Sabtu, 10 Ogos 2019

LATIHAN SEMASA CUTI TINGKATAN 1 ASPIRASI & 1 INSPIRASI - 10 OGOS 2019

Kepada semua pelajar tingkatan 1 Aspirasi dan 1 Inspirasi yang disayangi.
berikut ialah latihan semasa cuti 

LATIHAN SEMASA CUTI 
Tarikh 10.Ogos 2019
Kelas 1 Aspirasi dan 1 Inspirasi 

Arahan:

Sila buat latihan dalam buku latihan Bahasa Melayu Tatabahasa

Print petikan dan tampalkan dalam buku latihan. Kemudian buat semua latihan.

Hantar buku latihan pada hari pertama naik sekolah (18/8/2019)

Soalan 1 – Ringkasan (15 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti.  Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara mengatasi tekanan.  Panjang ringkasan anda  hendaklah antara antara 80 – 100 patah perkataan .   Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


                Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi , dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutannya tidak dapat dipenuhi.  Selain itu seseorang akan mengalami tekanan apabila berdepan dengan sesuatu yang tidak menyenangkan seperti bau busuk, bunyi yang kuat, terlalu banyak tugas yang perlu dibuat, dan kata-kata kesat.


                Jika tidak dikawal, stres atau tekanan yang berlebihan untuk jangka panjang akan memudaratkan kesihatan dan meninggalkan risiko terhadap penyakit. Seseorang yang sentiasa berhadapan dengan tekanan berkemungkinan menjadi individu yang cepat berasa marah, murung dan prestasi kerja atau pelajaran merosot.  Sebenarnya, ada pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengawal stres.  Setiap kali berasa stres bawalah bertenang kerana bertenang bolah membantu mengurangkan kitaran stres negatif.


                Seterusnya, stress boleh dikawal dengan melakukan latihan pernafasan.  Langkah ini dapat meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.  Kita juga disarankan supaya melakukan ibadat seperti berzikir dan bersembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.  Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasaan seseorang.  Kita juga boleh berkongsi perasaan dengan seseorang bagi melegakan stres.  Carilah orang yang boleh dipercayai dan dapat memahami perasaan anda.  Berehat dan mendengar muzik juga antara langkah yang berkesan.  Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan hati.


                Selain itu, aktiviti riadah dan bersukan dapat membantu dalam mengurangkan tekanan.  Beriadah dan bersenam bukan sahaja dapat menyihatkan badan tetapi juga menenangkan fikiran.  Di samping itu, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif untuk meningkatkan harga diri sendiri.  Kita perlu melihat kebaikan yang lebih banyak dalam mana-mana situasai yang bersifat negatif.  Setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada tekanan.  Namun, kejayaan kita menangani stres membolehkan kita menjalani kehidupan dengan lebih positif, berjaya dan bahagia.



Sila buat ringkasan yang lengkap seperti yang telah anda pelajari di dalam kelas.

       Antara cara untuk mengatasi tekanan ialah _______________________.  Selain itu, _________________________.  Cara seterusnya ialah __________________________.  Tambahan pula, kita boleh mengatasi tekanan dengan _________________________.  Akhir sekali ialah __________________________

(        ) patah perkataan



Soalan 2 – Pemahaman Petikan

Arahan: 

  1. Buat latihan ini dalam buku latihan Bahasa Melayu Tatabahasa
  2. Latihan berdasarkan petikan soalan ringkasan (cara-cara menangani tekanan)
  3. Jawapan mesti menggunakan ayat yang lengkap dan gramatis

Soalan 2 – Pemahaman Petikan


  1. Berdasarkan petikan, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang mengalami tekanan atau stres?         (3 markah)
       Punca-punca yang menyebabkan seseorang mengalami tekanan atau stres ialah
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Berdasarkan petikan, nyatakan kesan-kesan negatif yang berlaku terhadap sesorang yang sentiasa berhadapan dengan tekanan dalam jangka panjang?                (3 markah)
       Kesan-kesan negatif yang berlaku terhadap seseorang yang sentiasa         berhadapan dengan tekanan dalam jangka panjang ialah

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________


  1. Berdasarkan petikan, kemukakan 3 cara untuk mengatasi masalah tekanan atau stres yang dihadapi oleh sesorang.      (3 markah)
       Antara cara untuk mengatasi masalah tekanan atau stres yang dihadapi oleh seseorang ialah 
 ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________

  1. Sebagai seorang pelajar, apakah langkah-langkah yang akan anda ambil sekiranya anda mengalami masalah tekanan di sekolah.
Kemukakan sekurang-kurangnya dua langkah dan alasan anda berbuat demikian.
                                                                                         
(4 markah)

Pada pendapat saya, sebagai seorang pelajar jika saya mengalami masalah tekanan di sekolah , saya akan

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________



Soalan 3- Sistem Bahasa

Soalan 3(a)  Pola Ayat

Kenal pasti pola ayat-ayat di bawah sama ada 

Frasa nama + Frasa Nama (FN+FN)
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN)

1. Cik Sharifah Norfisah guru Bahasa Melayu SMK Dato’ Syed Esa.
    (                          )

2. Aiman sedang bermain bola dengan kawan-kawannya di padang.  
   (                           )   

3. Hadiah yang dibungkus dengan kertas merah itu untuk ibu.    
   ( )

4. Jam tangan yang dihadiahkan kepada Rahimah itu cantik sungguh.
   (                           )

5. Bantuan yang diterima oleh mangsa banjir itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.    
    (                         )

6. Penari-penari yang  telah membuat persembahan di Istana Budaya itu dari Korea. 
     (                        )



Soalan 3 (b) – Ayat Susunan Biasa &  Ayat Songsang

Kenal pasti susunan ayat-ayat di bawah sama ada Ayat Susunan Biasa atau Ayat Songsang.

1.   Sedang sakit tenat ibu Fatimah di hospital.
      (                          )

2.   Pak Samad telah menanam beberapa rumpun serai di belakang rumahnya.
      (                           )

3.   Pada waktu petang, bermain layang-layang kanak-kanak itu di tepi pantai.          (                         )

4.  Pada masa kini, perlu mengamalkan budaya membaca generasi muda.   
     (                           )

5.  Pemain bola sepak itu telah mengalami kecederaan yang serius.  
     (                          )

6.  Berguguran dedaun kering di halaman rumahku apabila ditiup angin.  
     (                          )



                                              SOALAN TAMAT

sila patuhi arahan. jika ada masalah boleh bertanya. tq











4 ulasan:

  1. Selamat datang pelajar-pelajar 1 Aspirasi dan 1 Inspirasi yang cikgu sayangi. tulis nama dan tingkatan di ruangan komen menunjukkan pelajar telah berjaya mengikuti dan mematuhi arahan. SSDM Amalan baik. tq. selamat hari raya idul adha. selamat bercuti

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Salam cg. Boleh berikan softcopy tak.. midah utk anak saudara sy nk print.. kerana dia tidak mempunyai kemudahan utk suft internet

    BalasPadam
  4. salam ckg..saye fedtri.saye cuma salin dalam buku tatabahasa sahaja.saye tidak print.harap maklum

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.