BAHAGIAN
A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 markah ]
[ Masa dicadangkan : 45 minit ]
Soalan 1 :
Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti
dan senaraikan dua
kata kerja aktif dan
dua kata adjektif. Kemudian, anda dikehendaki membina satu
ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
atau nama khas.
Perusahaan
kecil dan sederhana (PKS) masih memerlukan sokongan kewangana dan dasar
daripada kerajaan, bank serta agensi berkaitan bagi membolehkan operasi
perniagaan terus bertahan ketika berhadapan dengan impak pandemic COVID-19,
demikian menurut RAM Holdings Bhd. Berdasarkan kaji selidik terkini keyakinan
Perniagaan RAM, sokongan itu masih diperlukan kerana ekonomi dijangka tidak
stabil dengan prospek yang tidak menentu dalam tempoh tiga bulan akan dating.
Kerajaan telah melaksanakan pakej rangsangan yang efektif bagi membantu PKS
ketika ini. Ini termasuk moratorium pinjaman segera, yang menjadi pelonggaran
kewangan besar yang sangat diperlukan, dengan 86 peratus responden menerima
tawaran itu.
Dipetik
dan diubah suai daripada
“PKS
Masih Perlukan Sokongan untuk Terus Bertahan”
oleh
Alzahrin Alias
Berita Harian,
21 September 2020
[
8 markah ]
Soalan 2 : Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah, kenal
pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih.
Permainan
tradisional yang paling popular di negara kita ialah wau, batu seremban,
congkak, gasing, konda-kondi dan banyak lagi. Permainan tradisional dimainkan
sama ada oleh kanak-kanak, remaja atau orang dewasa. Permainan tradisional
seperti permainan moden dapat membina fizikal kerana pemainnya perlu bergerak
aktif, pantas dan laju. Seseorang yang aktif dalam permainan lazimnya mempunyai
bentuk badan yang catik dan sahsiah yang baik. Permainan tradisional tidak
memerlukan peralatan khusus seperti raket, kasut, bola dan gelanggang
tersendiri. Alat yang digunakan sungguh mudah dan boleh didapati disekeliling
kita seperti biji buah, kayu, buluh, bulu ayam dan sebagainya.
Dipetik
dan diubah suai daripada
“Remaja
dan Permainan Tradisional”
oleh
Hanapi Dollah
Dewan Siswa,
September 2009
[
6 markah ]
Soalan 3 : Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan
dan betulkan kesalah-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu
menyalin petikan tersebut.
Jiran adalah orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan atau di
belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah, hingga 40 buah rumah daripada
setiap penjuru sesebuah zon kediaman termasuklah ditaman perumahan, kampung dan
pangsapuri. Orang tua-tua pernah berkata, jiran tetangga yang baik umpama adik
beradik yang dapat berkerjasama di kalangan masyarakat serta terbentuk ukuwah
yang kukuh dan ampuh. Jiran yang baik juga dapat membentuk semangat kekitaan
bagi melahirkan amalan bersatu padu serta membolehkan semua ahli masyarakat memahami
antara satu sama lain sehingga mencetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa
Berkat”. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang asing kerana jiran merupakan orang
yang paling hampir dengan kita dan menjadi orang yang pertama datang untuk
menghulurkan batuan sebelum ketibaan adik-beradik dan saudara-mara kerana
jarang-jarang adik-beradik duduk berjiran terutamanya ke bandar.
Dipetik
dan diubahsuaikan daripada
Rencana
“Kemerosotan Nilai Kejiranan”
oleh
Samat Buang
Dewan Siswa,
Mac 2017
[
13 markah ]
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
Baca
petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Maka Kertala Sari pun
menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun
sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya
dan saudagar. Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun menyamar pada orang
Patih Kerma Wijaya.
[Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia]
[
4 markah ]
Soalan 5 : Peribahasa
Petikan di bawah mengandungi beberapa
peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja. Kemudian berikan,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama
maksud atau hampir sama maksud dengan peribahsa tersebut.
Komuniti
Kampung Muhibbah yang diketuai oleh ketua kampung telah menjalankan aktiviti
gotong-royong pada minggu lepas. Aktiviti seperti ini mampu mengeratkan hubungan
antara penduduk kampung . sikap tidak suka bertegur sapa antara penduduk di
kawasan itu juga boleh diatasi melalui aktiviti sebegini.
