Ahad, 19 Oktober 2014

ULANG KAJI & LATIH TUBI TATABAHASA - SIRI 1 :Mengenal pasti kesalahan tatabahasa

Kepada;

Pelajar-pelajar tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari 2014

Tarikh latihan:  19 Oktober 1014 (Hari Ahad) 

Arahan:
1.  'Copy' latihan dalam 'microsoft word'
2.  Jawab soalan dan hantar jawapan ke emel cikgu untuk disemak.
     emel cikgu:  kalsom.haron@yahoo.com
3.  Sebagai pilihan lain, pelajar juga boleh menulis jawapan di bahagian      ulasan di bawah.
4.  Pelajar-pelajar yang membuat latihan dalam blog akan mendapat
     markah bonus yang akan ditambah dalam markah peperiksaan akhir      tahun. 
5.  Selamat membuat ulang kaji.  Terima kasih


Bahagian A

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan.  Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Contoh:

Tiap hari, Pak Abu akan menghantar anaknya ke sekolah.

Tiap  -        Setiap/Tiap-tiap________________


1.   Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
______________________________________

2.  En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
______________________________________

3.  Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.
______________________________________

4. Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.
______________________________________

5.  Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

6. Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
______________________________________

7.  Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.
______________________________________

8.  "Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur, " titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
______________________________________

9.  Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.
______________________________________

10. Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
______________________________________

11.  "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu.
______________________________________

12.  Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang bersembunyi di dalam hutan.
______________________________________

13.  Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
______________________________________

14. Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Hakeem Restoran.
______________________________________

15.  Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.
______________________________________

16.  Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai. 
______________________________________

17.  Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan dibangunkan oleh pemaju perumahan.
______________________________________

18.  Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai sekali di sekolah.
______________________________________

19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir semua anak-anak sungai telah tercemar.
______________________________________

20.  "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
______________________________________

21.  Sejak tadi lagi  pemuda itu asyik pandang Farhana.
______________________________________

22.  Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
______________________________________

23.  Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang diadakan di sekolahnya.
______________________________________

24.  Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk menguasai perkara yang mereka pelajari.
______________________________________

25.  Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang amat indah sekali.
______________________________________

26.  Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
______________________________________

27.  Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa mendapat tepukan dari penonton.
______________________________________

28.  Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada cili sos.
______________________________________

29.  Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya untuk berbual-bual dengan mereka seketika.
______________________________________

30.  Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di hadapan rumahnya.
______________________________________

31.  Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di padang.
______________________________________

32.  Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen.
______________________________________

33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru beberapa hari tinggal di asrama.
_____________________________________________________

35.  Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.
______________________________________

16 ulasan:

  1. Tahniah!!
    Tan Zhao Qi dari tingkatan 1 Bestari
    merupakan pelajar pertama yang menghantar tugasan tatabahasa Siri 1
    melalui emel.

    Cikgu dah hantar semula tugasan anda ye Zhao Qi.
    Selamat maju jaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah tak pandai pun sebenar nye! Minta tolong orang je tu...

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Selamat sejahtera
    Cikgu dah hantar emel tugasan anda Tung Wei tingktan 1 Bestari
    Selamat Maju Jaya

    BalasPadam
  4. Selamat sejahtera
    Cikgu dah hantar emel tugasan anda Tan Jia Wen tingktan 1 Bestari
    Selamat Maju Jaya

