Sabtu, 2 Februari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 25 NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1


Bab 25  – Harapan Berbunga Indah

Sinopsis:


Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek ternakan ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.


Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan pelajar bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli lembaga pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.




Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.

Latar tempat:
Koperasi sekolah – para hakim melawat koperasi
Tapak perhimpunan – perhimpunan diadakan untuk mengumumkan kemenangan

Latar Masa
Waktu pagi – perhimpunan diadakan

Watak: 
Cikgu Zulkifli, Cikgu Syamsudin, Razali, Tuan Penarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Pak Karim, Pak Zakaria , Mak cik Sopiah

Persoalan:
  1. Persoalan semangat bekerjasama akan membuahkan kejayaan yang gemilang
  2.  Persoalan semangat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara.



Peristiwa penting/Menarik   


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran


Hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA telah datang menghakimi koperasi sekolah. Para hakim sangat tertarik elihat usaha koperasi menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli dan murid sekolah mereka.

Perhimpunan khas diadakan.  Tuan Penarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis turut hadir.  Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah berjaya menjadi johan.  Razali telah tampil menerima hadiah berupa piala.  Kemenangan itu hasil kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi.

Mak cik Sopiah bertemu dengan bekas suaminya pak Ramli.







Nilai kesungguhan









Nilai kerjasama






Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu perkara supaya beroleh kejayaan yang diharapkan.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.