Ahad, 13 Disember 2020

BAHASA MELAYU KERTAS 1 PRA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020 TINGKATAN 4



BAHASA MELAYU KERTAS 1

PRA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2020

 TINGKATAN 4

Dua jam 


BAHAGIAN A

[30 Markah]

Masa dicadangkan :  30 minit

 

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.

Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi

permohonan satu pekerjaan yang anda minati.

Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.




























BAHAGIAN B

[70 markah]

Masa dicadangkan : 1 Jam 30 Minit

 

Arahan : Pilih satu soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan

 

Soalan 1 : Domain Kerjaya

 

Setiap individu berkehendakkan suatu kerjaya yang dapat menjamin kehidupan pada masa hadapan. Pemilihan kerjaya bukanlah suatu perkara yang mudah dan seseorang itu lazimnya akan dipengaruhi oleh pengetahuan serta faktor-faktor yang ada di persekitarannya semasa proses pemilihan kerjaya itu berlaku. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti minat kerjaya pelajar berdasarkan personaliti Holland, perbezaan minat kerjaya antara jantina, pendedahan dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar.

 oleh ; ZAIROSLAWANEE BINTI ZAIB

 



Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan kerjaya dan kepentingannya.  Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk menceburi dunia kerjaya yang dapat menjamin  masa hadapan mereka.

Huraikan persediaan untuk memenuhi kerjaya impian anda.

 

 

Soalan 2 : Domain Pendidikan

Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang asing kepada murid-murid. Sejak sekolah rendah, murid sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran Sejarah. Menyedari kepentingan mata pelajaran Sejarah kepada generasi muda, maka mata pelajaran tersebut dijadikan mata pelajaran wajib lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

                                                                                                                                         Sumber : Internet


 Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah dan kepentingan mempelajarinya.

Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

 

Soalan 3 : Domain Umum

KUALA LUMPUR: Malaysia mensasarkan berada dalam kedudukan 10 destinasi pelancongan utama dunia menjelang 2019, berbanding kedudukan ke-12 yang direkodkan pada masa ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi, berkata kementerian akan merancang hala tuju strategik dan pendekatan baharu bagi menyediakan persekitaran lebih mesra kepada peserta industri.

“Bagi mencapai sasaran berkenaan, Malaysia perlu lebih berdaya saing untuk memacu pertumbuhan industri.

 “Kerajaan melihat potensi besar dalam industri pelancongan dan akan memberi sokongan sepenuhnya apa yang diperlukan oleh industri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) ke-46, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

 

Oleh Nurhayati Abllah - September 8, 2018 @ 1:28pm

nurhayatiabllah@nstp.com.my

 

Petikan akhbar menerangkan bahawa Malaysia mensasarkan untuk berada dalam kedudukan 10 destinasi pelancongan utama dunia menjelang 2019.  Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut mengadakan pelbagai kempen bagi menarik minat pelancong untuk terus berkunjung ke Malaysia dan antaranya ialah Kempen Pelancongan Gastronomi.

Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh kerjaan bagi memajukan lagi Pelancongan Gastronomi ini.


 
Soalan 4 : Domain Peribadi

Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki  dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”.  Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu.

sumber : internet

 

 Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, setiap individu perlu memainkan peranan untuk berkeperibadian dan berakhlak mulia agar dipandang mulia oleh masyarakat.

Jelaskan cara-cara membentuk keperibadian dan berakhlak mulia dalam kalangan remaja.

 

Soalan Tamat




SOALAN PRA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 - KERTAS 2



SOALAN PRA- PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4
SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR.

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA

[ 35 markah ]

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

 

Soalan 1 : Morfologi

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja aktif dan dua kata adjektif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih memerlukan sokongan kewangana dan dasar daripada kerajaan, bank serta agensi berkaitan bagi membolehkan operasi perniagaan terus bertahan ketika berhadapan dengan impak pandemic COVID-19, demikian menurut RAM Holdings Bhd. Berdasarkan kaji selidik terkini keyakinan Perniagaan RAM, sokongan itu masih diperlukan kerana ekonomi dijangka tidak stabil dengan prospek yang tidak menentu dalam tempoh tiga bulan akan dating. Kerajaan telah melaksanakan pakej rangsangan yang efektif bagi membantu PKS ketika ini. Ini termasuk moratorium pinjaman segera, yang menjadi pelonggaran kewangan besar yang sangat diperlukan, dengan 86 peratus responden menerima tawaran itu.

