Hadiah
(Aripin
Said)
SINOPSIS
Setelah kematian ayahnya, keluarga Hayati mengalami masalah
kewangan. Hayati tidak dapat membayar bayaran asrama dan terpaksa pulang ke
kampung. Mereka hanya bergantung hidup daripada pencen Pak Mail yang sedikit.
Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka
berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi mereka apabila wakil
daripada Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak sepuluh ribu
ringgit atas jasa ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara.
PEMIKIRAN
Kegigihan menuntut ilmu.
Buktinya, Hayati terpaksa
pulang ke kampung kerana tidak dapat membayar yuran asrama sekolah.
PERSOALAN
i.
Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.
Contoh: Fauziah tabah menerima
kematian suaminya, Akhbar, yang terkorban semasa bertugas di sempadan.
ii. Gigih
meneruskan pelajaran.
Contoh: Hayati tetap berusaha
untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya.
iii. Berusaha untuk
menyelesaikan masalah.
Contoh: Pak Mail menceritakan
masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada penghulu.
PLOT
Secara keseluruhan drama ini
disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan
permulaan dan diakhiri dengan peleraian.
i.
Permulaan
Contoh: Fauziah menerima
sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan pulang ke
kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama.
ii.
Perkembangan
Contoh: Pak Mail menasihati
Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang dihadapi
oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang
masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya. Pak Mail
juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan daripada penghulu.
iii. Klimaks
Penghulu dan wakil Kementerian
Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu
ringgit bagi menghargai pengorbanan Akhbar semasa bertugas mempertahankan
negara.
iv. Peleraian
Pak Mail berjanji akan
menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya.
TEKNIK PENCERITAAN
i.
Imbas Kembali
Contoh: Hayati sentiasa
teringat akan ayahnya yang telah meninggal dunia hampir tiga bulan lamanya.
ii.
Dialog
Contoh: Perbualan antara
Fauziah dan Pak Mail tentang cara untuk membayar yuran asrama Hayati.
iii.
Imbas Muka
Contoh: Hayati ingin
menatap gambar ayahnya sekiranya dia pulang ke kampung.
iv.
Pemerian
Contoh: Pak Musa
menerangkan tujuan mereka datang ke rumah Pak Mail.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Hayati
i.
Gadis yang berusia 15 tahun.
ii.
Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.
iii.
Gigih berusaha
Contoh: Hayati menceritakan
masalah yang dihadapi oleh keluarga mereka kepada guru besar.
iv.
Tabah.
Contoh: Hayati tabah menghadapi
kehilangan ayahnya.
v.
Penyayang.
Contoh: Hayati tetap merindui
arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia pulang ke kampung.
vi.
Mementingkan pelajaran
Contoh: Hayati berusaha untuk
mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya.
Watak Sampingan
1. Fauziah
i.
Ibu kepada Hayati.
ii. Tabah.
Contoh: Tabah menghadapi
kehilangan suami tercinta.
iii. Penyayang.
Contoh: Fauziah sangat menyayangi
suami dan anak-anaknya.
2. Pak Mail
i.
Bapa kepada Fauziah. Datuk kepada Hayati dan Farid.
ii. Tabah.
Contoh: Pak Mail tabah
menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.
iii.
Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang
bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah
yang tercinta.
iv. Penyayang.
Contoh: seorang yang
penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.
3. Datuk Penghulu
i.
Bertanggungjawab.
Contoh: seorang yang
bertanggungjawab kepada aduan yang disampaikan oleh Pak Mail.
ii. Amanah.
Contoh: seorang yang
menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.
4. Encik Musa
i.
Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas
ii. Amanah
Contoh: Amanah menjalankan
tugas apabila menyampaikan cek penghargaan kepada keluarga Pak Mail di atas
sumbangan Akhbar dalam mempertahankan tanah air.
LATAR
Latar Masa
i.
Pagi
Contoh: Pak Mail menemui datuk
penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya.
ii.
Petang :
Contoh: Hayati pulang ke
kampung dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan
penghargaan kepada keluarga Pak Mail.
Latar Tempat
i.
Rumah Pak Mail
Contoh: Pak Mail menerima
kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan sumbangan RM 10,000.
ii.
Pejabat guru besar
Contoh: Hayati bercerita
tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru besar.
iii.
Asrama sekolah
Contoh: Tempat Hayati
tinggal semasa belajar di sekolah tersebut.
iv.
Perbatasan negara
Contoh: Tempat Akhbar
gugur ditembak oleh musuh negara.
Latar Masyarakat
i.
Masyarakat kampung
Contoh: Pak Mail menemui
penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.
ii.
Masyarakat yang berusaha gigih.
Contoh: Pak Mail berikhtiar
mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.
iii.
Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.
Contoh: Akhbar terkorban semasa
menjalankan tugas di sempadan.
iv.
Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.
Contoh: Pak Mail menasihati
Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha.
GAYA BAHASA
i.
Bahasa istana
Contoh: bonda, anakanda, nenda
dan adinda
ii.
Kata ganda
Contoh: sekali-sekala,
sama-sama, rajin-rajin, moga-moga
iii.
Sinkof
Contoh: mak, tuk, nak, dah
iv.
Simpulan bahasa
Contoh: minta diri
v.
Bahasa Arab
Contoh: assalamualaikum,
waalaikumusalam.
NILAI
i. Nilai kasih sayang.
Contoh: Pak Mail amat
menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.
ii. Nilai ketabahan
Contoh: Fauziah tabah
menerima kematian suaminya.
iii. Nilai kegigihan.
Contoh: Hayati gigih berusaha
mengatasi masalah kewangan yang dihadapinya.
iv. Nilai bekerjasama.
Contoh: Penghulu berjanji akan
membantu keluarga Pak Mail.
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mementingkan
pelajaran bagi menjamin masa depan.
Contoh: Hayati berusaha
untuk meneruskan pelajarannya walaupun menghadapi masalah kewangan.
ii. Kita haruslah mengenang jasa
perwira yang sanggup berkorban untuk negara.
Contoh: Kementerian
Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar
yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara.
iii. Kita hendaklah percaya kepada
Tuhan
Contoh: Pak Mail percaya
bahawa Tuhan akan membantu mereka yang dalam kesusasahan.
iv. Kita hendaklah tolong-menolong
antara satu sama lain.
Contoh: Guru besar
berjanji untuk menolong Hayati mendapatkan bantuan kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.