Sabtu, 2 Februari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 26 NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1


Bab 26  – Terbuka Rahsia

Sinopsis:


       Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali akan meninggalkannya.


         Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.

Latar tempat:
Bilik tuan pengetua cikgu Syamsudin – pertemuan Pak Ramli, Mak cik Sopiah dan pak Zakaria


Latar Masa
Waktu pagi – waktu persekolahan

Watak: 
Cikgu Zulkifli, Cikgu Syamsudin, Razali, Tuan Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Pak Karim, Pak Zakaria , Mak cik Sopiah

Persoalan:
  1. Persoalan hubungan kekeluargaan tidak akan terputus.
  2. Persoalan kasih sayang dalam keluarga


Peristiwa penting/Menarik        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran


Pertemuan antara Razali dan ayah kandungnya pak Karim dibuat di bilik tuan pengetua.
Pak Karim juga ialah bapa kepada Ramlah.  Oleh itu Ramlah ialah adik Razali.

Razali akhirnya dapat bertemu dengan ayah yang selama ini dicari-carinya




Nilai kasih sayang



 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya hubungan sentiasa harmoni.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.