Bab 1 – Kisah di Kedai Koperasi
Latar tempat:
Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
Kedai Koperasi SM Teknik Pertanian Seri Kayangan
Latar Masa:
Waktu pagi – Murid berpusu-pusu datang ke sekolah
Watak:
Swee Lan, Saridevi, Harun - Ahli
lembaga pengarah koperasi
Norlela – pembantu kedai koperasi
Cikgu Zulkifli
Peristiwa:
Peristiwa penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Swee Lan, Saridevi dan Harun selaku ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah telah bekerjasama mengurus jualan koperasi sekolah mereka
dengan dibantu oleh Norlela pembantu kedai koperasi
|
Nilai bekerjasama
Nilai bertanggungjawab
|
Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu
tugas agar tugas yang berat menjadi ringan dan cepat diuruskan.
Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang
diberikan kepada dengan sebaik mungkin agar disenangi oleh orang.
|
Mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Walaupun kadang kala didesak dan disindir,
namun senyuman mereka sentiasa terukir di bibir.
|
Nilai kesabaran
|
Kita perlulah
sabar dalam menghadapi cabaran agar disukai oleh orang lain.
|
Seorang daripada murid cuba mencuri sebatang pen dan
memasukkan pen tersebut ke dalam saku seluarnya tetapi Berjaya dihalang oleh
Harun.
|
|
Kita jangan lah sesekali mengambil sesuatu barang
yang bukan hak kita kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.