HEBAT RUMUSAN 10
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Konsep
pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platform
pembelajaran maya yang semakin hari semakin pesat dibangunkan oleh syarikat
pembelajaran maya di Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad
ke-21 yang semakin hari semakin mendapat tempat dalam hati pengguna Internet.
Hampir 25 juta pengguna Internet di Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur
lebar dan peranti komunikasi telefon pintar berbanding dengan pengguna telefon
talian tetap dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Namun begitu, sebanyak 23.1%
penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet telah menjadi
halangan kepada pelaksanaan pendidikan maya ini.
Berdasarkan
perspektif yang berbeza, ibu bapa pada masa ini masih belum dapat menerima
konsep pembelajaran maya sepenuhnya kerana mereka beranggapan bahawa
pembelajaran secara konvensional di dalam kelas lebih efektif. Ibu bapa lebih meyakini guru dapat memantau
perkembangan anak-anak mereka di dalam kelas. Pada masa yang sama, minda mereka
belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baru. Selain itu,
masyarakat juga beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet untuk
mengakses laman-laman yang tidak bermanfaat. Hal ini dibuktikan dengan peratus
penggunaan Internet untuk pengisian hiburan seperti permainan dalam talian dan
sembang amat tinggi dalam kalangan murid. Natijahnya, ramai murid yang
mengabaikan pelajaran dan terlibat dengan perkara-perkara negatif.
Menerusi
platform pendidikan maya, murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi jaguh
siber yang membazirkan masa semata-mata. Mereka juga dapat memasuki alam
pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform pendidikan maya. Selain itu,
platform ini mampu mempertingkatkan kefahaman dan kualiti pembelajaran mereka.
Dalam masa yang sama, ibu bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya
dengan muridnya dalam bidang akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana
masalah ini akan mengekang perkembangan prestasi akademik anak-anak mereka.
Persoalannya,
mampukah murid-murid di Malaysia untuk mendepani serta memanfaatkan konsep
pembelajaran maya pada hari ini? Hal ini berlaku kerana platform pendidikan
maya bukan mudah untuk dibentuk dan operasinya memerlukan kos yang tinggi.
Murid-murid milenium ini yang mudah berasa bosan juga mahu maklumat diperoleh
secepat mungkin dengan konsep maklumat di hujung jari. Namun begitu, kekurangan
dalam pembelajaran maya juga ialah murid tidak memiliki peranti untuk mengakses
Internet. Situasi ini tidak seharusnya berlaku kerana pakej perkhidmatan jalur
lebar dan peranti mampu milik sudah lama bertapak di negara kita.
Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia perlu seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat agar negara kita mampu bersaing di peringkat global.
Dipetik
dan diubah suai daripada ‘Konsep Pembelajaran Maya’ Majalah Pendidik, November 2018
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Berdasarkan
petikan Soalan 1 di
atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
|
Berikan maksud rangkai kata lebih efektif.
[2 markah]
|
(ii)
|
Menerusi
platform pendidikan maya, pengarang
mengemukakan
beberapa faedah yang diperoleh seseorang
murid.
Nyatakan faedah-faedah tersebut.
[3 markah]
|
(iii)
|
Murid
dapat memperoleh pelbagai maklumat daripada
Internet
untuk meningkatkan pengetahuan mereka.
Pada pendapat anda, nyatakan
cara-cara lain untuk
memperoleh maklumat.
[4 markah]
|
semak jawapan di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.