 

Dipetik dan diubah suai daripada

“PKS Masih Perlukan Sokongan untuk Terus Bertahan”

oleh Alzahrin Alias

Berita Harian, 21 September 2020

 

[ 8 markah ]

 

Soalan 2 : Sintaksis

Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih.

 

Permainan tradisional yang paling popular di negara kita ialah wau, batu seremban, congkak, gasing, konda-kondi dan banyak lagi. Permainan tradisional dimainkan sama ada oleh kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Permainan tradisional seperti permainan moden dapat membina fizikal kerana pemainnya perlu bergerak aktif, pantas dan laju. Seseorang yang aktif dalam permainan lazimnya mempunyai bentuk badan yang catik dan sahsiah yang baik. Permainan tradisional tidak memerlukan peralatan khusus seperti raket, kasut, bola dan gelanggang tersendiri. Alat yang digunakan sungguh mudah dan boleh didapati disekeliling kita seperti biji buah, kayu, buluh, bulu ayam dan sebagainya.

 

Dipetik dan diubah suai daripada

“Remaja dan Permainan Tradisional”

oleh Hanapi Dollah

Dewan Siswa, September 2009

[ 6 markah ]

Soalan 3 : Penyuntingan

Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalah-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

 

            Jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah, hingga 40 buah rumah daripada setiap penjuru sesebuah zon kediaman termasuklah ditaman perumahan, kampung dan pangsapuri. Orang tua-tua pernah berkata, jiran tetangga yang baik umpama adik beradik yang dapat berkerjasama di kalangan masyarakat serta terbentuk ukuwah yang kukuh dan ampuh. Jiran yang baik juga dapat membentuk semangat kekitaan bagi melahirkan amalan bersatu padu serta membolehkan semua ahli masyarakat memahami antara satu sama lain sehingga mencetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita dan menjadi orang yang pertama datang untuk menghulurkan batuan sebelum ketibaan adik-beradik dan saudara-mara kerana jarang-jarang adik-beradik duduk berjiran terutamanya ke bandar.

 

Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Rencana “Kemerosotan Nilai Kejiranan”

oleh Samat Buang

Dewan Siswa, Mac 2017

 

[ 13 markah ]

 

 

Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard                                         

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian  tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

 

Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya.

 

[Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia]

 

[ 4 markah ]

 

Soalan 5 : Peribahasa

Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja. Kemudian berikan, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahsa tersebut.

 

Komuniti Kampung Muhibbah yang diketuai oleh ketua kampung telah menjalankan aktiviti gotong-royong pada minggu lepas. Aktiviti seperti ini mampu mengeratkan hubungan antara penduduk kampung . sikap tidak suka bertegur sapa antara penduduk di kawasan itu juga boleh diatasi melalui aktiviti sebegini.

 

[ 4 markah ]



BAHAGIAN B : PEMAHAMAN

[ 35 markah ]

[ Masa diperuntukkan : 60 minit ]

 

Soalan 6 : Petikan Umum

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

Bahan 1

 

        Media sosial merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baharu ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan media sosial sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.

        Di samping itu, media sosial juga digunakan untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku diseluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet. Kebimbangan terhadap media sosial turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Media sosial menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Media sosial sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan media sosial.

 

Dipetik dan diubah suai daripada,

‘Pengunaan Internet : Kesan kepada Pengguna’

Oleh Salmah Ali,

Majalah Siswa, Jun 2012

  

Bahan 2

 

        Walaupun media sosial banyak kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang perlu diberikan perhatian oleh golongan remaja. Antara kesan negatif  media sosial ialah penyebaran berita palsu secara berleluasa. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang bebilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera. Selain itu, media sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa dengan mengabaikan pelajaran.

        Disamping itu, media sosial menyebabkan golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif  seperi melihat gambar dan video lucah. Dalam aspek keselamatan negara, media sosial kadang-kadang mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara diperkatakan di dalam laman sembang. Dalam hal ini, kerajaan perlu memantau  media sosial untuk memastikan keselamatan negara terjamin. Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila penggodam mencuri maklumat peribadi media sosial untuk tujuan menipu.

 

Dipetik dan diubah suai daripada

rencana ‘Berita Palsu Musuh Negara’

oleh CMCF

Dewan Siswa, April 2018

 

 

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai katan sering dijadikan wahana.

[2 markah]

 

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kesan buruk penggunaan media sosial kepada masyarakat.

