Rabu, 24 Julai 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 1


Soalan Rumusan (30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya kemerosotan kualiti udara dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut.  Penjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Kemerosotan kualiti udara merupakan isu alam sekitar yang hangat diperkatakan tatkala negara kita sedang mengorak langkah menuju ke era pembangunan fizikal yang pesat.  Hal ini menjadikan sinaran alam sekitar di negara kita semakin pudar sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keselesaan kehidupan manusia.

          Kemerosotan kualiti udara sering dikaitkan dengan pembebasan asap dan gas bertoksid oleh kilang perindustrian yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Hal ini terjadi kerana kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang alat penapis asap dan gas yang berkesan. Bilangan kenderaan yang semakin bertambah ekoran daripada peningkatan taraf hidup turut membebaskan banyak asap yang boleh mencemarkan udara.  Selain itu, pembakaran terbuka yang sering dilakukan oleh pihak tertentu juga menyebabkan asap bebas ke udara tanpa kawalan.  Kualiti udara yang merosot boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia terutama kepada sistem pernafasan manusia.  Hal ini demikian kerana gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah, melambatkan tindak balas manusia, menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan memberi kesan kepada fungsi paru-paru.  

      Di samping itu, perubahan iklim di muka bumi dikaitkan dengan penebangan hutan yang dilakukan tanpa perancangan yang strategik. Keadaan ini mengakibatkan haba pancaran matahari tidak lagi diserap oleh tumbuh-tumbuhan, sebaliknya terpantul semula ke atmosfera sehingga menyebabkan muka bumi bertambah panas.  Pembebasan gas klorofluorokarbon daripada alam penyaman udara mengakibatkan kebocoran lapisan ozon, dan akhirnya peningkatan suhu muka bumi. 

          Di samping itu, asap rokok juga  menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandar raya.  Tabiat orang ramai yang suka merokok ditempat awam seperti tempat menunggu bas dan kawasan riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara.  Hal ini demikian kerana mereka yang merokok akan melepaskan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika terhidu asap tersebut.  Selain itu, pembangunan yang pesat juga menyebabkan kualiti udara merosot.  Hal ini demikian kerana partikel-partikel bebas daripada pasir dn batuan beterbangan ke udara.  Keadaan ini lebih teruk lagi apabila musim kemarau tiba.  Perkara lain yang menyebabkan berlakunya kemerosotan kualita udara alam sekita termasuklah fenomena alam seperti gunung berapi dan fenomena El-Nino. Contohnya, letusan gunung Merapi di Indonesia telah membebaskan asap tebal ke udara sehingga menyebabkan berlakunya jerebu.

          Usaha untuk menangani masalah alam sekitar memerlukan gandingan tenaga daripada pelbagai pihak.  Dalam keghairahan kita mengejar pembangunan serta kemajuan, sebagai penghuni muka bumi yang prihatin dan bertanggungjawab kita perlu berganding bahu mengembalikan keharmonian alam sekitar di muka bumi.


Dipetik dan diubah suai daripada ‘Selamatkan Bumi’ oleh Loh Chun Chuan, Dewan Siswa, November 2017.


Soalan 2:  Pemahaman 


Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yag berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)  Berikan maksud rangkai kata mengejar pembangunan.  (2 markah)

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa kemerosotan kualiti
     udara meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia.
     Nyatakan kesan-kesan tersebut.   (3 markah)

(iii)Kualiti udara yang semakin merosot menyebabkan masalah jerebu 
     sehingga menjejaskan kesihatan penduduk setempat.
     Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah keselamatan 
     yang boleh  diambil apabila berlakunya jerebu?   (4 markah)



      CUBA JAYA !!
      SKEMA RUMUSAN SET 1

                               















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.