Rabu, 6 Mei 2020

SKEMA JAWAPAN RUMUSAN - LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP



Baca petkan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mendapatkan tidur yang cukup dan kesan-kesannya jika tidak cukup tidur. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Soalan 1: Rumusan
(30 markah)

            Menurut kajian,keperluan tempoh masa tidur seseorang individu itu berbeza-beza mengikut gen, mekanisma badan, umur dan jantina.  Sesetengah individu mudah terlena, manakala sebahagian lagi sangat sukar untuk melelapkkan mata.

            Sebenarnya, tempoh masa tidur bagi orang dewasa adalah dalam lingkungan enam hingga lapan jam.  Jika kurang daripada enam jam bermakna seseorang itu “berhutang dengan tidurnya sendiri”.  Namun begitu, kuantiti tidur yang banyak  juga tidak memberi impak yang baik jika tidur terganggu.  Yang paling penting ialah tidur yang berkualiti atau nyenyak walaupun kuantitinya kurang daripada enam jam.
              
                Biasakan diri untuk tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari.  Jika perlu, anda perlu membatasi waktu tidur pada siang hari agar tidur pada sebelah malam tidak terganggu.  Bagi segelintir individual mereka mengakui agak sukar untuk mengamalkannya.  Walau bagaimanapun, bagi mendapatkan waktu tidur yang cukup, anda perlu  bertekad untuk melakukannya. Di samping itu, anda perlu mewujudkan suasana tidur yang nyaman.  Pastikan bilik tidur anda menjadi tempat paling tenang untuk merehatkan diri.  Anda boleh mendengar muzik sentimental atau lembut sambil membaca bahan bacaan ringan.  Lampu yang malap juga boleh digunakan.

               Seseorang individu juga perlu mengelakkan diri daripada tidur dengan perut yang terlalu kenyang.  Jangan makan sebelum tidur.  Makanan yang dimakan sebelum tidur sukar dihadamkan.  Jika lapar makanlah buah-buahan yang rendah kalorinya.  Kita juga wajarlah mengelakkan daripada terlalu banyak berfikir sebelum tidur.  Oleh itu, anda perlu menenangkan fikiran sebelum masuk ke bilik tidur.  Anda juga digalakkan untuk melakukan meditasi atau senaman pernafasan.  Penggunaan teknik wangian aromaterapi boleh dilakukan dengan menitiskan beberapa titis minyak ke dalam bekas yang berisi air lalu dibakar mampu bagi membangkitkan bau wangi yang dihasilkan daripada minyak tersebut.  Keadaan ini dapat mewujudkan fikiran yang tenang terutamanya penggunaan minyak aromaterapi daripada wangian lavender amat sesuai untuk membantu tidur yang lena.  Bagi yang beragama Islam  mungkin boleh berzikir sehingga terlelap.

               Bantal juga mempegaruhi kualiti tidur.  Pemilihan bantal yang sesuai merupakan elemen yang perlu dititikberatkan.  Oleh itu, anda perlu lebih teliti dalam memilih bantal yang bersesuaian demi “keamanan tidur” anda.  Tidak dinafikan, gaya tidur memainkan peranan yang penting dalam memastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Oleh itu, anda perlu mengamalkan posisi tidur yang baik. Tidur dengan posisi yang betul adalah dalam  keadaan tulang belakang dan tulang  leher berada pada posisi  selari.

 (Dipetik dan diubah suai daripada “Berhutang dengan Tidur”
 oleh Syahrul Ahmad, Dewan  Siswa , Februari 2017)




Panduan isi rumusan:
a)    Pendahuluan                    2 markah
b)    Isi Tersurat (6 isi   )         I2 markah
c)    Isi Tersirat  (2 isi   )           4 markah
d)    Kesimpulan                       2 markah
Jumlah markah isi           20 markah
            Markah bahasa               I0  markah 

           Jumlah markah                30 markah               


SKEMA RUMUSAN:
PENDAHULUAN:
Rumusan ini membincangkan cara-cara untuk mendapatkan tidur yang cukup dan kesan-kesan tidak cukup tidur


ISI TERSURAT (4 – 12 MARKAH) –LANGKAH-LANGKAH MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

1.    biasakan diri untuk tidur mengikut waktu yang tetap setiap hari.
2.    Membatasi waktu tidur pada siang hari
3.    Mewujudkan suasana tidur yang nyaman
4.    Mengelakkan daripada tidur dengan perut yang terlalu kenyang
5.    Mengelakkan terlalu banyak berfikir sebelum tidur
6.    Digalakkan melakukan meditasi atau senaman pernafasan
7.    Pemilihan bantal yang sesuai merupakan elemen yang perlu dititikberatkan
8.    Mengamalkan gaya tidur yang betul/posisi tidur dalam keadaan tulang belakang dan tulang leher berada dalam posisi selari.


ISI TERSIRAT (4 – 12 MARKAH) – KESAN TIDAK CUKUP TIDUR

1.   Menyebabkan tekanan emosi/emosi  tidak stabil/mudah marah
2.   Keletihan/malas/
3.   Kurang/hilang  tumpuan terhadap kerja/kurang prduktif
4.   Mudah diserang/mendapat penyakit/dayaa  ketahanan badan berkurangan

KESIMPULAN:


Setiap anggota masyarakat haruslah berusaha mendapatkan tidur yang mencukup.agar lebih sihat dan produktif dalam memacu kemajuan ekonomi negara


        C0NTOH RUMUSAN LENGKAP PELAJAR
Nur khairunnisa bt Arnizan 5PD


 Rumusan ini membincangkan cara-cara untuk mendapatkan tidur yang cukup dan kesan-kesan tidak cukup tidur.√ P2m
            Antara langkah untuk mendapatkan tidur yang cukup ialah√ S2m Selain itu, Mewujudkan suasana tidur yang nyaman. √ S2m Seterusnya,mengelakkan diri daripada tidur dengan perut yang kenyang.√S2m Di samping itu, menenangkan fikiran sebelum masuk bilik tidur.√ S2m Tambahan pula,melakukan meditasi atau senaman pernafasan √ S2m .Akhir sekali,mengamalkan posisi tidur yang baik. √ S2m 
           Kesan-kesannya jika tidak cukup tidur ialah menyebabkan keletihan fizikal √ T2m dan tekanan emosi.√ T2mSelain itu,menyukarkan proses pembelajaran X .Seterusnya, boleh mengalami penuaan dengan cepat . T2m

          Kesimpulannya, kita mestilah mempunyai tidur yang mencukupi agar kesihatan diri terjamin√K2M


P=  2  M
S=12 M
T=  4 M
K=   2 M
JUMLAH ISI= 20 M
MARKAH BAHASA =10
JUMLAH = 30 /30 M
TAHNIIAH NURKHAIRUNISA

2 ulasan:

  1. assalamualaikum
    boleh sy tahu maksud rangkai kata berbeza-beza mengikut gen?

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.