Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama Farid meneruskan warisan
Syarikat Perniagaan Batik Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal
dunia. Farid terpaksa mengambil alih syarikat tersebut walaupun berumur 19
tahun. Haji Badrul mempunyai isteri yang bernama Hajah Zaoyah. Latifah sebagai
anak sulung dan mempunyai anak 5 tidak pernah dididik dalam bidang perniagaan.
Lotfi pula lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut pada kerusi roda
untuk bergerak.Farhan menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya
tetapi telah meninggal dunia sewaktu belajar di UKM manakala Hanisyah dan
Hisham adik Farid baru berusia 15 tahun dan 12 tahun.
Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah
dalam bidang perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga
menghadapi masalah kewangan. Ramai agen tidak membayar hutang. Selain
itu, permintaan batik keluaran Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak
memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak
Tom.Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom
menguruskan tugas pentadbiran dan kewangan.
Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah
Zaoyah tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu
dijual atau ditutup. Hajah Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan
dan berkembang dalam pasaran batik.Tiba-tiba fikiran Farid terlintas
untuk menjual sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan membayar
hutang. Tambahan pula,Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang kemas dan
tanah demi menyelamatkan syarikat itu. Farid mempertimbangkan cadangan
ibunya dan cuba mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang yang arif
kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.
Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak dia
mengambil alih syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan
perniagaan dengan memperbesar bengkel batik dan meningkatkan pengeluaran. Modal
akan diperoleh daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan hasil gadaian
barang ibunya. Idea Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada
mesyuarat itu.
Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu En Mokhsien
yang merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan pemborang binaan Nadi
Zaman. En Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan memotivasikan Farid agar
menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat.
Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah atau Eda rakan sekelas sekolah yang membuka
kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang pandai melayan pelanggan. Dia
sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah. Cara layanan
dan citarasa pelanggan terhadap batik dalam genggaman Zuraidah. Hubungan Farid
dan Zuraidah kian erat. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada
Zuraidah. Zuraidah memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional
ke kontemporari. Hal yang demikian kerana citarasa pelanggan sering
berubah-ubah mengikut peredaran masa. Cadangan Zuraidah disetujui Farid
demi membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.
Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein
menyemak rancangan perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada masa yang sama,
Encik Mokhsein menasihatkan Farid supaya mengikuti kursus pengurusan perniagaan
dan mendapatkan khidmat nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu dapat membantu
seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.
Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal
tambahan, peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan
diberi latihan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap
dibina, Farid telah mengadakan majlis perasmian dan mengundang Encik Mokhsein
sebagai perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor yang merupakan
graduan seni reka fabrik UiTM dan dia telah dlilantik oleh Encik Mokhsein
sebagai pengajar corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara.Hartini banyak
menyumbangkan idea dan melatih pekerja Farid dalamcorak seni moden. Kehadiran
Hartini menyebabkan Zuraida berasa cemburu dan dia mempunyai perasaan salah
sangka terhadap Farid. Farid sedar akan tindakan Zuraidah dan dia menjelaskan
bahawa Hartini sudah bertunang. Perasaan cemburu Zuraidah pudar dan hubungan
mereka lebih akrab.
Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa
agen baharu. Pengalaman mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan
melunaskan hutang dengan cepat. Di sebalik kemajuan perniagaan Farid, ada
pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik Syarikat Rajawali
kepunyaan Mukhtar bapa saudara Zuraida merosot. Mukhtar menyedari bahawa
hasil batik syarikat Farid boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar.
Mukhtar bertambah marah apabila anak buahnya membantu menjual batik moden
Farid. Mukhtar mengugut untuk membakar kedai Zuraidah sekiranya dia tidak mahu
memulangkanbatik tersebut kepada Farid. Zuraidah akur dengan permintaan
bapa sadaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak memberi bantuan setelah
ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya menghentikan
operasi batik modennya menggunakan surat layang. Farid menceritakan kejadian
itu kepada Kak Tom dan keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid
melaporkan kepada pihak polis. Farid berdegil dan mahu menyelesaikan
sendiri.
Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama
Mahmood untuk membuat kacau di bangsal moden syarikat Farid. Apabila
Mahmood tiba di bangsal moden itu, dia terlihat Masri dan Azmi sedang
bekerja. Mahmoud bertambah marah dan menyangka syarikat Farid mencuri bekas
pekerja majikannya. Haryani yang baru pulang cuba meredakan suasana dengan melayan
Mahmoud dengan baik tetapi gagal. Kemudian Haryani menghalau Mahmoud. Mahmoud
masih berdiri dan tidak mahu pulang. Haryani berlari dan meminta pertolongan
daripada Pak Nik. Tindakan Mahmoud semakin agresif apabila Pak Nik dan dia
bertikam lidah. Mahmoud mencekik leher Azmi dan ingin mecelup muka Azmi pada
kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang canting lilin panas,dia nekad
mencurah lilin tersebut pada muka Mahmoud supaya Azmi dilepaskan. Muka Mahmoud
melecur dan dia lari lintang pukang. Pekerja Farid tidak berjaya memberkas
Mahmoud.
Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan
Farid tetapi Mukhtar tidak pernah patah semangat untuk membalas dendam.
Mukhtar telah mengupah beberapa pemuda untuk membakar bangsal moden syarikat
Farid. Pada waktu malam, Farid sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi
letupan dari bangsal batik miliknya. Dalam beberapa minit,api marak dengan
cepat dan menjilat bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang
apabila berhadapan dengan Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih
dipendamkan dalam hati. Siasatan pihak bomba mendapati bangsal tersebut
disabotaj dan dibakar secara sengaja. Pihak polis juga telah memanggil Farid
untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah siasatan
selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan dihukum penjara selama 3
tahun.
Selepas 3
hari kejadian itu, Encik Mokhsein ke pejabat Farid. Beliau memberitahu Farid
bahawa beliau berjaya membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan dari
Singapura dan Kuala Lumpur. Zuraidah meminta maaf atas tindakan pak
ciknya itu dan dia menyatakan bahawa akan sambung belajar. Semasa perjalanan
menghadiri perkahwinan Hartini, Encik Mohsein mengusik Farid dan Zuraida. Encik
Mokhsein menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai untuk memajukan Syarikat
Batik Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraidah mukanya merah padam menikmati
pemandangan di luar kereta.
Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama Farid meneruskan warisan
Syarikat Perniagaan Batik Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal
dunia. Farid terpaksa mengambil alih syarikat tersebut walaupun berumur 19
tahun. Haji Badrul mempunyai isteri yang bernama Hajah Zaoyah. Latifah sebagai
anak sulung dan mempunyai anak 5 tidak pernah dididik dalam bidang perniagaan.
Lotfi pula lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut pada kerusi roda
untuk bergerak.Farhan menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya
tetapi telah meninggal dunia sewaktu belajar di UKM manakala Hanisyah dan
Hisham adik Farid baru berusia 15 tahun dan 12 tahun.
Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah
dalam bidang perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga
menghadapi masalah kewangan. Ramai agen tidak membayar hutang. Selain
itu, permintaan batik keluaran Syarikat Nusantara di pasaran juga tidak
memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak
Tom.Dia telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom
menguruskan tugas pentadbiran dan kewangan.
Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah
Zaoyah tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu
dijual atau ditutup. Hajah Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan
dan berkembang dalam pasaran batik.Tiba-tiba fikiran Farid terlintas
untuk menjual sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan membayar
hutang. Tambahan pula,Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang kemas dan
tanah demi menyelamatkan syarikat itu. Farid mempertimbangkan cadangan
ibunya dan cuba mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang yang arif
kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.
Farid telah mengadakan mesyuarat dan ini mesyuarat pertama sejak dia
mengambil alih syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan
perniagaan dengan memperbesar bengkel batik dan meningkatkan pengeluaran. Modal
akan diperoleh daripada hasil jualan sebahagian aset syarikat dan hasil gadaian
barang ibunya. Idea Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir pada
mesyuarat itu.
Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu En Mokhsien
yang merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan pemborang binaan Nadi
Zaman. En Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan memotivasikan Farid agar
menjadi usahawan bumiputera yang berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat.
Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah atau Eda rakan sekelas sekolah yang membuka
kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang pandai melayan pelanggan. Dia
sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah. Cara layanan
dan citarasa pelanggan terhadap batik dalam genggaman Zuraidah. Hubungan Farid
dan Zuraidah kian erat. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada
Zuraidah. Zuraidah memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional
ke kontemporari. Hal yang demikian kerana citarasa pelanggan sering
berubah-ubah mengikut peredaran masa. Cadangan Zuraidah disetujui Farid
demi membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.
Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein
menyemak rancangan perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada masa yang sama,
Encik Mokhsein menasihatkan Farid supaya mengikuti kursus pengurusan perniagaan
dan mendapatkan khidmat nasihat dari Mida dan MARA. Ilmu dapat membantu
seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetetif.
Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal tambahan,
peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan diberi
latihan jangka pendek oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina,
Farid telah mengadakan majlis perasmian dan mengundang Encik Mokhsein sebagai
perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini Noor yang merupakan graduan
seni reka fabrik UiTM dan dia telah dlilantik oleh Encik Mokhsein sebagai
pengajar corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara.Hartini banyak
menyumbangkan idea dan melatih pekerja Farid dalamcorak seni moden. Kehadiran
Hartini menyebabkan Zuraida berasa cemburu dan dia mempunyai perasaan salah
sangka terhadap Farid. Farid sedar akan tindakan Zuraidah dan dia menjelaskan
bahawa Hartini sudah bertunang. Perasaan cemburu Zuraidah pudar dan hubungan
mereka lebih akrab.
Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa
agen baharu. Pengalaman mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan
melunaskan hutang dengan cepat. Di sebalik kemajuan perniagaan Farid, ada
pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik Syarikat Rajawali
kepunyaan Mukhtar bapa saudara Zuraida merosot. Mukhtar menyedari bahawa
hasil batik syarikat Farid boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar.
Mukhtar bertambah marah apabila anak buahnya membantu menjual batik moden
Farid. Mukhtar mengugut untuk membakar kedai Zuraidah sekiranya dia tidak mahu
memulangkanbatik tersebut kepada Farid. Zuraidah akur dengan permintaan
bapa sadaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak memberi bantuan setelah
ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya menghentikan
operasi batik modennya menggunakan surat layang. Farid menceritakan kejadian
itu kepada Kak Tom dan keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid
melaporkan kepada pihak polis. Farid berdegil dan mahu menyelesaikan
sendiri.
Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama
Mahmood untuk membuat kacau di bangsal moden syarikat Farid. Apabila
Mahmood tiba di bangsal moden itu, dia terlihat Masri dan Azmi sedang bekerja.
Mahmoud bertambah marah dan menyangka syarikat Farid mencuri bekas pekerja
majikannya. Haryani yang baru pulang cuba meredakan suasana dengan melayan
Mahmoud dengan baik tetapi gagal. Kemudian Haryani menghalau Mahmoud. Mahmoud
masih berdiri dan tidak mahu pulang. Haryani berlari dan meminta pertolongan
daripada Pak Nik. Tindakan Mahmoud semakin agresif apabila Pak Nik dan dia
bertikam lidah. Mahmoud mencekik leher Azmi dan ingin mecelup muka Azmi pada
kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang canting lilin panas,dia nekad
mencurah lilin tersebut pada muka Mahmoud supaya Azmi dilepaskan. Muka Mahmoud
melecur dan dia lari lintang pukang. Pekerja Farid tidak berjaya memberkas
Mahmoud.
Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan
Farid tetapi Mukhtar tidak pernah patah semangat untuk membalas dendam.
Mukhtar telah mengupah beberapa pemuda untuk membakar bangsal moden syarikat
Farid. Pada waktu malam, Farid sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi
letupan dari bangsal batik miliknya. Dalam beberapa minit,api marak dengan
cepat dan menjilat bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang
apabila berhadapan dengan Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih
dipendamkan dalam hati. Siasatan pihak bomba mendapati bangsal tersebut
disabotaj dan dibakar secara sengaja. Pihak polis juga telah memanggil Farid
untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah siasatan
selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan dihukum penjara selama 3
tahun.
Harapan terakhir seblum minggu disoal
BalasPadam