Ahad, 28 Julai 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN & PEMAHAMAN SET 3



Soalan 1 :  Rumusan
(30 markah)
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat-manfat yang diperoleh jika kita sering bersenam dan langkah-langkah untuk menjadikan aktiviti bersenam ini sebagai rutin dalam kehidupan.  Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

            Bersenam didefinisikan sebagai pergerkan badan yang dilakukan berulang kali secara terancang dan berstruktur.  Pakar-pakar perubatan menyatakan ahawa senaman merupakan ubat yang bukan sahaja murah, malah amat berkesan untuk merawat dan mengawal pelbagai masalah kesihatan yang dihidapi.  Badan yang sihat dan cergas dapat mencegah seseorang daripada mendapat penyakit.  Oleh itu, senaman terbukti telah memberikan kelebihan untuk tubuh badan kekal sihat.

          Bersenam bukan bermaksud kita perlu menghabiskan masa berjam-jam di gymnasium atau di mana-mana kawasan rekreasi.  Kita boleh sahaja melakukan aktiviti seperti beryoga dan aktiviti-aktiviti regangan yang lain di rumah.  Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang, namun manfaatnya tetap memberikan kesan yang positif kepada tubuh.  Bersenam bukan sahaja membuatkan kita berasa lebih segar, malah jantung kita menjadi lebih kuat.  Dengan itu, tindak balas jantung menjadi lebih efisien, sekali gus berupaya untuk membantu dalam mencegah penyakit jantung.

          Gerakan yang dilakukan sewaktu bersenam dapat memastikan paru-paru kita berfungsi dengan baik kerana otot paru-paru akan bekerja, sekali gus melanarkan pengaliran udara yang melalui paru-paru.  Individu yang menjadikan senaman sebagai rutin hidup mereka biasanya memiliki tulang yang kuat dan sihat jika dibandingkan dengan mereka yang tidak bersenam.  Bersenam juga mampu untuk mencegah osteoporosis.  Bersenam juga dapat akan membantu seseorang itu mencapai berat badan yang ideal kerana melalui senaman, pembakaran kalori akan berlaku.


          Aktiviti senaman juga mampu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan menjamin kesihatan.  Di samping itu, bersenam mampu untuk mengawal tekanan darah.  Pakar kulit juga menyarankan kita agar bersenam untuk menjaga kesihatan dan kesegaran kulit.  Hal ini demikian kerana, bersenam dapat meningkatkan kadar denyutan jantung yang melancarkan perjalanan darah, sekali gus menyalurikan nurtisi yang baik kepada sel-sel kulit.  Kesannya, kulit akan menjadi lebih sihat dan berseri.  Sejajar dengan itu, peredaran darah yang lancar ke otak berupaya untuk meningkatkan konsentrasi.  Oleh itu, senaman yang teratur akan membantu seseorang memiliki konsentrasi yang baik.


            Justeru, pujangga ada mengatakan bahawa kesihatan lebih berharga daripada wang ringgit. Fizikal yang sihat dan cergas membolehkan kita melakukan apa-apa sahaja pekerjaan. Oleh itu, jadikan senaman bagai makan harian demi menjaga kesihatan diri. 


(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kebaikan Bersenam’ oleh Team WOM.my, Women Online Magazine, Julai 2016)




Soalan 2:  Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)    Berikan maksud rangkai kata senaman bagai makanan harian.   (2 markah)

(ii)   Mengapakah bersenam dapat mempengaruhi kesihatan dan kesegaran kulit kita?   (3 markah)


(iii)   Pada pendapat anda, mengapakah kita harus mempunyai ilmu tentang senaman sebelum memulakan sesuatu aktiviti ?  (KBAT)  (4 markah)



SELAMAT MENCUBA





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.