Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan
batik keluarga. Farid kerap mengingati pesan arwah bapanya, bahawa perniagaan
ibarat roda yang penuh cabaran. Farid tetap berfikir mampukan yang cetek ilmu
perniagaan mewarisi dan meneruskan perusahaan batik ayahnya yang kian malap
dengan hutang yang banyak. Takkan ibunya, Hajah Zaoyah (56tahun) yang
menanggung beban itu, abangnya Lotfi lebih 10 tahun berada di kerusi roda.
Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM. Adik-adiknya
Hanisyah (15tahun) dan Hisyam(tahun) sangat mentah. Farid terpaksa mengambil
alih perniagaan keluarganya. Tomsiah merupakan kerani yang berdedikasi
telah membantu Farid. Menurut Kak Tom, hutang ayahnya bukan dengan pihak bank
tetapi hutang runcit dengan pembekal. Selain itu, Kak Tom memberikan gambaran
kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid. Kak Tom memberikan nombor
telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.
Sinopsis BAB 2
Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula. Kata doktor
ayahnya mengalami barah dalam perut ( Hypertension). Walaupun ada yang
menyatakan ayahnya disantau. Farid terima takdir Allah. Farid menyakinkan
dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam
perniagaan . Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada
sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Farid
berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik), menurut Pak Nik kuato pengeluaran
dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang.
Manakala batik keluaran mereka kurang laris dipasaran. Pak Nik menasihati Farid
bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak mesti diwarisi. Kak Tom menunjukkan
Farid fail hutang dan meminta Farid meminta bayaran kepada ejen yang masih
berhutang lagi.
Sinopsis BAB 3
Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyan makan malam bersama.
Mereka bercerita banyak perkara. Ibunya menyedari bahawa Farid semakin kurus
dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Ibu
dan abangnya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialami semasa
menguruskan perniagaan batik keluarga. Malam itu, Farid meluahkan masalahnya .
Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya mampu
mengendalikan perniagaan. Ibunya berpesan bahawa dia tidak mahu syarikat
ayahnya dibubarkan kerana tinggalan ayahnya. Ibunya ingin menggadaikan barang
kemas dan tanah untuk menyelamatkan syarikat. Farid terfikir sebelum tidur
tentang cadangan ibunya. Dia baru teringat cakap Kak Tom supaya berjumpa
seseorang.
Sinopsis BAB 4
Farid pagi-pagi lagi ke tapak bangsal batik
perusahaannya. Dia memikirkan prospek meluaskan perusahaan batiknya berasaskan
keluasan saiz tapak sedia ada. Pak Nik melihat Farid dan bangga kerana sifat
kerja keras Haji Badrul ada pada Farid. Farid merupakan anak muda mempunyai
keazaman yang tinggi. Farid ingin mencontohi kawannya Abdul Kaber berketurunan
India Malabor yang mempunyai kedai kain kecil di Jalan Banggol dan Chew Teck Heng
dari Kampung Cina yang menjual mi. Kawan Farid berniaga kecil-kecilan tetapi
berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalam bidang perniagaan. Semangat
kawannya itu menyebabkan Farid semakin yakin untuk bersama dengan industri batiknya.Dalam mesyuarat Farid melontarkan idea bernas
iaitu membincangkan usaha meningkatkan kualiti batik perusahaannya di samping
promosi efektif. Masalah kos turut dibincangkan. Kak Tom mencadangkan asset
kurang produktif hendaklah dijual sekali gus mengurangkan beban syarikat.
Sinopsis BAB 5
Farid ke Jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan encik Mokhsein.
Farid mendapat layanan yang baik daripada encik Mokhsein yang suka merendah
diri dan gaya hidup sederhana. Encik Mokhsein amat tertarik dengan sikap Farid
, anak muda yang berjiwa besar, inovatif dan berpandangan jauh. Mereka
berbincang tentang ilmu perniagaan dan peluang serta penglibatan orang melayu
kursusunya dalam DEB. Encik Mokhsein berterus-terang Haji Badrul banyak
mengajarnya selok-belok dalam perniagaan ketika dia bekerja di Syarikat Batik
Nusantara milik keluarga Farid. Pendapat encik Mokhsein sama dengan Pak Nik
bahawa masalah perniagaan batik Haji Badrul kerana khianat sesetengah syarikat
lain akan kejayaan Haji Badrul. Bagi mengatasi pesaingan perusahaan batik yang lain
dan kejam, encik Mokhsein mencadangkan kepada Farid berani mencari pasaran
baharu dan idea-idea yang baik untuk Farid lakukan.
