Jumaat, 11 Disember 2020

LATIHAN NOVEL 5 PD - peristiwa peleraian cerita dan perasaan anda terhadap peristiwa-peristiwa tersebut.


Latihan novel 1
Soalan (b)
Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, kemukakan peristiwa peleraian cerita dan perasaan anda terhadap peristiwa-peristiwa tersebut.

Rangka isi:
Kemukakan satu peristiwa peleraian cerita kedua2 buah novel dengan jelas.

Jelaskan perasan anda dan alasan .

Perasaan/kemungkinan berasa:

Kagum
Terkejut
Insaf
Gembira 
Dsb

Peristiwa Silir Daksina  2m
Perasaan 1

Peristiwa Di Sebalik Dinara 2 m
Perasaan 1

Bahasa 2.
Maksimum 8

Model Jawapan:

      Novel yang telah saya pelajarai ialah novel Di Sebalik Dinara dan Silir Daksina.
Peristiwa bahagian peleraian cerita novel Di Sebalik Dinara ialah peristiwa Farisha telah   berada di sisi Karl ayah kandungnya yang sedang nazak di rumah agam Karl di Puchong.  Farisha hanya merenung wajah Karl yang kelihatan cengkung. Farisha berjanji kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu walaupun dia tidak sempat mengenali ayahnya sejak kecil.  Farisha menangis dan mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya dan tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Saya berasa kagum dengan peristiwa ini kerana sikap Farisha yang pemaaf masih ingin bertemu serta menziarahi ayahnya.  Farisha telah memaafkan ayahnya walaupun Karl telah melakukan pelbagai keburukan kepada dirinya ketika masih kecil

       Manakala peristiwa bahagian peleraian cerita novel Silir Daksina ialah peristiwa  Haiqal dan See Hwa Berjaya membuat persembahan tarian Zapin Jincat  pada malam zapin D’Purnama. Persembahan mereka  telah mendapat sambutan daripada penduduk kampung dan YB Datuk Syaiful Azizi. Persembahannya tanpa diduganya turut disaksikan oleh umi, walid dan adik tirinya, Nurul Asiyah.  Haiqal sangat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya sebagai tanda kesyukuran. Dendam umi terhadap arwah bekas suaminya telah terhapus.  Saya berasa sangat kagum dengan semangat Haiqal yang mampu membuktikan kepada ibunya bahawa dia boleh berjaya mengekalkan tarian zapin  dan berjaya membuat persembahan untuk  mengekalkan tarian tradisional  seperti yang diperjuangkan oleh arwah ayahnya Abdullah Kayan. Saya juga berasa terharu kerana Umi Haiqal turut menyaksikan persembahan Haiqal walaupun sebelum itu, ibunya tidak membenarkan Haiqal ke Batu Pahat untuk menjejaki sejarah hidup seni ayahnya itu.











3 ulasan:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.