Selasa, 19 Februari 2019

LATIHAN RUMUSAN 7-KBAT



Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha guru alaf baru mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kepentingan-kepentingan KBAT kepada murid-murid.  Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


ISI TERSURAT

(Usaha-usaha guru alaf baharu mengajarkan Kemahiran  Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses PdP)

S1.   Membuat pengubahsuaian kaedah pengajaran dengan mengambil kira demografi murid
S2.   Kreatif dan inovatif dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan persekitaran
S3.   Sentiasa berfikir di luar kotak /merentas pemikiran dan pengajaran tradisional
S4.   Merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
S5.   Menerapkan nilai murni semasa menjalankan PdP
S6.   Menguasai elemen merentas kurikulum
S7.   Sentiasa berfikir secara kreatif sesuai dengan peredaran zaman
S8.   Berfikir kreatif/kritis semasa menangani pelbagai tahap cabaran dalam karier mereka
S9.   Memperkaya ilmu psikologi dan ilmu teknologi

ISI TERSIRAT

(Kepentingan-kepentingan KBAT kepada murid-murid)

T1.   Dapat mengembangkan potensi murid
T2.   Mencerna dan menghasilkan idea-idea yang baharu
T3.   Melahirkan murid yang berkemampuan menyelesaikan masalah
T4.   Berkeupayaan untuk berinovasi
T5.  Berkebolehan untuk mencapai sesuatu objektif
T6.  Mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap persekitaran



contoh rumusan lengkap

      Petikan membincangkan tindakan-tindakan guru alaf baru mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

      Antara tindakannya ialah guru perlu membuat pengubahsuaian kaedah pengajaran dengan mengambil kira demografi murid.  Selain itu, guru perlu kreatif dan berinovasi dengan menggunakan kaedah yang sesuai dengan persekitaran.  Merancang dan melaksanakan proses PdP dengan jayanya.  Guru juga perlu menerapkan nilai murni dalam PdP dan menguasai elemen merentas kurikulum.  Guru juga perlu berfikiran kreatif dan kritis.

      Antara kepentingannya ialah, dapat mengembangkan potensi murid dan melahirkan murid yang berkemampuan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

      Kesimpulannya, guru alaf baharu perlulah berusaha mengajarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam proses pengajaran agar dapat melahirkan bakal pemimpin negara yang berketrampilan.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.