[
4 markah ]
BAHAGIAN
B : PEMAHAMAN
[ 35 markah ]
[
Masa diperuntukkan : 60 minit ]
Soalan
6 : Petikan Umum
Baca
Bahan
1
dan Bahan 2 dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan
1
Media
sosial merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada
masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan
kerajaan-kerajaan di seluruh dunia cuba mengawal media baharu ini. Keupayaan
rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan media sosial sering dijadikan wahana untuk
menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.
Di
samping itu, media sosial juga digunakan untuk menyebarkan pelbagai judul buku
yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku diseluruh dunia
mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam Internet.
Kebimbangan terhadap media sosial turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah
ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Media sosial menjadikan
sempadan geografi semakin tidak jelas. Media sosial sering mencabar amalan
budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan media sosial.
Dipetik dan diubah suai daripada,
‘Pengunaan Internet : Kesan kepada
Pengguna’
Oleh Salmah Ali,
Majalah
Siswa, Jun 2012
Bahan
2
Walaupun
media sosial banyak kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang perlu
diberikan perhatian oleh golongan remaja. Antara kesan negatif media sosial ialah penyebaran berita palsu
secara berleluasa. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang bebilang kaum,
penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera. Selain itu, media
sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa
dengan mengabaikan pelajaran.
Disamping
itu, media sosial menyebabkan golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala
negatif seperi melihat gambar dan video
lucah. Dalam aspek keselamatan negara, media sosial kadang-kadang mewujudkan
ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara diperkatakan di
dalam laman sembang. Dalam hal ini, kerajaan perlu memantau media sosial untuk memastikan keselamatan
negara terjamin. Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila penggodam
mencuri maklumat peribadi media sosial untuk tujuan menipu.
Dipetik dan diubah suai daripada
rencana ‘Berita Palsu Musuh Negara’
oleh CMCF
Dewan
Siswa, April 2018
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai katan sering dijadikan wahana.
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2,
nyatakan persamaan dan perbezaan kesan buruk penggunaan media sosial kepada
masyarakat.
[4 markah]
(iii) Hasil laporan Digital 2018 yang
dikeluarkan oleh Hootsuite dan We Are Social, jumlah penggunaan Internet di
negara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna yang mewakili 79
peratus penduduk Malaysia. Statistik ini jelas menunjukkan bahawa rakyat
Malaysia semakin taasub dengan media sosial dan menjadi fokus utama dalam
kalangan remaja hari ini.
Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab
remaja menggemari media sosial?
[3 markah]
(iv) Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan WhatsApp mendapat perhatian masyarakat
di negara kita. Kecanggihan teknologi dunia tanpa sempadan sukar membendung
angkara negatif di sebaliknya. Cadangkan
langkah-langkah mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.
[4 markah]
Soalan
7 : Petikan Sastera
Baca
bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan
1
Bonda tahu secubit ilmu yang mengisi
dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan perubahan sosial
yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah. Saya akui
kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi sekian
ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga diri dek
mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
“Mel,
agama dan bangsa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad
yang dibaluti agama serta lidah yang ditebali bahasa ibunda merupakan warisan
kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita
bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”
Pesan
bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat
lama dipangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat
untuk menjengah wajah kotayang pesat dengan kemajuan dan peradaban . saya
batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu
sebagai warga kota.
Dipetik daripada cerpin ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri
antalogi Jaket Kulit kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan
2
Ini
gelanggang kita
yang
diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad
yang lalu
satu
persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian
hari.
Hari ini kitalah
pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air
mata
dengan
gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita
pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita
mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana
telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan..
Para
pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi
mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara
momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita
sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan
sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Dipetik daripada sajak
‘Gelanggang’
antalogi Jaket
Kulit kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
( i ) Berdasarkan Bahan
2, berikan maksud jangan sekali
bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
[2 markah]
(ii) Bedasarkan Bahan 1 dan Bahan 2,
mengapakah kita perlu mepertahankan kedaulatan negara kita?
[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah
keamanan negara wajar dijaga dan dipelihara?
[3 markah]
(iv) Pada masa ini, generasi muda
semakin lalai dengan pengaruh dunia luar yang memberi kesan kepada kemerosotan
akhlak.
Sebagai masyarakat yang prihatin,
apakah nilai yang perlu diterapkan dalam diri yang boleh menjadi banteng
daripada pengaruh luar?
[4 markah]
Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Mata
Farid dan Amin tertumpu pada skrin di hadapan wanita yang kini menjengilkan
mata pada mereka. Jelas kelihatan gelombang keluar dan masuk di situ. Bacaan
dikutip daripada peranti pemancar dan penerima yang dibangunkan oleh wanita itu
sejak bertahun-tahun. Padanlah dia terlebih gembira. Hari ini usahanya sudah
membuahkan hasil.
“Kita
sudah jumpa frekuansi yang betul. Aku tidak perlu wayar atau gentian untuk
menguasai Farisha,” nadanya berbaur bangga. Kedua-dua tangannya dijulang tinggi
ke udara, tanda kemenangan. “Hari ini aku sudah membuktikan bahawa aku lebih
hebat daripada lelaki itu!”
“Mengapa
puan perlu menguasai Farisha? Bukankah dia anak puan?” Persoalan itu sudah lama
berputar-putar dalam minda Farid. Sejak hari pertama dia bekerja dan juga sejak
kali pertama wanita separuh gila itu mengarahkan dia untuk menjejak Farisha.
Dipetik daripada
Novel Di Sebalik Dinara
Karya Dayang Noor
Kemeterian
Pendidikan Malaysia
( i ) Nayatakn faktor-faktor yang
menyebabkan ‘aku’ berasa gembira?
[4
markah]
(ii)
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(a)
Leftenan
Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b)
Di
Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruzaini
Matdarin
(d)
Pantai
Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari,
huraikan dua peristiwa yang
memaparkan nilai keberanian dalam novel.
[6 markah]
BAHAGIAN
C : RUMUSAN
[ 30 markah ]
[ Masa
dicadangkan 45 minit ]
Soalan
9 : Rumusan
Baca
petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan
yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan dan bahan.
Bahan 1 : Petikan
Masyarakat
harus sedar tentang kepentingan teknologi hijau. Dengan kesedaran itu,
masyarakat tidak lagi bergantung dengan sepenuhnya pada sumber tenaga daripada
petroleum, gas dan arang batu seta berjaya mengecilkan peratus pencemaran
melalui pelbagai aktiviti yang menggunakan pelbagai sumber tenaga alternatif. Gaya
hidup yang dilihat tidak lestari yang berasaskan karbon dan tenaga fosil diubah
kepada gaya dan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Perubahan ini
menjadi asas kepada aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat. Tambahan pula,kini terdapat banyak pilihan dan cara untuk
menghasilkan tenaga alternative seperti tenaga suria (panel fotovolta solar),
tenaga angin, tenaga hidro (empangan), tenaga ombak dan tenaga berasaskan
tumbuhan dan haiwan (tenaga biogas dan biobahan api).
Sememangnya
sudah ada usaha-usaha untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang teknologi
hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Kerajaan telah mewujudkan
sistem pengangkutan baharu seperti sistem transit massa (MRT). Perancangan
untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik dapat mengurangkan jejak karbon bagi
setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Selain itu, terdapat seruan kepada
rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat manakala ada
sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus
penggunaan kenderaan bermotor.
Semua
usaha dan cadangan ini dilakukan untuk membawa masyarakat keluar daripada
pergantungan yang keterlaluan terhadap sumber tenaga daripada petroleum dan
mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap
kenderaan. Hal ini demikian kerana kajian mendapati bahawa ekzos kereta di
seluruh dunia mengeluarkan kira-kira 300 juta tan gas beracun pada setiap tahun
seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfer dioksida dan
partikel padu. Kenderaan enjin diesel pula kurang melepaskan gas toksik tetapi
mengeluarkan lebih banyak jelaga. Kadar karbon monoksida yang dihasilkan dalam
sistem pengangkutan sangat tinggi, iaitu 70 peratus hingga 80 peratus dan
menjadi penyumbang utama pencemaran udara.
Institusi
penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan
tenaga nuklear untuk menyokong usaha ini. Kerajaan pula melaksanakan pelbagai kempen
dari semasa ke semasa seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, meningkatkan
amalan kitar semula dan amalan hidup sihat. Jabatan Alam Sekitar tidak
ketinggalan menganjurkan Program Sekolah Bestari, Anugerah Alam Sekitar dan
Bandar Lestari. Anugerah ini diharap akan dapat mengubah tingkah laku
masyarakat untuk mengurangkan jejak karbon yang dimiliki oleh mereka. Namun
begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencapai kejayaan yang membanggakan
sekiranya masyarakat masih terus duduk senang menikmati apa-apa yang ada di
hadapan mata sekarang tanpa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi pada masa
depan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Teknologi Hijau Melestarikan Alam’
oleh Syahril Izwan Abdul Yamin
Dewan
Kosmik, Januari 2016
Bahan
2 : Grafik
Ada jawapan kah
PadamJawapan tiada ke
BalasPadamMesti buat exam kn haha
PadamTahniah, Terima kasih atas perkongsian ini
BalasPadam