NOTA RUJUKAN 1
TEMA
Novel ini bertemakan ketabahan seorang remaja menghadapi dugaan dan kekurangan diri dalam kehidupan seharian.
Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa berhadapan dengan ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Dia juga dibuli dan dianiaya oleh Narius, Jais dan Jamadi. Kawan-kawan baiknya juga telah memulaukannya sewaktu dia difitnah mencuri buku-buku di perpustakaan dan dompet pelajar lain. Hanya Josy sahaja yang terus setia untuk berkawan dengan Doktor Farid sewaktu dia dalam kesusahan.
Persoalan
1. Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
2. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
3 Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.
4. Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
5. Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
6. Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.
7. Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
8. Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.
Nota Rujukan 11
Tema
Berdasarkan novel
Di Sebalik Wajah, temanya ialah kegigihan
dan kecekalan seorang remaja balar untuk mengharungi cabaran-cabaran dalam hidupnya.
Contohnya, Doktor
Fikri dilahirkan sebagai budak balar, iaitu cacat dari segi kulit sehingga dia
kelihatan berbeza daripada budak-budak
lain. Sehubungan dengan itu, dia sering dipandang hina dan diejek oleh pelajar
lain. Bagaimanapun, Doktor Fikri tidak pernah berputus asa dan sentiasa tabah
untuk menghadapi cabaran-cabaran di sekolah
Persoalan
a.
Kasih
sayang ibu bapa terhadap anak .
Contohnya Cikgu Saiful dan Puan Halipah sentiasa mencurahkan kasih sayang
terhadap anak tunggal mereka. Walaupun Doktor Fikri merupakan anak balar,
mereka sentiasa membimbing anak mereka supaya tidak bersikap pesimis dan sabar
menghadapi pandangan negatif orang lain.
Cikgu Saiful turut membantu anaknya Doktor Fikri mengutip tahi lembu
untuk menanam sayur-sayuran.
b.
Keprihatinan
ibu bapa terhadap pelajaran anak mereka.
Contoh setiap petang Puan Halipah akan
memeriksa latihan Doktor Fikri dan menanyakan keadaannya di sekolah. Puan
Halipah dan Cikgu Saiful sentiasa menemani anak membaca dan memupuk anak mereka
supaya mempunyai tabiat membaca.
c.
Ketabahan
dalam menerima takdir Tuhan.
Contohnya Cikgu Saiful dan Puan Halipah tabah menerima takdir Tuhan apabila
anak mereka mempunyai kecacatan dari segi kulit, iaitu balar. Walaupun pada
permulaannya Cikgu Saiful enggan menerima bayi balar sebagai anaknya, atas nasihat doktor, dia sedar dan menerima
anugerah Tuhan. Dia dan isteri memberikan sepenuh kasih sayang terhadap anak
mereka.
d.
Setia
kawan dalam kalangan rakan.
Contohnya Josy merupakan rakan yang setia kawan. Dialah sahaja yang mempercayai Doktor Fikri ketika Doktor Fikri
didakwa sebagai pencuri. Ketika semua rakan telah memulaukan Doktor Fikri yang
mencuri buku-buku dan barang-barang pelajar lain, Josy tetap berbual-bual dan menasihatinya .
e.
Kecekalan
seorang remaja balar untuk mengharungi kehidupan.
Contohnya, Doktor Fikri sentiasa tabah menghadapi kelemahan fizikalnya dan
berusaha gigih untuk membuktikan kebolehannya dalam pelbagai segi, seperti
rajin membaca dan menyertai acara lumba lari 1500 meter dalam hari sukan di
sekolah.
f.
Tanggungjawab
pihak sekolah untuk menangani kegiatan salah laku dalam kalangan pelajar.
Contohnya guru disiplin bertindak tegas terhadap kelewatan pelajar, peras
ugut, gengsterisme, kecurian dan lain-lain. Pengetua sanggup merotan pelajar
yang melakukan peras ugut secara terbuka untuk menegaskan disiplin sekolah.
g.
Kemuliaan
hati seorang remaja.
Contohnya Doktor Fikri tidak menaruh
dendam dan sanggup meminta ayahnya menjamin Narius yang sentiasa menganiayainya
seperti memeras ugut, mencuri basikalnya malah menganiayainya sebagai pencuri.
Dia membantu Narius dengan hati yang ikhlas dan sanggup berkawan dengan mereka
yang menganiayainya.
h.
Sikap
berdikari seorang remaja.
Contohnya Doktor Fikri tidak bergantung pada
ibu bapanya untuk membeli basikal baru. Dia telah mengeluarkan wang simpanannya
untuk membeli basikal baru. Sebaliknya wang simpanan adalah daripada
perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran yang ditanam di belakang rumahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan