Selasa, 31 Mac 2020

Latihan mengenal pasti kesalahan Ejaan dan Imbuhan.


Latihan mengenal pasti kesalahan Ejaan dan Imbuhan.


Soalan 3(c)

Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan..   Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

1.   Restoren Kak Uda menawarkan bufet bagi sajian tengah hari dengan pelbagai hidangkan tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.

2.   Walaupun waktu  bersekolah sudah lama tamat, murid perempuan itu tetap tidak bergenjak dari tempat duduknya sehingga ibu bapanya tiba di sekolah.

3.   Produk herba negara kita mempunyai pontensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana dimiliki khasiat yang tinggi.

4.   Strategi pengurusan haruslah diaplikasikan untuk jaminan industri memanafaatkan sumber modal insan khususnya golongan profesional secara optimum.

5.   Kumpulan orkestra di oditorium itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton setelah selesai lakukan persembahan.

6.   Kerajaan akan memperhalusi Peraturan-peraturan Makanan I985 yang melarang pengilang menggunakan bahan pengawit yang berbahaya.

7.   Dalam masyarakat Cina, kelender memainkan peranan penting untuk penentuan tarikh perkahwinan dan membuka bangunan baharu.

8.   Pihak polis telah berjaya menumpaskan sendiket pemalsuan wang dengan tangkapan ketua mereka dalam sekatan jalan raya malam tadi.

9.   Kempen Cintailah Sungai Kita perlu dipergiat demi menyadarkan masyarakat tentang kepentingan sungai sebagai sumber pembekal air bersih.

10.        Pembacaan yang luas melalui majalah pendidikan, surat khabar, ensklopedia boleh membantu murid untuk meningkat ilmu pengetahuan.


11.        Kerajaan menyerukan rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi merialisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.   






 .............. Semak jawapan di sini.... 



5 ulasan:

  1. Boleh saya tanya. Kenapa arahan tulis cari *tiga* kesalahan ejaan dan imbuhan ? Tapi jawapan hanya satu kesalahan ejaan dan imbuhan

    BalasPadam
  2. Sabarlah wahai sahabat yang hidup di dunia ini adalah untuk memberi sokongan kepada rakyat dan negara pada masa yang sama juga seperti biasa aku akan cuba untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh hati seseorang individu atau pihak lain.

    BalasPadam
  3. Sabarlah wahai sahabat yang hidup di dunia ini adalah untuk memberi sokongan kepada rakyat dan negara pada masa yang sama juga seperti biasa aku akan cuba untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh hati seseorang individu atau pihak lain.

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.