SMK CONVENT, BATU PAHAT
LATIHAN
RUMUSAN DAN PEMAHAMAN PETIKAN PKP FASA 4
Nama :
Tingkatan: 5PD & 4 ST
Tarikh:
30/4/2020
Objektif:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran diharap
pelajar dapat :
a) Menulis
pendahuluan rumusan dengan betul
b) menyenaraikan
isi tersurat
c) menyenaraikan
sekurang-kurangnya 2 isi tersirat
d) menulis
kesimpulan dengan betul
e) menulis
rumusan lengkap mengikut format yang betul.
f) Menjawab
soalan pemahaman dengan betul.
Baca petkan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
mendapatkan tidur yang cukup dan kesan-kesannya jika
tidak cukup tidur. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Soalan 1: Rumusan
(30 markah)
Menurut kajian,keperluan tempoh masa
tidur seseorang individu itu berbeza-beza mengikut gen, mekanisma
badan, umur dan jantina. Sesetengah
individu mudah terlena, manakala sebahagian lagi sangat sukar untuk melelapkkan
mata.
Sebenarnya, tempoh masa tidur bagi
orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam. Jika kurang daripada enam jam bermakna
seseorang itu “berhutang dengan tidurnya sendiri”. Namun begitu, kuantiti tidur yang banyak juga tidak memberi impak yang baik jika tidur
terganggu. Yang paling penting ialah
tidur yang berkualiti atau nyenyak walaupun kuantitinya kurang daripada enam
jam.
Biasakan diri untuk tidur mengikut waktu yang
tetap setiap hari. Jika perlu, anda
perlu membatasi waktu tidur pada siang hari agar tidur pada sebelah malam tidak
terganggu. Bagi segelintir individual
mereka mengakui agak sukar untuk mengamalkannya. Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan
waktu tidur yang cukup, anda perlu
bertekad untuk melakukannya. Di samping itu, anda perlu mewujudkan
suasana tidur yang nyaman. Pastikan
bilik tidur anda menjadi tempat paling tenang untuk merehatkan diri. Anda boleh mendengar muzik sentimental atau
lembut sambil membaca bahan bacaan ringan.
Lampu yang malap juga boleh digunakan.
Seseorang individu juga perlu
mengelakkan diri daripada tidur dengan perut yang terlalu kenyang. Jangan makan sebelum tidur. Makanan yang dimakan sebelum tidur sukar
dihadamkan. Jika lapar makanlah
buah-buahan yang rendah kalorinya. Kita
juga wajarlah mengelakkan daripada terlalu banyak berfikir sebelum tidur. Oleh itu, anda perlu menenangkan fikiran
sebelum masuk ke bilik tidur. Anda juga
digalakkan untuk melakukan meditasi atau senaman pernafasan. Penggunaan teknik wangian aromaterapi boleh
dilakukan dengan menitiskan beberapa titis minyak ke dalam bekas yang berisi
air lalu dibakar mampu bagi membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada
minyak tersebut. Keadaan ini dapat
mewujudkan fikiran yang tenang terutamanya penggunaan minyak aromaterapi
daripada wangian lavender amat sesuai untuk membantu tidur yang lena. Bagi yang beragama Islam mungkin boleh berzikir sehingga terlelap.
Bantal juga mempegaruhi kualiti tidur. Pemilihan bantal yang sesuai merupakan elemen
yang perlu dititikberatkan. Oleh itu,
anda perlu lebih teliti dalam memilih bantal yang bersesuaian demi “keamanan
tidur” anda. Tidak dinafikan, gaya tidur
memainkan peranan yang penting dalam memastikan anda mendapatkan tidur yang
cukup. Oleh itu, anda perlu mengamalkan posisi tidur yang baik. Tidur dengan
posisi yang betul adalah dalam keadaan
tulang belakang dan tulang leher berada
pada posisi selari.
(Dipetik
dan diubah suai daripada “Berhutang dengan Tidur”
oleh Syahrul Ahmad, Dewan Siswa
, Februari 2017)
Arahan:
- Lengkapkan jadual isi-isi penting rumusan
- Tulis rumusan lengkap anda
- Jawab soalan
pemahaman petikan.
- Turn In tugasan mengikut masa
Analisis soalan:
Isi tersurat : Langkah-langkah untuk menapatkan
tidur yang cukup.
Jumlah perkataan :
tidak melebihi I20 patah perkataan
Semak jawapan di sini....
Semak jawapan di sini....
Soalan 2 :
Pemahaman Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata berbeza-berbeza mengikut gen. [2 markah]
(ii) Dalam
petikan, pengarang menjelaskan beberapa cara untuk menenangkan fikiran di
dalam bilik tidur.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.