[4 markah]

 

(iii) Hasil laporan Digital 2018 yang dikeluarkan oleh Hootsuite dan We Are Social, jumlah penggunaan Internet di negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna yang mewakili 79 peratus penduduk Malaysia. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin taasub dengan media sosial dan menjadi fokus utama dalam kalangan remaja hari ini.

Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab remaja menggemari media sosial?

[3 markah]

 

(iv) Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp mendapat perhatian masyarakat di negara kita. Kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung angkara negatif  di sebaliknya. Cadangkan langkah-langkah mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.

[4 markah]

 

 


Soalan 7 : Petikan Sastera

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

Bahan 1

 

Bonda tahu secubit ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.

        “Mel, agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang ditebali bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”

        Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama dipangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kotayang pesat dengan kemajuan dan peradaban . saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.

 

Dipetik daripada cerpin ‘Munsyi’

oleh Husna Nazri

antalogi Jaket Kulit kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Bahan 2

 

Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.


Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan..
       
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

 

Dipetik daripada sajak ‘Gelanggang’

antalogi Jaket Kulit kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

( i ) Berdasarkan  Bahan 2, berikan maksud jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

[2 markah]

 

(ii) Bedasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, mengapakah kita perlu mepertahankan kedaulatan negara kita?

[3 markah]

 

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah keamanan negara wajar dijaga dan dipelihara?

[3 markah]

 

(iv) Pada masa ini, generasi muda semakin lalai dengan pengaruh dunia luar yang memberi kesan kepada kemerosotan akhlak.

Sebagai masyarakat yang prihatin, apakah nilai yang perlu diterapkan dalam diri yang boleh menjadi banteng daripada pengaruh luar?

[4 markah]

 

Soalan 8 : Novel

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

Mata Farid dan Amin tertumpu pada skrin di hadapan wanita yang kini menjengilkan mata pada mereka. Jelas kelihatan gelombang keluar dan masuk di situ. Bacaan dikutip daripada peranti pemancar dan penerima yang dibangunkan oleh wanita itu sejak bertahun-tahun. Padanlah dia terlebih gembira. Hari ini usahanya sudah membuahkan hasil.

 

“Kita sudah jumpa frekuansi yang betul. Aku tidak perlu wayar atau gentian untuk menguasai Farisha,” nadanya berbaur bangga. Kedua-dua tangannya dijulang tinggi ke udara, tanda kemenangan. “Hari ini aku sudah membuktikan bahawa aku lebih hebat daripada lelaki itu!”

 

“Mengapa puan perlu menguasai Farisha? Bukankah dia anak puan?” Persoalan itu sudah lama berputar-putar dalam minda Farid. Sejak hari pertama dia bekerja dan juga sejak kali pertama wanita separuh gila itu mengarahkan dia untuk menjejak Farisha.

Dipetik daripada

Novel Di Sebalik Dinara

Karya Dayang Noor

Kemeterian Pendidikan Malaysia

 

 

( i ) Nayatakn faktor-faktor yang menyebabkan ‘aku’ berasa gembira?

        [4 markah]

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :

(a)        Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib

(b)        Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor

(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruzaini Matdarin

(d)        Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

 

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam novel.

[6 markah]






BAHAGIAN C : RUMUSAN

[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan 45 minit ]

 

Soalan 9 : Rumusan

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

 

Bahan 1 : Petikan

 

        Masyarakat harus sedar tentang kepentingan teknologi hijau. Dengan kesedaran itu, masyarakat tidak lagi bergantung dengan sepenuhnya pada sumber tenaga daripada petroleum, gas dan arang batu seta berjaya mengecilkan peratus pencemaran melalui pelbagai aktiviti yang menggunakan pelbagai sumber tenaga alternatif. Gaya hidup yang dilihat tidak lestari yang berasaskan karbon dan tenaga fosil diubah kepada gaya dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Perubahan ini menjadi asas kepada aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat. Tambahan pula,kini  terdapat banyak pilihan dan cara untuk menghasilkan tenaga alternative seperti tenaga suria (panel fotovolta solar), tenaga angin, tenaga hidro (empangan), tenaga ombak dan tenaga berasaskan tumbuhan dan haiwan (tenaga biogas dan biobahan api).

        Sememangnya sudah ada usaha-usaha untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang teknologi hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu seperti sistem transit massa (MRT). Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik dapat mengurangkan jejak karbon bagi setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Selain itu, terdapat seruan kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat manakala ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor.

