balar. Walaupun pada permulaannya Cikgu Saiful enggan menerima bayi balar sebagai anaknya,  atas nasihat doktor, dia sedar dan menerima anugerah Tuhan. Dia dan isteri memberikan sepenuh kasih sayang terhadap anak mereka.


d.      Setia kawan dalam kalangan rakan.
Contohnya Josy merupakan rakan yang setia kawan. Dialah sahaja yang  mempercayai Doktor Fikri ketika Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Ketika semua rakan telah memulaukan Doktor Fikri yang mencuri buku-buku dan barang-barang pelajar lain, Josy tetap berbual-bual   dan menasihatinya .


e.      Kecekalan seorang remaja balar untuk mengharungi kehidupan. 
Contohnya, Doktor Fikri sentiasa tabah menghadapi kelemahan fizikalnya dan berusaha gigih untuk membuktikan kebolehannya dalam pelbagai segi, seperti rajin membaca dan menyertai acara lumba lari 1500 meter dalam hari sukan di sekolah.


f.        Tanggungjawab pihak sekolah untuk menangani kegiatan salah laku dalam kalangan pelajar.
Contohnya guru disiplin bertindak tegas terhadap kelewatan pelajar, peras ugut, gengsterisme, kecurian dan lain-lain. Pengetua sanggup merotan pelajar yang melakukan peras ugut secara terbuka untuk menegaskan disiplin sekolah.


g.       Kemuliaan hati seorang remaja.
 Contohnya Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan sanggup meminta ayahnya menjamin Narius yang sentiasa menganiayainya seperti memeras ugut, mencuri basikalnya malah menganiayainya sebagai pencuri. Dia membantu Narius dengan hati yang ikhlas dan sanggup berkawan dengan mereka yang menganiayainya.


h.      Sikap berdikari seorang remaja.
 Contohnya Doktor Fikri tidak bergantung pada ibu bapanya untuk membeli basikal baru. Dia telah mengeluarkan wang simpanannya untuk membeli basikal baru. Sebaliknya wang simpanan adalah daripada perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran yang ditanam di belakang rumahnya. 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.