Sabtu, 10 Ogos 2019

SKEMA JAWAPAN RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 4 - PENGURUSAN TEKANAN





SKEMA JAWAPAN – RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN SET 4
SKEMA RUMUSAN:

Pendahuluan:

Rumusan membincangkan  impak/implikasi tekanan terhadap kesihatan dan langkah-langkah mengatasi tekanan.


Isi tersurat – kesan negatif tekanan terhadap kesihatan

  1. Kerosakan sturktur saraf otak yang mengawal daya ingatan pembelajaran dan emosi
  2. Mengalami perubahan fizikal dan sosiologi badan
  3. Menghidap penyakit kardiovaskular, kerosakan neuron dan sistem imun serta kecelaruan mental
  4. Peratus kemurungan yang tinggi
  5. Menghidap penyakit kronik yang berkaitan dengan tekanan
  6. Menyumbang kepada risiko kanser payudara dalam kalangan waita
  7. Keupayaan kognitif yang rendah dalam kalangan yang lebih muda
  8. Mengubah proses kawal atur tenaga antara sistem imun , sistem saraf dan tisu adipos
  9. Mengalami penyarencatan yang lebih tinggi
  10. Makan lebih banyak terutama snek
  11. Mempunyai kualiti diet yang rendah
Isi tersirat – langkah-langkah mengatasi tekanan

  1. Amalan gaya hidup sihat
  2. Bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi
  3. Pendidikan agama dan moral
  4. Sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan denga situasi yang kritikal dan sukar
  5. Berkongsi masalah/meluahkan masalah/tekanan dengan orang yang dipercayai
  6. Beriadah

Kesimpulan:


Kita hendaklah bijak mengawal/mengurus tekanan yang dihadapi agar kesihatan dan kesejahteraan diri terjamin.


SKEMA JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN TEKS.

(i)                  Maksud rangkai kata   dipandang serius – diambil berat/diberi perhatian

(ii)                Kesan-kesan kemurungan akibat tekanan di tempat kerja
-          Pekerja kurang bermotivasi
-          Bersikap acuh tak acuh dalam melakukan sesuatu pekerjaan
-          Kegemukan abdominal
-          Mengambil makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak untuk menghilangkan tekanan
-          Menyebabkan kegemukan

(iii)                KBAT- punca-punca tekanan
-          Masalah kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran yang dihadapi
-          Tidak mendapat apa yang diingini
-          Terlalu menitikberatkan kesempurnaan
-          Pengalaman lampau yang buruk/ngeri
-          Tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja yang dilakukan

  










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.