Sabtu, 28 Mac 2020

Jawapan Latihan - kerja kerja transitif



Lengkapkan karangan di bawah dengan mengisi tempat-tempat kosong dengan kata kerja kerja transitif yang betul.

Penduduk di kawasan tempat tinggal anda menghadapi masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan.  Sebagai setiausaha persatuan penduduk kawasan tersebut, anda diminta untuk membuat aduan berhubung dengan masalah ini kepada pihak berkuasa.
Tulis surat itu selengkapnya.

No 4, Jalan Baiduri
Taman Flora,
83000, Batu Pahat,
Johor.
____________________________________________________________
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Batu Pahat,
Jalan Pegawai,
83000, Batu Pahat,
Johor.                                                                          27 MAC 2020

Tuan,

Masalah Sampah Sarap yang Tidak Dikutip di Taman Flora            

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak penduduk Taman Flora , Batu Pahat ingin membuat aduan tentang masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual di kawasan perumahan kami.

2.  Untuk makluman pihak tuan, sejak beberapa bulan yang lalu, sampah sarap di kawasan perumahan ini tidak dipungut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak tuan.  Akibatnya, sampah sarap yang diletakkan oleh penduduk di dalam  tong sampah di hadapan rumah masing-masing semakin membukit. Sampah sarap itu juga mengeluarkan bau yang busuk.  Justeru, hal ini telah mengganggu keselesaan penduduk.   

3. Selain itu,  sampah sarap yang tidak dipungut ini turut mencacatkan persekitaran penduduk kerana terdapat anjing, kucing dan tikus berkeliaran di kawasan sampah sarap itu pada setiap hari untuk mencari makanan.  Malahan, lalat dan nyamuk juga semakin banyak di kawasa tong sampah tersebut.   Keadaan ini mendedahkan penduduk kepada penyakit bawaan vektor tersebut. Malahan, bilangan penduduk yang terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan kian bertambah.                    

4.  Pihak kami telah membuat aduan secara bertulis kepada pihak kontraktor tersebut tetapi maklum balsas yang diberikan oleh pihak tersebut tidak memuaskan hati kami.  Alahan, kami mendapati pihak terbabit tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.

5.   Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini.  Hal ini demikian kerana, keadaan ini benar-benar telah mencabar kesabaran penduduk.

Kerjasama tuan dalam hal ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Khairul Nain
.......................................
(KHAIRUL NAIM BIN HARON)
Setiausaha Persatuan Penduduk,

Taman Flora, Batu Pahat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.