MARI MENULIS RUMUSAN YANG TEPAT
HEBAT SPM 2019
Soalan Rumusan – 30 markah
Teknik penulisan rumusan
1.
Tulis dalam
empat perenggan
- Perenggan Pendahuluan
- Perenggan isi tersurat
- Perenggan isi tersirat
- Perenggan kesimpulan
2.
Frasa untuk
memulakan perenggan
Pendahuluan – Petikan/Rumusan
ini membincangkan
Isi tersurat – Antara ..(aspek pertama/kata kunci isi
tersurat dalam soalan)
Isi tersirat - Antara..(aspek kedua/kata kunci isi tersirat
dalam soalan)
Kesimpulan – Kesimpulannya,
3.
Pemarkahan Isi
Pendahuluan (P) - 2 markah
Isi tersurat (S) - 6
isi 12 markah
Isi tersirat (T) - 2 isi 4 markah
Kesimpulan (K) - 2 markah
_________
Markah Penuh isi 20 markah
4.
Pemarkahan
Bahasa – 10 markah (markah bahasa separuh daripada markah isi yang diberikan)
5.
Markah Isi - 20
markah
Markah Bahasa- 10 markah
Markah penuh rumusan 30 markah
\
soalan rumusan SPM 2018
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Lambakan graduan yang menyumbang peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di negara kita begitu membimbangkan, walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk memastikan mereka dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya graduan membuat pelbagi persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Mereka perlu mempunyai kemahiran interaksi sosial, iaitu kemahiran cara-cara berhubung dalam kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama, semangat setia kawan dan nilai-nilai kebersamaan yang lain. Kemahiran ini penting untuk membolehkan graduan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang bakal dihadapi semasa bekerja.
Selain itu, graduan perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan. Kepetahan dan kecekapan untuk berkomunikasi dapat menjadikan mereka berkarisma dan berwibawa semasa ditemu duga. Penguasaan pelbagai jenis bahasa di samping bahasa kebangsaan sepatutnya menjadi keutamaan para graduan. Oleh yang demikian, mereka dapat berinteraksi dengan rakan sekerja dari luar negara dan berupaya untuk bersaing pada peringkat global. Tidak hairanlah graduan yang fasih bertutur dalam pelbagai bahasa mudah diambil bekerja oleh syarikat swasta kerana mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan graduan yang lain. Mereka turut berpeluang untuk bekerja di luar negara ataupun bekerja dengan syarikat antarabangsa yang berpengkalan di negara ini.
Kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan. Hal ini kerana reputasi yang baik sebagai pelajar tanpa sebarang tekod salah laku akan memberikan imej positif kepada bakal majikan. Memiliki penampilan diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan sebelum seorang itu diambil bekerja. Dengan memiliki kelebihan tersebut, seseorang graduan dapat menarik minat majikan dan memberikan kesan positif kepada kerjayanya. Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan kerana alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan.
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), setiap graduan mesti melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan yang baik. Ciri-ciri kepimpinan ini hanya dapat dicapai melalui penyertaan graduan dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan kerja berpasukan yang memerlukan mereka berbincang, merancang, menilai dan membuat keputusan. Di samping itu, graduan seharusnya menguasai kemahiran berfikir secara kirits dan analitis supaya mereka dapat menyumbangkan idea-idea berkualiti yang berkait rapat dengan budaya kerja cemerlang. Jelaslah, untuk memastikan para graduan berjaya memperoleh kerja yang diidamkan, mereka sepatutnya melakukan beberapa persediaan dan mempunyai kemahiran-kemahiran yang penting, bukan sekadar memiliki akademik yang tinggi semata-mata.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan’ oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, Jun 2015
contoh
jawapan yang lemah
Petikan membincangkan persediaan-persediaan
graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha untuk mengurangkan
masalah penggangguran.
Antara persediaannya ialah, ialah mempunyai kemahiran interaksi sosial,(s1) serta
menguasai kemahiran komunikasi berkesan (S2) iaitu kemahiran cara-cara berhubung dalam kelompok sosial
seperti sanggup bekerjasama, semangat setia kawan dan nilai-nilai kebersamaan
yang lain. Kemahiran ini penting untuk membolehkan graduan
menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang bakal dihadapi semasa bekerja. Selain itu, graduan perlu beretika dan
mempunyai nilai spiritual yang baik.(S3)Graduan juga perlu memiliki penampilan
diri yang menarik (S4) dan perlu melengkapkan diri dengan elemen kepimpinan
yang baik(S5).
