NAMA:
TARIKH:
TINGKATAN:
GEMILANG RUMUSAN SET 1
Soalan
1 : Rumusan
[ 30
markah ]
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak ketagihan peranti elektronik dalam kalangan
remaja dan cabaran untuk menanganinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Peredaran zaman telah mengubah kecenderungan remaja
pada masa ini untuk mengisi waktu terluang dengan peranti elektronik. Secara
umumnya peranti elekronik bermaksud semua peralatan elektronik yang berfungsi
sebagai medium penyampai maklumat dan komunikasi dalam kehidupan harian.
Walaupun secara asasnya makna peranti elaktronik ini merujuk kepada perkembangan
teknologi yang mampu memberikan kesan positif kepada pengguna, namun dalam
kalangan remaja, perkembangan teknologi ini menjadi ancaman jika tidak dikawal
penggunaannya. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada tahun 2014, sebahagian besar pengguna
Internet di Malaysia terdiri daripada remaja.
Kecenderungan remaja menggunakan peranti elektronik
secara berlebihan sebenarnya berpunca daripada kesilapan segelintir ibu bapa
dan penjaga remaja terbabit. Ibu bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab dan
mengakui bahawa isu ketagihan peranti elektronik dalam kalangan remaja bermula
daripada kebebasan dan keterbukaan ibu bapa melengkapkan anak remaja dengan
peralatan elektronik. Di samping itu segelintir ibu bapa pada masa ini mudah
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada peranti elektronik untuk anak-anak remaja
mereka sebagai ‘penjaga’ pada waktu mereka sibuk di luar rumah. Sehubungan itu
terdapat pelbagai kesan negatif yang menimpa para remaja. Pembaziran masa
merupakan antara impak negatif terhadap penggunaan peranti elektronik secara
berlebihan. Masalah kesihatan seperti obesiti juga dikatakan berpunca daripada
situasi tersebut. Dalam konteks yang lain para remaja akan berhadapan dengan
masalah kekurangan kemahiran bersosial dan berkemungkinan menyebabkan tingkah
laku ganas, tekanan, kemurungan dan kecelaruan identiti.
Menurut seorang pakar pediatrik tempatan, remaja yang
menggunakan aplikasi seperti permainan video melebihi dua jam akan menjejaskan
penglihatan mereka dan menyebabkan mata menjadi rabung. Selain itu, bagi remaja
yang menggunakan peranti elektronik dalam keadaan postur berbaring atau duduk
terlalu lama akan meninggakan kesan kesakitan pada tulang belakang dan
meningkat risiko bongkok pada usia muda. Di samping itu, remaja yang ketagihan
penggunaan peranti elektronik akan mengurangkan tumpuan mereka terhadap
pelajaran atau tugasan yang diberikan oleh guru sebaliknyanya lebih terarah
kepada dunia digital. Dalam aspek pergaulan dan berkomunikasi pula, remaja akan
menjadi lebih pendiam, kurang sabar, tidak mempunyai teman rapat dan penguasaan
bahasa yang tidak berkembang. Isu remaja dan masalah ketagihan peranti
elektronik ini bukanlah sesuatu perkara yang baharu. Masalah ini menjadi
semakin kritikal akibat daripada perkembangan teknologi komunikasi yang semakin
bervariasi.
Dalam membicarakan isu ketagihan remaja tehadap
peranti elektronik ini, implikasi dari sudut perkembangan emosi pula akan
mengganggu perkembangan emosi dan kerohanian para remaja. Pada usia yang
muda, remaja akan terdedah dengan masalah daya tumpuan yang rendah dan kawalan
emosi yang tidak tersusun dengan baik. Oleh itu semua pihak terutamanya ibu
bapa dan penjaga perlu mengawasi penggunaan peranti elektronik dalam kalangan
remaja. Perkembangan teknologi yang sangat pantas menyebabkan remaja tidak
dapat lari daripada menggunakannya.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa
penggunaan peranti elektronik telah menjadi suatu keperluan untuk menjalankan
rutin harian. Namun begitu remaja seharusnya bijak memanfaatkan kecanggihan
peranti tersebut, bukannya terjerumus ke lembah ketagihan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘ Punca dan Kesan Ketagihan Peranti
Elektronik’ oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan Siswa, Jun 2018.
Soalan 2: Pemahaman
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata perkembangan emosi. [2 markah]
Jawapan:
(ii) Dalam petikan penulis ada menyatakan kesilapan ibu bapa atau
penjaga yang menyebabkan remaja terjerumus ke lembah ketagihan peranti
elektronik.
Nyatakan kesilapan-kesilapan tersebut. [3 markah]
Jawapan:
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang patut
dilakukan oleh ibu bapa dalam menangani masalah ketagihan peranti elektronik
dalam kalangan remaja. [4
markah]
Jawapan:
Nak semak jawapan
BalasPadam