 

        Semua usaha dan cadangan ini dilakukan untuk membawa masyarakat keluar daripada pergantungan yang keterlaluan terhadap sumber tenaga daripada petroleum dan mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan. Hal ini demikian kerana kajian mendapati bahawa ekzos kereta di seluruh dunia mengeluarkan kira-kira 300 juta tan gas beracun pada setiap tahun seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfer dioksida dan partikel padu. Kenderaan enjin diesel pula kurang melepaskan gas toksik tetapi mengeluarkan lebih banyak jelaga. Kadar karbon monoksida yang dihasilkan dalam sistem pengangkutan sangat tinggi, iaitu 70 peratus hingga 80 peratus dan menjadi penyumbang utama pencemaran udara.

        Institusi penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan tenaga nuklear untuk menyokong usaha ini. Kerajaan pula melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke semasa seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, meningkatkan amalan kitar semula dan amalan hidup sihat. Jabatan Alam Sekitar tidak ketinggalan menganjurkan Program Sekolah Bestari, Anugerah Alam Sekitar dan Bandar Lestari. Anugerah ini diharap akan dapat mengubah tingkah laku masyarakat untuk mengurangkan jejak karbon yang dimiliki oleh mereka. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencapai kejayaan yang membanggakan sekiranya masyarakat masih terus duduk senang menikmati apa-apa yang ada di hadapan mata sekarang tanpa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi pada masa depan.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Teknologi Hijau Melestarikan Alam’

oleh Syahril Izwan Abdul Yamin

Dewan Kosmik, Januari 2016

 

Bahan 2 : Grafik

 

 

 










 

 

 

 


 

 









Jumaat, 11 Disember 2020

LATIHAN NOVEL 5 PD - peristiwa peleraian cerita dan perasaan anda terhadap peristiwa-peristiwa tersebut.


Latihan novel 1
Soalan (b)
Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, kemukakan peristiwa peleraian cerita dan perasaan anda terhadap peristiwa-peristiwa tersebut.

Rangka isi:
Kemukakan satu peristiwa peleraian cerita kedua2 buah novel dengan jelas.

Jelaskan perasan anda dan alasan .

Perasaan/kemungkinan berasa:

Kagum
Terkejut
Insaf
Gembira 
Dsb

Peristiwa Silir Daksina  2m
Perasaan 1

Peristiwa Di Sebalik Dinara 2 m
Perasaan 1

Bahasa 2.
Maksimum 8

Model Jawapan:

      Novel yang telah saya pelajarai ialah novel Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina.
Peristiwa bahagian peleraian cerita novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Farisha telah   berada di sisi Karl ayah kandungnya yang sedang nazak di rumah agam Karl di Puchong.  Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu walaupun dia tidak sempat mengenali ayahnya sejak kecil.  Farisha menangis dan mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Saya berasa kagum dengan peristiwa ini kerana sikap Farisha yang pemaaf masih ingin bertemu serta menziarahi ayahnya.  Farisha telah memaafkan ayahnya walaupun Karl telah melakukan pelbagai keburukan kepada dirinya ketika masih kecil

       Manakala peristiwa bahagian peleraian cerita novel Silir Daksina ialah peristiwa  Haiqal dan See Hwa Berjaya membuat persembahan tarian Zapin Jincat  pada malam zapin D’Purnama. Persembahan mereka  telah mendapat sambutan daripada penduduk kampung dan YB Datuk Syaiful Azizi. Persembahannya tanpa diduganya turut disaksikan oleh umi, walid dan adik tirinya, Nurul Asiyah.  Haiqal sangat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya sebagai tanda kesyukuran. Dendam umi terhadap arwah bekas suaminya telah terhapus.  Saya berasa sangat kagum dengan semangat Haiqal yang mampu membuktikan kepada ibunya bahawa dia boleh berjaya mengekalkan tarian zapin  dan berjaya membuat persembahan untuk  mengekalkan tarian tradisional  seperti yang diperjuangkan oleh arwah ayahnya Abdullah Kayan. Saya juga berasa terharu kerana Umi Haiqal turut menyaksikan persembahan Haiqal walaupun sebelum itu, ibunya tidak membenarkan Haiqal ke Batu Pahat untuk menjejaki sejarah hidup seni ayahnya itu.











Sabtu, 5 Disember 2020

MODUL PECUTAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 5PD - SKEMA JAWPAN SET 9 - TATABAHASA


SKEMA JAWAPAN SET 9



Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

 30 markah ]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

                                   i.        rendang

                                 ii.        selak

   ii          iii.        perang

[6 markah]



Jawapan:

(i) rendang

- Beberapa orang petani itu sedang berehat sambil makan tengah hari di bawah pohon yang rendang di tepi sawah.

