ANALISIS NOVEL SEJAMBAK BAKTI.
Bab 2 – Mesyuarat Melaksanakan Harapan
Latar tempat:
Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
Latar Masa:
3.30 petang – mesyuarat ahli lembaga pengarah koperasi bermula
5.30 petang – mesyuarat ditangguhkan
Watak:
Razali –Penolong Setiausaha ahli lembaga pengarah koperasi sekoah
Cikgu Robeah – Bendahari koperasi
Ramlah
Cikgu Zulkifli
Cikgu Syamsudin – pengetua sekolah
Cikgu Hassan – naib pengerusi koperasi
En Sulaiman – Pegawai Pembangunan Koperasi
Peristiwa penting/Menarik
Peristiwa
penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Mesyuarat Ahli Lembaga Pegarah telah
bersetuju untuk melaksanakan tiga usul/cadangan untuk menambahkan hasil
koperasi seterusnya mamajukan koperasi sekolah.
Usul-usul tersebut ialah
yang pertama koperasi akan berusaha menternak ayam telur, yang kedua,
koperasi akan menjual barang0-barang makanan dan keperluan lain untuk
kemudahan ahli koperasi, guru-guru, dan kakitangan sekolah selain menjual
alat tulis. Akhir sekali ialah
koperasi akan menubuhkan sebuah bilik bacaan dan menambah bahan bacaan.
|
Nilai bermuafakat
Nilai kebijaksanaan |
Kita hendaklah
sentiasa bermuafakat dan berbincang sebelum melaksanakan sesuatu perkara
supaya semua pihak akan bersatu hati untuk melaksanakannya
Kita hendaklah
bijak merancang sesuatu perkara supaya menghasilkan kecemerkangan dan
kemajuan koperasi kita.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.