HEBAT
RUMUSAN 11
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang persediaan-persediaan asas menjadi usahawan berjaya dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Berdasarkan
premis bahawa keusahawanan boleh dipelajari dan diamalkan untuk menempa
kejayaan, maka terdapat beberapa keperluan asas yang harus dipupuk. Sememangnya
idea perniagaan yang bernas menjadi titik permulaan tetapi hal ini tidak mencukupi
untuk memastikan kejayaan yang berterusan. Penyelidikan yang diusahakan oleh Target Training International telah
membuat kaji selidik terhadap 17 ribu usahawan yang berjaya. Beberapa dapatan
hasil kaji selidik tersebut mendapati mereka yang telah berjaya menjadi
usahawan terkemuka mempunyai personaliti seperti berkebolehan untuk memberikan
keyakinan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat Selain itu, sifat kepimpinan
yang berkesan dan kebolehan berkomunikasi yang baik. Keperluan utama yang dapat
memastikan sesuatu kejayaan ialah seseorang usahawan tersebut perlu menetapkan
jangkaan yang realistik. Keterujaan dan keyakinan amat diperlukan bagi
merancang pelan perniagaan yang harus berdasarkan
realiti yang terdapat dalam pasaran.
Seseorang
usahawan juga perlu memberikan nilai tawaran yang jelas iaitu produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan harus mempunyai nilai yang sebenar. Jika tawaran nilai tidak
jelas, berkemungkinan perniagaan itu menemui kegagalan. Selain itu, para
usahawan perlu menawarkan produk yang unik kerana hal ini membezakan produk
yang dihasilkan dengan pesaing-pesaing dalam perniagaan. Mereka yang telah
berjaya biasanya juga mampu menyediakan produk atau perkhidmatan yang
memberikan nilai yang terbaik kepada orang ramai. Malah para usahawan yang
telah berjaya juga berani meneroka pasaran yang berskala besar. Contohnya
seperti Dato' Aliff Syukri yang mengusahakan produk D'Herbs, yang perniagaannya
semakin berkembang maju.
Selain mengusahakan produk yang bersifat monopoli dan
sukar diperoleh, usahawan juga perlu membentuk pelan perniagaan yang berdaya
maju. Dengan adanya pelan perniagaan,
usahawan dapat memasarkan produk dan perkhidmatannya dalam tempoh yang panjang
kepada pelanggan yang disasarkan dengan belanjawan yang berpatutan. Pelanggan
merupakan nyawa kepada sesebuah perniagaan. Usahawan yang bijak biasanya dapat menarik pelanggannya secara
berkesan. Hal ini bergantung kepada keberkesanannya dari segi kos dan jumlah
pelanggan yang berupaya ditarik. Penggunaan media sosial untuk tujuan
pengiklanan dan promosi, perbincangan tentang jenama, ulasan dan maklum balas
tentang sesuatu produk merupakan cara yang berkesan.
Setiap
individu berpeluang mengecap kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-
ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara
semula jadi tetapi adalah disebabkan daya inisiatif yang tinggi serta keyakinan
yang kuat terhadap kemampuan diri sendiri.
Dipetik dan
diubah suai daripada ‘Keperluan
Asas Menjadi Usahawan Berjaya’ Oleh Rahim Aziz, Dewan Ekonomi, April 2016.
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1. jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri..
(i)
Berikan
maksud rangkai kata berdasarkan realiti berdasarkan petikan.
[2
markah]
(ii)
Pengarang
menyatakan beberapa hasil kaji selidik tentang personaliti
usahawan terkemuka.
Senaraikan hasil kaji selidik tersebut
[3 markah]
(iii)
Di
Malaysia, keusahawanan dalam bidang pertanian kurang mendapat
tempat dalam kalangan usahawan muda.
Pada pendapat anda, bagaimanakah bidang ini boleh menarik
usahawan muda untuk menceburi bidang tersebut
[4 markah]
Semak jawapan di sini
Jawapannya di mana
BalasPadamJawapannya di mana
BalasPadamtiada jawapan
BalasPadam