Isnin, 6 Julai 2020

SKEMA LATIHAN PKP- AYAT TUNGGAL & AYAT MAJMUK


NOTA  & LATIHAN PKP

TATABAHASA


LATIHAN PENGUKUHAN MENCERKIN AYAT (Memisahkan ayat  )
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.

1.   Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat 1: ayah   mencuci kereta di  halaman rumah
Ayat 2: ibu  memasak rendang  di dapur

2.   Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh petang semalam.
3.   Ayat 1: Salina telah meninggal  dunia
4.   Ayat 2: Salina  menderita penyakit  kanser  tahap empat

5.   Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana mereka sanggup menerima upah lebih rendah.

Ayat 1: pekerja-pekerja asing  menjadi pilihan  banyak majikan di  negara   ini
Ayat 2: pekerja  asing  sanggup  menerima upah ya ng  lebih  rendah

6.   Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.
Ayat 1: Encik  Amran hendak ke  Muzium Negara
Ayat 2: Encik  Amran   hendak   ke Puterajaya

7.   Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
Ayat 1: pendebat itu  petah berhujah mematahkan  hujah  lawan
Ayat 2: pendebat itu bijak  mematahkan  hujah  lawan

8.    Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1: Siswazah  tidak  mengharapkan kerja makan   gaji  sahaja
Ayat 2: Siswazah  berpandangan jauh

9.    Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1: semua  anggota masyarakat  hendaklah  saling  menghormati
Ayat 2:   kehidupan   rakyat di Negara   ini bertambah  harmoni

10. Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya untuk bertemu  dengan penduduk setempat.

Ayat 1: jadual kerja  pemimpin  besar itu padat
Ayat 2: beliau masih  dapat meluangkan  masa  untuk bertemu dengan  penduduk setempat

11. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan faedah yang banyak kepada murid-murid.

Ayat 1: aktiviti kokurikulum memberikan  faedah  yang banyak  kepada  murid-murid
Ayat 2: aktiviti  kokurikulum dilaksanakan  di sekolah

12.Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi malah perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.
Ayat 1: Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi
Ayat 2:   Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.


13.Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
14.Ayat 1: pembeli  itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
Ayat 2:  pembeli itu memenangi cabutan bertuah.


15.Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat 1: produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa
Ayat 2:  produk herba di negara kita memiliki khasiat yang tinggi

16.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
Ayat 1: perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan
Ayat 2: perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19

17.Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayat 1: setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa
Ayat 2:  ramai orang awam melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

18.Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.
Ayat 1: sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa berbelanja
Ayat 2: sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya menabung wang


LATIHAN PENGUKUHAN 2:

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

1.   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar.  Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
Jawapan:   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar manakala  mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.     

2.   Buku cerita itu sangat tebal.  Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Jawapan: Buku cerita yang  dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru  itu sangat tebal.

3.   Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan.  Latihan Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.

Jawapan:    Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Kalsom dalam tempoh yang ditetapkan. 

4.   Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  Orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.

Jawapan:    Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  dan  perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.


5.   Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan.  Kemalangan itu berlaku di Jalan Kemboja.  Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:  Kemalangan ngeri yang berlaku di Jalan Kemboja itu melibatkan beberapa buah kenderaan dan menyebabkan kesesakan jalan raya.


6.   Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah banyak berkorban.  Warga tua berkorban membangunkan negara tercinta.
Jawapan:  Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua kerana  warga tua telah banyak berkorban  untuk membangunkan negara tercinta.


7.   Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum.  Dia berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Jawapan: Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum kerana  berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan walaupun  telah mengalami kecederaan di bahagian kaki
8.   Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama.  Pokok-pokok tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran.  Pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen.

Jawapan: Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama untuk   mengindahkan pemandangan persekitaran  dan membekalkan oksigen.



Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Kemarau ialah bencana alam.  Kemarau berpunca daripada cuaca panas.  Kemarau berpunca daripada kurangnya hujan.  Kemarau menyebabkan tanah kering kontang.  Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati.  Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.  Kemarau mmenyebabkan air terpaksa dicatu.  Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan.  Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.      (6 markah)
   
                                                                                                              
Jawapan:
1.    Kemarau ialah bencana alam yang berpunca daripada cuaca panas dan  kurangnya hujan.
2.   Kemarau bukan sahaja  menyebabkan tanah kering kontang dan tumbuh-tumbuhan banyak yang mati malah  kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.

3.   Kemarau menyebabkan air terpaksa dicatu sehingga Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.





kembali pada soalan








6 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Terima Kasih Cikgu kerana mengongsikan nota dan latihan. Mohon izin untuk menggunakannya sebagai latihan.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian. Mohon izin untuk menggunakannya sebagai latihan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas pengkonsian. Mohon izin guna sebagai latihan

    BalasPadam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.