Sabtu, 2 Februari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 23 NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1


Bab 23  – Hukuman

Sinopsis:



       Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya selama seminggu. 

        Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.

Latar tempat:
Tapak perhimpunan sekolah – hukuman rotan terhadap Munir dilaksanakan

Latar Masa
Waktu pagi –  perhimpunan sekolah diadakan

Watak: 
Cikgu Zulkifli, Cikgu Syamsudin, Cikgu Khalid, Cikgu Robeah, Munir

Persoalan:
  1. Persoalan perbuatan yang jahat akan menerima balasan yang setimpal
  2. Persoalah sikap mengakui kesalahan dan meminta maaf atas kesalahan
  3. Persoalan  kerelaan memaafkan kesalahan orang lain.


Peristiwa penting/Menarik        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran


Munir bin Ibrahim telah dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan, digantung sekolah selama seminggu.

Munir telah insasf dan meminta maaf kepada Razali dan mereka berpelukan sambil menangis.

Razali juga mengangguk-anggukkan kepala tanda memaafkan Munir
















Nilai keinsafan


Nilai maaf-memaafi




Kita janganlah melakukan sesuatu perkara yang buruk kerana akan menerima hukuman pada akhirnya


Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesalahan yang kita lakukan terhadap orang lain dengan meminta maaf.  






2 ulasan:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.