1. Ayat ialah satu bentuk bahasa yang
terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian , iaitu subjek dan predikat.
2. Jumlah ayat tidak terbatas, namun
semua itu terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu:
i.
ayat
inti
ii.
ayat
transformasi
3. Ayat Inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan
juga Ayat Tunggal, yakni terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat.
Contohnya:
(a)
Orang
itu/doktor.
(b)
Dia/di
pejabat.
(c)
Rumah
itu/cantik sekali
(d)
Engkau/duduk
di situ
(e)
Kucing/mengejar
tikus
4. Ayat
Transformasi pula
ialah ayat lain yang kebanyakkannya berasal daripada ayat inti, tetapi dengan
bentuk yang berubah, atau sekuran-kurangnya maknanya berubah.
Contohnya:
(f)
Orang itu bukan doktor. (bentuk sama tetapi maknanya lain)
(g)
Dia di pejabat? (bentuknya sama tetapi makna berubah menjadi
ayat Tanya.
(h)
Cantik sekali rumah itu. (maknanya sama tetapi bentuknya berubah menjadi ayat songsang)
(i)
Duduklah di situ. (Bentuk dan makna berubah menjadi ayat
perintah)
(j)
Tikus itu dikejar kucing. (maknanya sama tetapi bentuknya berubah
menjadi ayat pasif.
5. Dengan berdasarkan maknanya, ayat
dapat dibahagikan kepada empat jenis utama, iaitu:
(i)
Ayat
penyata
(ii)
Ayat
tanya
(iii)
Ayat
perintah
(iv) Ayat seruan
6. Ayat
penyata ialah ayat yang dimaksudkan untuk membuat
sesuatu pernyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatuhal, biasanya
diakhiri dengan tanda noktah (.). Sebagai
contoh, ayat-ayat (a) hingga (j) kecuali (g) dan (i) ialah ayat penyata.
7. Ayat Tanya ialah ayat yang
dimaksudkan untuk menanya seseorang atau untuk menanyakan sesuatu. Ada dua jenis ayat Tanya, iaitu:
(i)
Ayat
Tanya biasa, iaitu subjeknya di depan dan predikatnya di belakang. Contohnya:
Dia di pejabat?
Ramli seorang guru?
(ii)
Ayat Tanya songsang , iaitu predikatnya di depan dan subjeknya di
belakang, contohnya
Di pejabatkah dia?
Seorang gurukah Ramli?
8. Ayat
perintah ialah ayat
untuk menyatakan perintah atau suruhan, larangan, dan silaan. Ayat-ayat yang termasuk dalam jenis ayat
perintah ialah ayat perintah aktif dan ayat perintah pasif.
9. Ayat
seruan ialah ayat
yang disertai kata seru atau diakhiri dengan tanda seru (!). contohnya:
(i)
Aduh,
kepala saya pening!
(ii)
Wah,
bersarnya rumah itu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.