Sinopsis BAB 6
Zuraida terkejut kedatangan Farid ke kedainya. Farid kagum
dengan kegigihan Zuraida setelah sepuluh tahun mengusahaan perniagaan, rakan
sekelasnya sejak tingkatan satu membantu keluarganya mengusahakan kedai pakaian
di bazar MARA, Jalan Bonggol dekat dengan stesen bas lama. Ketika zaman
persekolahan Zuraidah mencuri-curi untuk belajar ketika membantu ibunya berniaga
di kedainya sementara menunggu pelanggan datang membeli. Zuraida tetap merendah
diri dan mengatakan perniagaannya kecil di kaki lima tidak sehebat perusahaan
Farid. Zuraida memberikan pandangan dalam perniagaan bahawa dia banyak
bermodalkan petua ibunya supaya sabar dan manis muka melayan pelanggan.
Walaupun Zuraida sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus , dia tetap
berbual-bual dengan Farid. Farid telah balik ke pejabatnya dan bercerita dengan
Kak Tom bahawa dia semalam berjumpa dengan encik Mokhsein dan hari ini dengan
Zuraida. Bagi Farid , dia kagum dengan Zuraida dan encik Mokhsein
merupakan usahawaan yang gigih dan perlu dicontohi.
Sinopsis BAB 7
Farid telah mempelawa Zuraida makan tengah hari di Restoran
Mail, seberang Jalan Bonggol. Zuraida memuji kehebatan Farid, bahawa dia tidak
menyangka pelajar 5 Sastera 1, Sekolah Menengah Seri Budiman sudah Berjaya
menjadi taukeh besar. Farid merendah diri sambil mengatakan dia menghadapi
krisis dan perlukan bantuan seseorang. Zuraida sedia membantu Farid tanpa
mengharapkan balasan. Zuraida mencadangkan batik Farid dijual dikedainya. Farid
menceritakan syarikatnya tidak dapat pusing modal kerana ada ejen yang tidak
jujur dan liat membayar hutang selepas batik dijual. Zuraida mencadangkan Farid
memodenkan batik keluarannya agar pasaran luas, mampu bersaing dan menenuhi
cita rasa pelanggan terkini. Zuraida memberikan pelbagai idea dan
perubahan untuk Faird supaya melaku-lakukan perlahan-lahan demi menarik
pelanggan khasnya pelancong yang semakin ramai berkat Tahun Melawat Malaysia.
Selesai makan dan menuju ke kedai Zuraida, farid merasakan hatinya ada
bibit-bibit cinta dengan Zuraida.
Sinopsis BAB 8
Di pejabat, Farid rancak memikirkan batik corak baharu yang
agak moden . zuraida mencadangkan batik canting yang agak moden mengikut minat
pelanggan. Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid supaya memodenkan batik
perusahaan. Farid bercadang meminta bantuan encik Mokhsein bagi memberikan
pandangan tentang projek memodenkan pengeluaran batiknya. Ketika berbincang
dengan encik Mokhsein petang itu, encik Mokhsein telah memuji Farid kerana
contoh usahawaan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu berdaya saing untuk
memajukan perusahaannya kerana ramai usahawaan melayu muflis ekoran
majalah-majalah peribadi yang remeh-temeh. Encik Mokhsein bersetuju projek “
Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis Syarikat
Batik Nusantara” dilaksanakan segera. Menurut encik Mokhsein, Farid masih muda
walaupun lepasan SPM tetapi berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan.
Encik Mokhsein yakin projek Farid bakal menaikkan maruah bangsa dan martabat
industri kampung. Farid perlu mendalami ilmu perniagaan jangka pendek oleh MARA
dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek pasaran agar produk Farid
tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak bertanggungjawab. Selepas itu, encik
Mokhsein kerap bertanyakan perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang
menamatkan pengeluaran batik tradisi Cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.
Sinopsis BAB 9
Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina.
Perasmian agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran ekoran tertegaknya
bangsal baharu. Encik Mokhsein membawa sepupunya , Harini Noor, graduan seni
reka fabric lepasan UITM kemudian melanjutkan pelajaran di sebuah adademik seni
tampak di Australia. Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasan cemburu Zuraida
dan dia meninggalkan majlis. Encik Mokhsein mencadangkan Farid mengambil belia
tempatan sahaja sebagai pekerja bagi mengurangkan kos. Dengan bantuan Atan,
tujuh orang pekerja sudah disenaraikan namanya oleh Farid. Hartini
meminta Farid memanggilnya kakak. Hartini Noor menceritakan kepada Farid
tentang kaedah, corak dan sejarah batik asli (sarung) serta pengalamannya
belajar. Farid yakin batik modennya mampu bersaing dengan syarikat batik lain
dan tidak lupa janjinya hendak meletakkan batiknya dijual di gerai Zuraida.
