Bab 23 – Hukuman
Sinopsis:
Sinopsis:
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa Munir juga diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya selama seminggu.
Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya peristiwa itu sebagai pengajaran.
Latar tempat:
Tapak perhimpunan sekolah – hukuman rotan
terhadap Munir dilaksanakan
Latar Masa
Waktu pagi – perhimpunan sekolah diadakan
Watak:
Cikgu Zulkifli, Cikgu Syamsudin, Cikgu
Khalid, Cikgu Robeah, Munir
Persoalan:
- Persoalan perbuatan
yang jahat akan menerima balasan yang setimpal
- Persoalah sikap
mengakui kesalahan dan meminta maaf atas kesalahan
- Persoalan kerelaan memaafkan kesalahan orang lain.
Peristiwa
penting/Menarik
Peristiwa
penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Munir bin
Ibrahim telah dikenakan hukuman rotan sebanyak tiga kali di hadapan
perhimpunan, digantung sekolah selama seminggu.
Munir telah insasf
dan meminta maaf kepada Razali dan mereka berpelukan sambil menangis.
Razali juga
mengangguk-anggukkan kepala tanda memaafkan Munir
|
Nilai keinsafan
Nilai
maaf-memaafi
|
Kita janganlah
melakukan sesuatu perkara yang buruk kerana akan menerima hukuman pada
akhirnya
Kita hendaklah menginsafi
dan mengakui kesalahan yang kita lakukan terhadap orang lain dengan meminta
maaf.
|
2 ulasan:
Terbaiklah
Senang untuk hafal sipnosis
Catat Ulasan