Ciri-ciri kepimpinan ini hanya
dapat dicapai melalui penyertaan graduan dalam pelbagai aktiviti yang
melibatkan kerja berpasukan yang memerlukan mereka berbincang, merancang,
menilai dan membuat keputusan
Kesimpulannya, semua pihak mesti mengatasi masalah ini.
[122 patah perkataan.]
Ulasan
Pemeriksa
1.
Pendahuluan = 0 markah
Pelajar
mengemukakan pendahuluan tanpa mengubah arahan atau kata kunci isi tersurat. Oleh itu pendahuluan = 0 markah.
2. Isi tersurat = 10 markah sahaja daripada 12 markah
-Pelajar hanya mengemukakan 5 isi . Sewajarnya pelajar
mesti mengemukakan satu lagi isi tersurat (maksimum 6 isi)
3. Isi tersirat = 0 markah
Pelajar gagal mengemukakan 2 isi
tersirat. Sepatutnya pelajar
mengemukakan 2 isi tersirat untuk mendapat 4 markah.
4. Kesimpulan = 0 markah
Kesimpulan yang di tulis oleh pelajar
tidak lengkap kerana tidak menggabungkan ayat berbentuk cadangan dengan ayat
berbentuk harapan seperti yang disarankan di samping tidak ada kata hubung
agar/supaya.
Kesimpulan juga tidak merujuk tema
soalan iaitu graduan.
Pemarkahan untuk jawapan calon ini.
Pendahuluan - 0 markah
Isi tersurat - 10 markah
Isi tersirat - 0 markah
Kesimpulan - 0 markah
markah isi - 10 markah
Markah bahasa 5 markah
Jumlah markah calon 15/30
contoh
rumusan yang diperbaiki. Calon 2
Rumusan membincangkan
persiapan-persiapan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan dan usaha-usaha
yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah pengangguran. (P=2m)
Antara persediaannya ialah, graduan harus mempunyai kemahiran interaksi sosial(S1)
serta menguasai kemahiran komunikasi berkesan(S2). Graduan juga perlu beretika dan
mempunyai nilai spiritual yang baik(S3). Selain itu, graduan juga perlu
memiliki penampilan diri yang menarik(S4) dan juga perlu melengkapkan diri
dengan elemen kepimpinan yang baik(S5) Akhir sekali graduan perlu menguasai
kemahiran berfikir secara kritis dan analitis.(S6)
Usaha-usaha untuk mengurangkan
masalah pengangguran ialah kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang
lebih banyak dalam pelbagai bidang (T1)
. Bantuan modal juga boleh diberikan kepada usahawan untuk memulakan
perniagaan.(T2)
Kesimpulannya, graduan haruslah melakukan persediaan untuk menghadapi alam
pekerjaan, agar masa depan mereka akan terjamin.(K=2
m)
[113
patah perkataan.]
Pemarkahan
Pemarkahan untuk jawapan calon ini.
Pendahuluan - 2 markah
Isi tersurat - 12 markah
Isi tersirat - 4 markah
Kesimpulan - 2 markah
markah isi - 20 markah
Markah bahasa 10 markah
Jumlah markah calon 30/30...tahniah dan syabas
Asslam . Nak Tanya cikgu saya kata antara Tak boleh guna untuk isi tersurat dia suruh ambil terus dari full ayat contoh kelebihan kelebihan . Mintak jelaskan Dan beri pendapat cikgu terima kasih
BalasPadamBoleh guna antara. perkataan kata kuncinya jangan diganda - itu kesalahan tatabahasa
BalasPadamcontoh:
antara kelebihan ..... ialah
Cikgu, nak tanya, betul ke cara tulis mcm ni
BalasPadamContoh : Antara kebaikan menjalani pemeriksaan kesihatan adalah menjamin kesejahteraan kehidupan individu dan keluarga.
Betulkah penggunaan penggunaan kata pemeri adalah dengan menjamin ? Mohon mencerahan cikgu.. terima kasih
Kalau guna nak guna adalah kena ada untuk contohnya adalah untuk menjamin kesejahteraan kehidupan individu dan keluarga.Kalau nak lebih pasti sure kan dengan cikgu awak
Padamcg antara tu betul ke boleh guna ? sebb saya sedng konfius skrng .disekolah antara takleh guna pun
BalasPadamCg rumusan kalau buat 1 perenggan boleh ke
BalasPadam