Sinopsis BAB
10
Zuraida terkejut bila farid muncul di gerainya pada pukul
10.15 pagi. Dia tidak menyangka Farida da masa berjumpa dengannya walaupun ada
primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasaan cemburu Zuraida.
Akhirnya Farid menjelaskan Hartini Noor bekerja secara kontrak sebulan sahaja
dan dia telah bertunang sertanya umurnya 25tahun menyebabkan Farid memanggilnya
kakak. Hartini Noor telah Berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang batik Farid
dengan baik. Kerja mencanting batik atas kain sutera yang dilakukan oleeh
Hartini sangat halus. Farid mengajak Zuraida mengelilingi Semanjung
sebagai strategi promosi dan yakin dengan sifat semula jadi
keperempuannya. Petang itu, Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan dia terpukau
melihat hasil kerja Hartini. Namun Hartini merendah diri dan dia tidak mahu
dianggap primadona malah upahpun dia tidak ambil kerana percubaan untuk mengangkat
martabat batik.
Sinopsis BAB
11
Mukhtar marah jualan batiknya merosot walaupun komisen diberi
35%. Dia puas hati apabila melihat perniagaan batik Haji Badrul musnah selepas
kematian Haji Badrul. Namun Mukhtar amat marah apabila mendapat tahu batik
keluaran syarikat Rajawali miliknya susah laku kerana batik moden kini menambat
hati pengguna. Mokhtar mengganggap farid, budak mentah tidak mampu berbuat
apa-apa meyelesaikan masalah syarikat awrah bapanya. Bagaimanapun Mukhtar mula
risau apabila mendapat tahu Farid pernah datang ke pejabat Mokhsein dan berbaik
dengan Zuraida, anak saudaranya. Mukhtar datang ke gerai Zuraida dan
memarahinya kerana menjual batik moden milik syarikat Farid. Zuraida
mempertahankan haknya, tetapi Mukhtar mengugutnya jika terus menjual batik
moden keluaran syarikat Farid. Zuraida mula terpikir, mungkin Mukhtar dalang
kepada kemusnahan syarikat milik keluarga Farid pada masa dahulu. Farid pula
telah mendapat surat layang. Hal ini membimbangkan keluarga Farid tetapi dia
tidak takut kerana menyedari ugutan tersebut kerana cemburu dengan
bengkel baharrunya berupaya menghasilkan corak lebih moden, namun ibunya
berazam melaporkan surat layang kepada pihak polis.
Sinopsis BAB
12
Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, Farid mendapat panggilan
daripada Zuraida. Zuraida ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara
penting. Farid tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida memberitahu Farid
kerana ada orangg mengugut gerainya akan dirobohkan sekiranya menjual batik
moden syarikat Farid. Oleh itu, Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak
Farid ke rumahnya di Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia.
Ibu Zuraida suka Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar, bapa
saudara Zuraida tidak mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan berasa
bersalah kerana hubungannya dengan Zuraida menimbulkan kemarahan Mukhtar dan
bunyinya hampir sama dengan surat layang. Manakala di bengkel Farid pula,
Mahmood membuat kekacauan kononnya sebelum Masri dan Azmi merupakan bekas
pekerja syarikat majikannya yang dirampas olrh Syarikat Batik Nusantara.
Hartini Noor yang ketakutan meminta bantuan Pak Nik. Melihat Azmi diperlakukan
kasar oleh Mahmood menyebabkan Masri ingin membantu tetapi Mahmood mencurahkan
lilin panas ke muka Masri. Mahmood lari dan Pak Nik bercadang ingin melaporkan
kepada pihak polis. Kepulangan Farid ke syarikatnya disambut dengan aduan
kekacauan tersebut.
Sinopsis BAB
13
Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku
kebakaran di bangsal batik baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan kawasan
itu dan menuju ke keretanya lalu memecut. Farid berusaha memadamkan kebakaran
menggunakan alat pemadam api tetapi gagal. Jiran-jirannya membantu sebelum
pasukan bomba datang. Farid merasa sedih melihat bengsal batik modennya yang
dibinanya tidak sampai sebulan musah dan sebahagian besarnya tinggal rangka .
Siasatan mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan Farid menyakinkan
abangnya bahawa kebakaran bengsal batik mode nada kaitan dengan ugutan surat
layang yang diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada
Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid
menerima takdir tuhan selepas solat subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran
menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut. Pekerja bahagian batik asli diminta
bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan
kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat layang
dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat Keluarga Farid
dan bersempati. Inspector Ruzman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat
Batik Rajawali punca segalanya.
Sinopsis BAB
14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.