Peristiwa-Peristiwa
Menarik - Novel Silir Daksina
Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk
menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesebuah novel. Berdasarkan
novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam
novel tersebut.
Novel yang saya pelajari
ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik
kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa
kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya.
Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya
menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan
ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah
menonjolkan tiga peristiwa menarik yang
terdapat dalam novel tersebut.
Antara peristiwa menarik yang terdapat dalam novel
Silir Daksina, ialah peristiwa dimana Umi melihat persembahan
tarian zapin. Haiqal bersedia untuk mempersembahkan tarian zapin
dengan See Hwa. Semasa persembahan dijalankan, Haiqal
ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan
persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui
langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini
menunjukkan teladan kepada saya bahawa kita haruslah menyokong hasrat ahli
keluarga yang lain walaupun fikiran berbeza. Tambahan pula, peristiwa ini
menunjukkan keunikkan kaum di Malaysia apabila See Hwa yang berbangsa Cina
mengikuti Haiqal dalam membuat persembahan Zapin.
Selain itu peristiwa dimana Haiqal
bertanya kepada uminya tentang rancangannya ke Johor. Pada
mulanya, uminya mengugat Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang
kepadanya, namun begitu Haiqal tidak membatalkan
keputusannya. Sebaliknya dia meneruskan rancangannya untuk pergi ke
Johor. Peristiwa ini menarik kerana ia menunjukkan
keberanian Haiqal dalam membuat keputusan. Dia berani untuk bertolak ke tempat
asing dan tidak takut akan ugutan uminya.
Peristiwa-Peristiwa
Menarik - Novel Di Sebalik Dinara
1.
Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik
minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesebuah novel. berdasarkan novel yang
anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel
tersebut.
Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang
noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina
sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa
peristiwa menarik.
Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam
kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang
melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan
individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana
kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang
mendalam dalam mengesan DNA seseorang.
Selain itu, Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan
menggunakan sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat
penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha
sakit kepala. Peristiwa
ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu
yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen
kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil maklumat yang
terkandung dalam pemikiran manusia.
Akhir sekali, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl
menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius.
Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha
tq. sangat jelas dan sangat membantu
BalasPadamsama-sama. semoga bermanfaat
BalasPadamTerima kasih cikgu untuk nota ini
BalasPadam❤
BalasPadamMana lagi satu peristiwa silir daksina?
BalasPadam👍
BalasPadamLove all
BalasPadamTq dapat membantu
BalasPadamMantap berry
BalasPadamTq cikgu
BalasPadam