    BalasPadam
  5. Nama:Ethel Aw Miao Han
    Darjah:1Cerdik
    1.Kakak Rihanah menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
    goreng keledek - keledek goreng
    2.En Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
    dari - daripada
    3.Keempat orang pemuda kampung itu ingin belajar bersilat daripada Wak Kassim.
    Keempat - Keempat-empat
    4.Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.
    Para peserta-peserta - para peserta
    5.Senarai barang-barang keperluan yang dikuatkuasakan harganya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
    Senarai barang-barang - Senarai barang
    6.Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
    amanah di dalam - amanah dalam
    7.Mesyuarat pengurusan syarikat itu turut membincangkan lain-lain hal yang dibangkitkan oleh pengarah syarikat.
    lain-lain hal - hal-hal lain
    8."Saya akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur, " titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
    Saya - Beta
    9.Ibu terkejut bila berita itu saya sampaikan kepadanya.
    bila - apabila
    10.Beberapa buah rumah-rumah setinggan di kawasan itu telah dirobohkan oleh pihak berkuasa.
    Beberapa buah rumah-rumah - beberapa buah rumah
    11."Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu.
    berbuat - membuat
    12.Cuaca buruk di malam itu menyukarkan pihak polis untuk memburu banduan yang bersembunyi di dalam hutan.
    bersembunyi di dalam - bersembunyi dalam
    13.Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
    di - dalam
    14.Firdaus dan rakan-rakannya menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia di Hakeem Restoran.
    Hakeem Restoran - Restoran Hakeem
    15.Pemandangan di Pulau Bali itu nian indah terutama apabila tiba waktu senja.
    terutama apabila tiba - terutama tiba
    16.Adik menghempaskan mainan yang baru dibeli oleh ayah kepada lantai.
    kepada - pada
    17.Sudah berpuluh-puluh tahun keluarga itu mendiamkan kawasan luar bandar yang akan dibangunkan oleh pemaju perumahan.
    mendiamkan - terdiam

    BalasPadam
  6. Nama:Ethel Aw Miao Han
    Darjah:1Cerdik
    18. Adli menjadi kebanggaan guru-gurunya kerana dia merupakan murid yang terpandai sekali di sekolah.
    terpandai sekali - pandai sekali

    19.Sejak pembangunan dilaksanakan di kawasan itu, hampir semua anak-anak sungai telah tercemar.
    semua anak-anak sungai - semua anak sungai

    20. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih mentah lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansur Syah.
    Beta - Baginda

    21. Sejak tadi lagi pemuda itu asyik pandang Farhana.
    pandang - memandangkan

    22. Rahimah dilantik sebagai ketua kelas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
    lantas - kerana

    23. Jamilah memperolehi tempat pertama dalam pertandingan bercerita yang diadakan di sekolahnya.
    bercerita - berceritaan

    24. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza dan mereka memerlukan masa untuk menguasai perkara yang mereka pelajari.
    mereka pelajari - dipelajari oleh mereka

    25. Landskap di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur memang amat indah sekali.
    amat indah sekali - indah sekali

    26. Para peserta kursus kepimpinan itu mengajukan pelbagai soalan-soalan kepada penceramah.
    pelbagai soalan-soalan - pelbagai soalan

    27. Kepetahan murid itu menyampaikan syarahan tentang cara-cara menghargai jasa ibu bapa mendapat tepukan dari penonton.
    dari - daripada

    28. Keropok lekor memang sedap dimakan jika dicecahkan pada cili sos.
    pada - dengan
    29. Selepas pulang daripada pejabat, Encik Amir akan ke bilik anak-anaknya untuk berbual-bual dengan mereka seketika.
    daripada - dari

    30. Posmen itu menyerahkan beberapa keping surat kepada Mak Limah di hadapan rumahnya.
    keping - pucuk

    31. Harun memberitahu Cikgu Lim yang Haris tercedera semasa bermain bola di padang.
    yang - bahawa

    32. Setengah remaja gemar menghabiskan masa dengan menonton televisyen.
    Setengah - Sesetengah

    33. Ahmad berasa sangat rindu pada ibunya walaupun baru beberapa hari tinggal di asrama.
    pada - akan

    35. Kemalangan itu berlaku di empat simpang Jalan Permata.
    empat simpang - simpang empat

    BalasPadam
  7. adakah jawapan yg diberikan tersebut
    betul....kalau betul terima kasih.

    BalasPadam
  8. Soalan 28 ada kesalahan (cili sos)kena tukar kpd (sos cili)

    BalasPadam
  9. Soalan 28 ada kesalahan (cili sos)kena tukar kpd (sos cili)

    BalasPadam
  10. amat indah sekali tak bolehke?

    BalasPadam
  11. amat indah sekali tak bolehke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amat, sangat, sungguh ialah penguat bebas. Boleh digunakan serentak dgn perkataan sekali.

      Padam
  12. Cg kalau sekolah lain boleh turut serta tak

    BalasPadam
  13. Cg kalau sekolah lain boleh turut serta tak

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.