     - Ibu sedang sibuk memasak rendang daging dan nasi jagung untuk hidangan kami sekeluarga pada tengah hari  nanti.

(ii) selak

     -  Kebanyakan penduduk di kampung itu masih menggunakan sebatang kayu yang dipanggil selak untuk mengunci pintu atau tingkap rumah.

        -  Halaman muka surat buku teks Bahasa Melayu itu kuselak perlahan-lahan untuk mencari jawapan soalan pemahaman yang diberi oleh guru.


(iii) perang

         -  Ibu menceritakan bahawa kehidupan keluarga mereka sangat sukar ketika perang berlaku di Tanah Melayu sehingga terpaksa makan ubi kayu setiap hari. 

            -   Perempuan Inggeris yang berambut perang itu memandang Ramli sambil tersenyum manis.


(b) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

Jawapan:

(i) Danial meletakkan baju kotor itu ke dalam bakul di hadapan biliknya selepas pulang dari sekolah.

(1) Daniel meletakkan baju kotor itu ke dalam bakul di hadapan biliknya.

(2) Daniel pulang dari sekolah.


(ii) Afeeqah menjalankan perniagaan pakaian dan kosmetik di premis perniagaan milik datuknya.

(1)  Afeeqah menjalankan perniagaan pakaian dan kosmetik. 

(2)  Afeeqah menjalankan perniagaan di premis perniagaan milik datuknya.


(iii) Simon bekerja sebagai pembantu di kedai makan untuk membantu menambahkan pendapatan keluarganya.

(1)  Simon bekerja sebagai pembantu di kedai makan.

(2)  Simon membantu menambahkan pendapatan keluarganya.



(a)[6 markah]

(c)   Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)         Kerajaan bersedia untuk melanjutkan pemberian rebet bil elektrik sehingga hujung tahun untuk diringankan beban rakyat.

(ii)       Melalui matapelajaran Sejarah, pelajar dapat memahami pahit getir kehidupan rakyat pada zaman dijajah dan memupuk semangat patriotik.

(iii)     Kerajaan sentiasa menggalakan murid aktif dalam sukan yang di minati dengan menyediakan banyak kemudahan untuk besukan di sekolah.

           [6 markah]


Jawapan:

        (i)  kesalahan ejaan     :  rebet - rebat

             Kesalahan imbuhan : diringankan - meringkankan


        (ii)  kesalahan ejaan     :  matapelajaran - mata pelajaran

             Kesalahan imbuhan :  dijajah -  penjajahan


       (iii)  kesalahan ejaan     :  di minati - diminati

             Kesalahan imbuhan : menggalakan - menggalakkan


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula.

(i)        Dato' Wan Zahari telah merasmikan majlis tanah pecah projek pemeliharaan ikan keli selebar lima ekar di Rembau.

(ii)     Pengetua telah memberikan intensif sebanyak RM100.00 kepada semua pelajar-pelajar yang telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini.

(iii)   Ahmad paling dikenali sekali dalam kalangan rakannya sebagai seorang pelajar yang berhemah ketika berbelanja.

[6 markah]



 Jawapan:

      (i)  kesalahan penggunaan kata/istilah :  selebar - seluas

             Kesalahan tatabahasa  : tanah pecah - pecah tanah


      (ii)  kesalahan penggunaan kata/istilah :  intensif - insentif

             Kesalahan tatabahasa  : semua pelajar-pelajar - semua pelajar


       (iii)  kesalahan penggunaan kata/istilah :  berhemah - berhemat

             Kesalahan tatabahasa  : paling dikenali sekali - paling dikenali


(e)  Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.

(i)        Pengantin yang bersanding di atas pelamin itu kelihatan sama cantik dan menjadi tumpuan tetamu yang hadir.

(ii)      Pak Abu akhirnya berjaya menyiapkan sebuah rumah untuk keluarganya walaupun beliau hanya berpeluang membina rumah itu pada hujung minggu sahaja atas kesibukan kerja.

(iii)    Setelah sekian lama berhijrah ke luar negara, akhimya Faim pulang ke kampung halamannya dan membuka sebuah kedai runcit.



Jawapan:


(i)  bagai pinang dibelah dua/bagai cincin dengan permata

(ii) sehari selembar benang, lama-lama menjaldi kain

(iii)bagai ikan pulang ke lubuk, bagai belut pulang ke lumpur/setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua.


[6 markah]