Ahad, 24 Februari 2019

 Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat-ayat berikut.
Tentukan pola ayat.
Nota:  Subjek mesti terdiri daripada Frasa Nama (FN)




1.    Penduduk kampung Meranti membersihkan tanah terbiar itu untuk dijaikan tapak semaian
Subjek               :  penduduk kampung Meranti
Predikat             :   membersihkan tanah terbiar itu
Penerang Predikat  :   untuk dijadikan tapak semaian.
Pola ayat            :   FN + FK
Ayat songsang    :   Membersihkan tanah terbiar itu penduduk kampung Meranti untuk dijadikan tapak semaian.

2.    Kita perlu membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
Subjek               :   Kita
Predikat             :   perlu membawa barangan yang penting sahaja
Penerang Predikat  :   ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
Pola ayat            :   FN + FK
Ayat songsang    :   Perlu membawa barangan yang penting sahaja kita ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.

3.    Para penari yang sedang membuat persembahan kebudayaan itu dari Akademi Seni Kuala Lumpur.
Subjek               :   Penari-penari
Penerang subjek :   yang sedang membuat persembahan kebudayaan itu
Predikat             :   dari Akademi Seni Kuala Lumpur.
Pola ayat            :   FN + FSN
Ayat Songsang   :   Dari Akademi Seni Kuala Lumpur penari-penari yang sedang membuat
                            persembahan kebudayaan itu.

4.    Perpustakaan Sekolah Menengah Dato’ Syed Esa sungguh lengkap dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah.
Subjek               :   Perpustakaan Sekolah Menengah Dato’ Syed Esa
Predikat             :   sungguh lengkap
Penerangan Predikat :   dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah.
Pola ayat            :   FN  +  FA
Ayat Songsang    :   Sungguh lengkap dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah perpustakaan Sekolah Menengah Dato’ Syed Esa.

 5. Haji Zainal seorang ketua kampung yang sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk kampung Bentara.

Subjek               :    Haji Zainal
Predikat             :    seorang ketua kampung
Penerang Predikat:   yang sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk
                              kampung Betara.
Pola Ayat                FN + FN
Ayat Songsang    :   Ketua kampung yang sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk kampung Bentara Haji Zainal.



5 ulasan:

  1. Sangat bagus saya faham apa yang disampaikan��

    BalasPadam
  2. Saya minta izin kongsikan soalan ini dengan anak murid saya ,boleh?

    BalasPadam
  3. Mudah difahami. terima kasih cikgu.saya kongsi dengan anak murid

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Mohon izin guna bahan2 dalam blog cikgu utk kegunaan murid saya. Mohon halalkan ilmunya. Semoga cikgu mendapat pahala yg berpanjangan. Aamiin3 YRA

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.