Bab 20 – Tidakan Ayah Tiri
Sinopsis:
Sinopsis:
Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar dari rumahnya.
Mak Sopiah segera keluar dan membela Razali. Dia percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu menunggangnya dengan tergesa-gesa.
Latar tempat:
Rumah Razali – Pak Zakaria memarahi dan menghalau Razali
Latar Masa
Waktu tengah hari – pak Zakaria pulang dari sawah
Waktu petang – cikgu Zulkifli dan Cikgu Robeah berbincang dengan
pengetua di biliknya
Watak:
Pak Zakaria, Mak cik Sopiah dan Razali
Munir, Sevam, Leong
Peristiwa penting/Menarik
Peristiwa penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Pak Zakaria diberitahu oleh Munir bahawa Razali
menceroboh kedai koperasi
Perasaan marah dan benci meluap-luap terhadap
Razali. Pak Zakaria menghalau Razali keluar dari rumah.
Mak cik Sopiah sangat sedih dan mempertahankan
anaknya Razali. Beliau percaya Razali tidak melakukan perbuatan buruk itu. Mak cik Sopiah memberitahu pak Zakaria
bahawa beliau akan turut pergi dari rumah itu dan mengikut Razali walau ke
mana dia pergi.
|
Nilai kasih sayang
|
Jangan lah mudah menuduh orang lain tanpa bukti
kerana akan menganiaya orang dan menimbulkan kebencian
Kita hendaklah sayang kepada ahli keluarga kita
supaya hubungan berkekalan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.