BAHAGIAN C
Lihat rajah di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Kandungan Buah-buahan dan
Sayur-sayuran serta Kebaikannya
Kandungan Kebaikan
- mengandungi serat yang tinggi - dapat mengurangkan risiko
- mengandungi mineral dan vitamin menghadapi sembelit
- banyak mengandungi potassium(kalium) - dapat mencantikkan kulit dan
- membekalkan antioksidan menyembuhkan luka pada kulit
- mempunyai rasa yang tersendiri - menguatkan otot-otot badan - melambatkan penuaan dan membentuk wajah yang ceria
- - dapat dijadikan sebagai pembasuh mulut
PENGENALAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran memang banyak khasiatnya
ISI TERSURAT
- Mengandungi serat yang tinggi untuk mengurangkan risiko menghadapi masalah sembelit
- mengandungi mineral dan vitamin serta potassium (kalium) yang dapat membantu mencantikkan kulit , menyembuhkan luka pada kulit dan menguatkan otot-otot badan
ISI TERSIRAT
- gaya hidup pada masa kini menyebabkan terdapat golongan masyarakat terutama golongan remaja yang terlalu gemar makan makanan segera yang bukan sahaja tiidak berkhasiat malah boleh mengundang pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti dan darah tinggi.
- masyarakat perlu digalakkan untuk makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat mental dan fizikal
- pelbagai kempen tentang perlulnya makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta
- maklumat tentang kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran perlu diuar-uarkan kepada masyarakat melalui iklan atau rancangan televisyen
- ibu bapa perlu memberi anak-anak mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran sejak kecil lagi
PENUTUP
Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia.
Contoh Karangan
Buah-buahan dan sayur-sayuran memang banyak khasiatnya. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi untuk mengurangkan risiko menghadapi masalah sembelit. Kandungan mineral dan vitamin serta potassium yang dapat membantu mencantikkan kulit , menyembuhkan luka pada kulit dan menguatkan otot-otot badan, Masyarakat perlu digalakkan untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat mental dan fizikal. Pelbagai kempen tentang kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dilaksanakan oleh pihak kerjaan dan pihak swasta. Ibu bapa perlu memberi anak-anak mereka makan buah-buahan dan sayur-sayuran sejak kecil lagi . Justeru, buah-buahan dan sayur-sayuran memang mengandungi pelbagai khasiat yang dapat meningkatkan kualiti kesihatan manusia.
(100 patah perkataan)
Kau sendiri lah makan buah tu!
BalasPadamNi kenapa ni
PadamDah kenapa?
PadamYeah
Padamterima kasih kongsi ilmu
BalasPadamTerima kasih..
BalasPadamKEBAIKAN BUAH LEMON
BalasPadamUlasan tentang sayur
BalasPadamMemang membantu. :)
BalasPadam