Baca petikan di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentang persediaan-persediaan graduan
sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
mengurangkan masalah pengangguran. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Panduan penulisan pendahuluan rumusan.
aspek pertama: Tukar kata kunci dalam soalan iaitu 'persediaan-persediaan dengan perkataan yang sama maksud mengikut konteks petikan soalan.
perkataan yang sama maksud dengan perkataan persediaan-persediaan :
persiapan-persiapan/usaha-usaha/tindakan-tindakan/langkah-langkah/keperluan-keperluan
aspek kedua: di negara kita/di Malaysia
Pendahuluan:
1. Petikan
membincangkan persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam perkerjaan di
negara kita. [2 markah]
2. Petikan membincangkan tindakan-tindakan graduan sebelum memasuki alam perkerjaan di Malaysia. [2 markah]
3. Petikan membincangkan
tindakan-tindakan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan
kelebihan-kelebihan graduan yang menguasai lebih daripada satu bahasa.
[2 markah]
(aspek kedua dalam pendahuluan ini ialah soalah pemahaman petikan umum pcahan (ii)
4. Rumusan membincangkan tindakan-tindakan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran. [2 markah]
Pendahuluan jenis ini mesti menggunakan perkataan Rumusan di permulaan pendahulua.
jadi jika pendahuluannya:
Petikan ini membincangkan tindakan-tindakan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran. [1 markah sahaja]

5. Petikan
membincangkan persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam perkerjaan.
[1 markah]
6 Petikan membincangkan persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam perkerjaan di negara kita. [0 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.