Bab 19 – Misteri Kedai Koperasi
Sinoposis:
Sinoposis:
Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu.
Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.
Latar tempat:
Kedai koperasi sekolah – pihak polis memeriksa kedai koperasi
Bilik tuan pengetua cikgu Syamsudin -
Latar Masa
Waktu pagi – pihak polis memeriksa koperasi sekolah
Waktu petang – cikgu Zulkifli dan Cikgu Robeah berbincang dengan
pengetua di biliknya
Watak:
Razali, Ramlah ,Swee Lan, Cikgu Zulkifli, Cikgu Robeah, Cikgu
Syamsudin
Peristiwa penting/Menarik
Peristiwa penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Razali telah dibawa ke balai polis untuk disoal
siasat ditemani cikgu Zulkifli
Peristiwa itu menjadi misteri dan tanda tanya bagaimana
pencuri itu boleh masuk ke kedai koperasi sedangkan kunci ada pada Razali dan
Cikgu Syamsudin.
Ramah dan rakan-rakannya bersimpati dan memujuk
Razali supaya bersabar jika dia di pihak yang benar. Mereka semua yakin dan percaya Razali tidak
bersalah
|
Nilai Simpati
Nilai semangat setiakawan
|
Kita hendaklah sentiasa membantu rakan yang
dalam kesusahan atau kesedihan supaya hubungan persahabatan berkekalan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.