UJIAN
PENGESANAN KURIKULUM
SMK
CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR.
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 5 PD
Soalan
1 :
Rumusan
(30 markah)
Baca
petikan di bawah dengan teliti. kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengurangkan wabak
denggi dan kesannya jika negara bebas daripada wabak tersebut.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak pertama kali wabak denggi
dikesan di Georgetown. Pulau Pinang pada 1962 dan kemudiannya di Kuala Lumpur
pada 1973, kes-kes membabitkan demam denggi dilaporkan berlaku saban tahun.
Terbaru. statistik Kernenterian Kesihatan menunjukkan sebanyak 4221 kes demam
denggi dengan 12 kematian berlaku dalam tempoh hanya 23 hari sejak awal tahun
ini. Meneliti statistik itu, tennasuk laporan sebanyak 46000 rakyat Malaysia
dijangkiti penyakit ini dengan 106 kematian sepanjang tahun lalu. Maka adalah
wajar untuk kerajaan mengisytiharkan penyakit tersebut sebagai wabak. Serentak
dengan itu juga. seluruh pihak periu mengambil langkah berjaga-jaga dalam
memastikan penyakit demam denggi itu tidak menular dan mengorbankan lebih
banyak nyawa. Namun, adalah penting untuk seluruh rakyat Malaysia memahami
simptom-simptom apabila dijangkiti penyakit demam denggi atau lebih teruk
denggi berdarah bagi rnembolehkan rawatan segera diberikan.
Namun benarlah mencegah itu lebih baik
daripada mengubati, dan hakikat itu juga tidak terkecuali dalam membendung
wabak denggi ini. Di peringkat individu, setiap daripada kita bertanggungjawab
untuk memastikan tiada ruang untuk nyamuk aedes mcmbiak di kawasan rumah atau
kejiranan. Paling menjadi keutamaaan adalah dengan memastikan tiada takungan
air sama ada yang berpunca daripada bekas tadahan air, kolam, pasu bunga, tin-tin
kosong, tayar buruk dan sebagainya. Aspek kebersihan di kawasan persekitaran
seperti mengurus sarnpah sarap dengan baik dan membersihkan longkang supaya
tidak tersumbat juga perlu diberikan perhatian.
Malangnya dalam budaya hidup bermasyarakat
hari ini. amalan-amalan murni bergotong-royong membersihkan kawasan kejiranan
seperti itu tidak lagi begitu mendapat sambutan. Malah, seperti yang dikesalkan
oleh pakar perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, Pusat Pengajian Sains
Perubatan Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Moharnad, terdapat segelintir
masyarakat yang mengambil sikap lepas tangan terutamanya dalam mengawal risiko
penularan wabak itu. Masyarakat menganggap hal-hal yang berkaitan kebersihan
tempat awam menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan ( PBT ). Kita memang
mengharapkan kawalan dan pencegahan wabak penyakit deman denggi, itu perlu
dilakukan rnenerusi usaha bersepadu dan besar-besaran oleh PBT. Aktiviti
penyemburan asap untuk membunuh nyamuk aedes misalnya, wajar dipertingkat dan
diperluas tidak hanya di kawasan perumahan malah meliputi premispremis
pemiagaan dan bangunan komersial. Dalarn masa sarna, PBT seharusnya lebih kerap
turun padang untuk memeriksa tahap kebersihan terutamanya restoran dan gerai
makanan yang sebenamya lebih berisiko untuk menjadi lokasi pembiakan nyamuk
aedes.
Pemeriksaan di tapak-tapak projek
terbengkalai yang selama ini tidak diberikan perhatian kini wajar menjadi
keutamaan PBT. Kawasan projek terbengkalai itu lebih cenderung untuk menjadi
lokasi pembiakan nyamuk aedes kerana dipenuhi dengan sampah-sarap serta sisa
bahan binaan yang tidak terurus dan terbiar tanpa perhatian mana-mana pihak.
Pada masa yang sama, PBT juga perlu meningkatkan pemeriksaan di kawasan projek
pembinaan yang sedang dijalankan supaya kontraktor atau pemaju mematuhi kebersihan.
Aspek kebersihan itu tidak hanya
mencakupi kawasan persekitaran tapak projek. sebaliknya diperluas terutamanya
di kawasan tempat tinggal pekerja buruh binaan. Hal ini demikian kerana polemik
mengenai penularan wabak denggi sebelum ini pernah dikaitkan dengan kebanjiran
pekerja asing yang tidak mementingkan tahap kebersihan dan hakikat itu tidak
boleh dipandang mudah.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
rencana . “Perangi Wabak Denggj", oleh Khuzairi Ismail. Utusan Malaysia.
28 Januari 2009)
Soalan
2: Pemahaman
Soalan
2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan rumusan.
Jawab
soalann-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata penularan wabak. [2
markah]
(ii)
Penulis ada menyebutkan tentang beberapa sikap negatif masyarakat yang
menghalang usaha mengurangkan pembiakan wabak denggi.
Apakah
sikap-sikap negatif tersebut. [3
markah] .
(iii)
Pada pendapat anda. mengapakah masyarakat tidak mengambil berat tentang bahaya demam denggi ? [4 markah]
Soalan
2(b) Pemahaman Sajak
Baca
sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Erti Hidup Bererti
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan dayang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Teo Wei sing
Suara Anak Pahang, 2009
Pekan Ilmu Sdn. Bhd.
(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua perasaan penyajak.
(2 markah)
(ii)
Tindakan segelintir anak-anak
menempatkan ibu bapa mereka yang telah tua ke rumah jagaan orang-orang tua
merupakan suatu Tindakan yang tidak wajar.
Beri pendapat anda tentang pernyataan ini dengan
dua alasan yang kukuh. (3
markah)
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang anda
peroleh daripada sajak tersebut. (4
markah)
semak jawapan rumusan di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.