Isnin, 12 Ogos 2019

HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SETI 6





HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SETI 6

Soalan 1 - Rumusan (30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menerapkan  semangat cintai alam sekitar  dan kepentingan pendidikan penjagaan alam sekitarPanjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


        Dalam era globalisasi dan modenisasi, masalah pencemaran alam semakin serius di negara kita. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.  Namun begitu, inisiatif yang dijalankan ini tidak membawa impak yang besar, malah masalah  ini terus menular.  Oleh itu, satu wahana yang konkrit dan pragmatik perlu disusun dan digagaskan untuk merungkai permasalahan yang semakin serius ini.  Penerapan semangat cintai alam sekitar dalam diri rakyat perlu di laksanakan di peringkat seawal yang mungkin.

          Ibu bapa perlu memainkan peranan yang dominan dalam menerapkan cara hidup mesra alam dalam kalangan masyarakat.  Ibu bapa juga perlu mendidik anak supaya tidak melakukan tindakan yang mencemarkan alam sekitar seperti membuang sampah ke dalam sungai dan melakukan pembakaran sampah secara terbuka. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka menjadi individu yang mencintai suasana alam sekitar yang bersih pada masa hadapan.

          Pihak sekolah juga haruslah mengadakan ceramah untuk menerapkan cara hidup mesra alam kepada murid.  Pihak sekolah boleh mengundang tokoh yang berpengalaman untuk bersama-sama berkongsi pendapat yang berkaitan dengan cara hidup mesra alam kepada murid.  Malahan, gotong-royong perdana peringkat sekolah hendaklah dijalankan dengan melibatkan semua murid supaya mereka sedar akan tanggungjawab menjaga alam sekitar. 

Selain itu, guru haruslah menyalurkan mesej tentang peri pentingnya cara hidup mesra alam kepada murid-murid.  Pendidikan alam sekitar ini dapat dilakukan oleh guru melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan murid.  Guru juga boleh membawa murid belajar di luar kelas untuk melihat sendiri kepentingan alam sekitar yang bersih.  Maklumat tentang alam sekitar pula diselitkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran secara terancang melalui subjek tertantu seperti subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik dan sebagainya.    

          Di samping itu, kerajaan juga merupakan antara pihak yang menyumbang kepada penerapan cara hidup mesra alam.  Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh melakukan kempen sepanjang tahun termasukkan menampal poster yang berkaitan dengan cara hidup mesra alam pada dinding bangunan.  Hal ini dapat memberikan ilmu kepada masyarakat Malaysia secara tidak langsung.  Media pula boleh menyediakan lebih banyak berita berbentuk pemantauan alam sekitar secara berterusan untuk pengetahuan orang ramai.  Pemaparan berita seperti ini penting bagi menambah pengetahuan dan persediaan masyarakat dalam menghadapi apa-apa juga kemungkinan tragedi alam sekitar.

          Sebagai kesimpulannya , jika masyarakat mempunyai inisiatif melaksanakan tanggungjawab sivik dan sentiasa berwaspada terhadap pencemaran alam sekitar, maka secara kolektif kesan terhadap dunia adalah besar.  Sudah menjadi inti kehidupan kita seharusnya mahir dan berpengetahuan untuk memenuhi cabaran menjadikan bumu sebagai satu persekitaran yang selamat dan cantik untuk generasi yang akan datang.


(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mesrai Alam Sekitar' oleh Tee Yi Ting Dewan Siswa, Februari 2016)


Soalan 2(a):  Pemahaman Petikan Umum (9 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 1 ,jawab soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)      Berikan maksud rangkai kata impak yang besar.  (2 markah)

(ii)  Pengarang menjelaskan bahawa pendidikan alam sekitar boleh dilakukan oleh guru di sekolah.
Nyatakan cara-cara tersebut.                                 (3 markah)

(iii)             Pencemaran alam sekitar berlaku berpunca daripada tindakan-tindakan manusia sendiri.


Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan manusia yang menyebabkan pencemaran alam?                           (4 markah)




                                               SELAMAT  MENCUBA

SKEMA JAWAPAN HEBAT SPM 2019 - RUMUSAN DAN PEMAHAMAN SET 6












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.