Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dia setuju dengan kata-kata kawannya itu. Sebab dia sendiri pun sekarang ini sedang dalam proses menghayati salah satu cinta itulah sehingga cintanya yang lain terhempas ke batu karang. Dia tahu, cintanya yang ini juga kan berakhir serupa itu. Syahid tidak akan mengerti dengan dirinya yang sudah dimiliki oleh kekasihnya yang lain. Syahid tidak akan mengerti. Rasanya, cintanya kepada Hisyam itulah sahaja cintanya yang benar. Walaupun pada waktu itu dia tidak mengerti tentang perasaan yang mengusik hatinya. Dia masih kecil.
" Mei!" kata Hisyam waktu mereka sama-sama bermain di samping rumanhnya. "Nanti apabila aku sudah besar aku akan kahwin dengan kau."
Mereka main masak-masak. Hisyam lebih tua beberapa tahun daripadanya. Dia senang dengan Hisyam kerana Hisyam pandai mengambil hatinya dan sabar melayaninya walaupun waktu dia merajuk. Hisyam akan pergi mencari bahan-bahan untuk dimasak. Dia menjadi tukang masak olok-olok. Isteri olok-olok. Setelah itu mereka makan bersama-sama. Hisyam selalu berkata masakannya sedap. Hatinya pun kembang apabila dipuji serupa itu.
(Dipetik daripada cerpen 'Mellisa" oleh Abdullah Hussain dalam Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah sifat-sifat Hisyam yang menyenangkan hati Mei? [2 m]
- Hisyam pandai mengambil hatinya......1m
- sabar melayaninya walaupun waktu dia merajuk........1m
- mencari bahan-bahan untuk dimasak ketika bermain masak-masak.....1m
(sekurang-kurangnya 2 isi = 2 markah)
** isi boleh disalin bulat-bulat dari petikan - perenggan akhir

(ii) Andaikan anda Mei, apakah tindakan yang akan anda ambil untuk mengekalkan persahabatan dengan Hisyam? [4 m ]
- sentiasa menjaga hatinya dengan tidak menyinggung perasaan Hisham
supaya dia gembira
berkawan dengan saya
- membantunya jika dia dalam kesusahan supaya masalahnya dapat
diselesaikan
- tidak menceritakan/menghebahkan keburukan/kelemahannya kepada orang
lain
(mana-mana 2 isi + 2 markah. **Pendapat hendaklah disertakan dengan sedikit huraian.)

(iii) Jelaskan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 m ]
nilai dalam petikan
nilai perpaduan
contohnya - Mei yang berbangsa Cina dan Hisyam berbangsa Melayu dapat menjalinkan persahabatan dan bergaul mesra walaupun berlainan bangsa
Nilai kasih sayang
Contohnya - Hisyam sayang akan Mei dan mahu berkahwin dengannya apabila dewasa kelak
(mana-mana 1 isi + contoh= 2 markah
nilai dalam keseluruhan cerpen
nilai cinta akan tanah air
Contohnya - Mei menyertai pasukan keselamatan demi cintanya kepada tanah air supaya keselamatan negara sentiasa terpelihara
nilai kegigihan
contohnya - Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.
(mana-mana 1 isi + contoh = 2 markah)
**Pastikan jawapan anda jelas menunjukkan yang mana isi dalam petikan dan yang mana dalam cerpen keseluruhan..boleh buat perenggan yang berbeza)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.