Sabtu, 10 Ogos 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 5 - KEMEROSOTAN KUALITI UDARA




Soalan 1 :  Rumusan (set 5)
(30 markah)

Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca berlakunya kemerosotan kualiti udara dan langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran udara.  Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

          Kemerosotan kualiti udara merupakan isu alam sekitar yang hangat diperkatakan ketika negara kita sedang mengorak langkah menuju ke era pembangunan fizikal yang pesat.  Hal ini menjadikan sinaran alam sekitar di negara kita semakin pudar sehingga menjejaskan kesejahteraan dan keselesaan kehidupan manusia.

          Kemerosotan kualiti udara sering dikaitkan dengan pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang perindustrian yang semakin banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan.  Hal ini terjadi kerana kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang penapis asap dan gas yang berkesan.  Bilangan kenderaan yang semakin bertambah ekoran daripada peningkatan taraf hidup turut membebaskan banyak asap yang boleh mencemarkan udara.  Selain itu, pembakaran terbuka yang sering dilakukan oleh pihak tertentu juga menyebabkan asap bebas ke udara tanpa kawalan. 


Kualiti udara yang merosot boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia terutama kepada sistem pernafasan manusia.  Hal ini demikan kerana gas-gas seperti karbon monoksida  akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah, melambatkan tindak balas manusia, menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan memberi kesan kepada fungsi paru-paru.  Di samping itu, perubahan ikllim di muka bumi dikaitkan dengan penebangan hutan yang dilakukan tanpa perancangan yang strategik.  Keadaan ini mengakibatkan haba pancaran matahari tidak lagi diserap oleh tumbuh-tumbuhan sebaliknya terpantul semula ke atmosfera sehingga menyebabkan muka bumi bertambah panas.  Pembebasan gas klorofluorokarbon daripada alat penyaman udara mengakibatkan kebocoran lapisan ozon dan akhirnya menyebabkan peningkatan suhu bumi.


Di samping itu, asap rokok juga menjadi penyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandar raya.  Tabiat orang ramai yang suka merokok di tempat awam seperti tempat menunggu bas dan kawasan riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara.  Hal ini demikian kerana mereka yang merokok akan mengeluarkan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika terhidup asap tersebut.  Selain itu, pembangunan yang pesat juga menyebabkan kemerosotan kualiti udara.  Hal ini demikian kerana partikel-partikel bebas daripada pasir dan batuan berterbangan ke udara.  Keadaan ini lebih teruk lagi apabila musim kemarau tiba.  Perkala lain yang menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti alam sekitar termasuklah fenomena alam seperti gunung berapi dan fenomena El-Nino. Contohnya, letusan gunung Merapi di Indonesia telah membebaskan asap tebal ke udara sehingga menyebabkan berlakunya jerebu. 



 Justeru, dalam keghairahan kita mengejar pembagunan dan kemajuan, sebagai kualiti alam sekitar perlu dipelihara dan dipulihara demi kepentingan bersama.


           
          (dipetikdan diubah suai daripada “Selamatkan Bumi” oleh

          Loh Chun Chuan, Dewan Siswa, November 2017)




Soalan 2 (a) : Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan soalan 1, Jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)          Berikan maksud rangkai kata mengejar pembangunan.  
                                                                               (2 markah)

(ii)         Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa kemerosotan kualiti udara meninggalkan kesan yang negatif kepada kesihatan manusia.
Nyatakan kesan-kesan tersebut.                (3 markah)

(Iii) Kualiti udara yang semakin mrosot menyebabkan masalah jerebu sehingga menjejaskan kesihatan penduduk setempat.

  Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil apabila berlaku masalah jerebu? (KBAT)      (4 markah)


                                        SELAMAT MENCUBA



                 SKEMA JAWAPAN - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 5



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.