SINOPSIS
KESELURUHAN
Suasana di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian
Seri Kayangan pada pagi itu sangat sibuk. Terdapat seorang pembantu kedai dan
tiga orang ahli pengarah sedang melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik.
Seorang pelajar lelaki mencuba untuk mencuri sebatang pen telah ditegur oleh
seorang ahli lemabga pengarah. Cikgu Zulkifli masuk ke koperasi itu dan
memaklumkan kepada ahli lembaga pengarah bahawa pada petang itu akan diadakan
mesyuarat agung untuk mengumumkan ahli-ahli jawatankuasa Lembaga Pengarah dan
membincangkan usul-usul. Mesyuarat telah membuat keputusan bahawa Razali telah
dilantik sebagai Penolong Setiausaha Lembaga Pengarah bagi koperasi Sekolah
Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Munir berasa tidak puas hati kerana tidak dipilih sebagai
Penolong Setiausaha. Dia merungut kepada kawannya Leong dan Silvam. Dia dan
kawan-kawannya, Leong dan Silvam, mula berdendam dengan Razali. Kemarahan Munir
bertambah apabila seorang pelajar baharu sekolah mereka rapat dengan Razali. Di
samping itu, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain cuba
menaiktarafkan koperasi dan melaksanakan usul-usul yang telah dipersetujui
dalam mesyuarat yang lepas. Bilik bacaan akan diadakan atas dasar kebajikan dan
untuk kebaikan murid-murid.
Sikap Munir yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah,
mengganggu pelajar perempuan, dan tidak melaksanakan tugasnya sebagai ahli
lembaga pengarah, telah menyebabkan dia dipanggil guru kaunseling sekolah itu,
iaitu Cikgu Muniam. Munir tidak mengakui kesalahannya. Setelah diberikan
nasihat, Munir berjanji tidak akan berbuat demikian lagi. Walau bagaimanapun,
tindakan tersebut menyebabkan Munir menajdi lebih marah dan menuduh Razali yang
mengadukan perkara itu kepada guru kaunseling. Jadi, dia mengambil keputusan
untuk membalas dendam. Leong dan Silvam turut serta kerana Razali dianggap
sebagai penghalang hasrat mereka untuk merapati Swee Lan dan Saridevi.
Petang itu, Razali dibelasah oleh Munir dan rakan-rakannya.
Ramlah, Swee lan, dan Saridedevi yang terjumpa dengan Razali di tempat kejadian
itu ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli tetapi dilarang oleh
Razali. Razali tidak mahu perkara itu diketahui oleh ayah tirinya. Ketika
sampai di rumahnya, ibunya terkejut melihat keadaan Razali. Razali menceritakan
perlakuan Munir terhadapnya. Ayah tiri Razali ternampak akan keadaan Razali
lantas menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong sehingga dipukul oleh orang
lain. Mak Sopiah mempertahankan anaknya. Tindakannya menyebabkan Razali terasa
dan ingin bersama dengan ayah kandungnya. Dia bertanya tentang ayah kandungnya
kepada Mak Sopiah tetapi ibunya enggan menceritakannya kerana perkara tersebut
merupakan sejarah hitam buat Mak Sopiah. Keesokan harinya, Munir, Leong, dan
Silvam dihukum rotan kerana membelasah Razali.
Razali telah menerima tawaran untuk mengikuti kursus koperasi
bersama wakil koperasi-koperasi sekolah di Malaysia di Kuala Lumpur. Kursus
tersebut telah membuka mata Razali tentang koperasi-koperasi yang terdapat di
Malaysia. Selepas dia pulang dari kursus itu, mereka mengadakan mesyuarat
tentang pertandingan koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
(ANGKASA). Mereka bersetuju untuk menyertai pertandingan itu.
Ahli-ahli Lembaga Pengarah bekerjasama mencantikkan koperasi.
Munir tidak mahu memberikan kerjasama dan memilih untuk bermain bola. Walau
bagaimanapun, dia dipanggil oleh Cikgu Zulkifli untuk melakukan tugas. Ketika
Munir berada di meja setiausaha, dia ternampak kunci koperasi itu lalu
diambilnya. Setelah itu, Munir dan rakan-rakannya merancang sesuatu bagi
membalas dendam terhadap Razali. Suatu malam, koperasi telah diceroboh masuk.
Kesesokan harinya, apabila koperasi dibuka, Razali mendapati kedai semua barang
jualan bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 telah dicuri. Dia
melaporkan kepada Cikgu Zulkifli. Pihak polis telah menyiasat tetapi tiada
kesan pecah masuk. Kunci koperasi masih berada dalam pegangan Razali dan
Pengetua. Hal itu membuatkan Munir, Leong, dan Silvam menuduh Razali yang
memecah masuk koperasi kerana dia mempunyai kunci. Munir mengadukan hal ini
kepada Pak Zakaria. Pak Zakaria berasa amat marah lalu menghalau Razali
daripada rumah tetapi dihalang oleh Mak Sopiah.
Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh
Swee Lan dan Marzuki bahawa Koperasi dicerobohi lagi. Cikgu Syamsudin sangat
marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk memeriksa beg dan pakaian
murid satu demi satu. Akhirnya, pihak sekolah telah dapat menangkap pencurinya,
iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Cikgu Hassan telah memperoleh kunci yang
sama nombornya dengan kunci koperasi dan duit kertas RM10 yang bertanda ‘K’.
Sebagai hukuman, Munir telah dipecat daripada ahli Lembaga Pengarah dan
digantung sekolah selama seminggu. Munir mula sedar akan kesalahannya dan
meminta maaf kepada Razali dan keluarganya.
Keputusan pertandingan Koperasi telah diumumkan. Koperasi
Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Pertanian Seri Kayangan telah mendapat
Johan. Pihak sekolah dan ibu bapa yang dijemput hadir pada pagi itu sangat
berbangga dengan kejayaan mereka itu. Antara ibu bapa yang hadir ialah Mak
Sopiah dan Pak Zakaria. Kemudian, mereka terjumpa dengan Pak Ramli, iaitu bapa
kepada Ramlah. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada suatu rahsia dalam
pertemuan itu. Beliau menjemput mreka ke bilik pejabatnya. Pak Ramli
menceritakan hubungan mereka bertiga. Rupa-rupanya, Pak Ramli ialah bekas suami
Mak Sopiah dan ayah kandung kepada Razali. Cikgu Zulkifli amat terkejut lalu
mencadangkan untuk memanggil Razali dan Ramlah. Mereka tidak menyangkakan
kejayaan koperasi ini telah menemukan seorang anak dengan ayah dan adiknya.
Ilmu ini sangat bermanfaat tetima kasih kerana berkonfsi
BalasPadamTerima*
BalasPadamTerima*
BalasPadamTerima*
BalasPadamTerima*
BalasPadamIlmu ini sangat bermanfaat terima kasih kerana berkonfsi
BalasPadamkongsi*
BalasPadamBerikan dua peri bahasa yg berkaitan dengan ayat tersebut
BalasPadamMantap
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamJangan jadi tiberrrr dong
BalasPadamahahahha
BalasPadamHahahhah tiber
BalasPadamJangan sok keras
BalasPadamNanti kenak bantai
Dengan budak asrama🤣
T.kasih cikgu
BalasPadam..sinopsis ini banyak membantu